Friday 2 February 2018

#TransMongolian: UlaanBaatar Finale - Petikan Jari si Pencopet di Bandar Ulaan Baatar

Masih lagi 13 Oct 2017 (Day 13)

     Sesudah Tumen Ekh Show, kami terus keluar dan mula membuka map untuk ke Hard Rock Cafe Ulaan Baatar. Kalau ikutkan info yang kami dapat dari Kelvin, agak lumayanlah jugak untuk kami berjalan kaki ke HRC dari hostel kami. Dan sememangnya betul, dlm 1km lebih jugaklah kami berjalan huhuhu. Setibanya kami di HRC, kami terus membelek-belek baju di situ, tapi tak banyak pilihan di sini. Selepas membayar, kami ke restoran untuk makan nachos pulak. Portionnya besar jugak untuk kami ber-5. Kat sini kami kena game dengan Mera, kat HRC ni ada dibagi napkin basah untuk mengelap, digulung-gulung comel bulat macam marshmallow, sampai Dewi confident geget la nak makan lepas Mera confirmkan benda tu marshmallow!!! Terus Mera kena hempuk dengan Dewi. Kami mengharapkan ada live band pada malam ni, tapi malangnya sampai pukul 10 malam tak start lagi pun menyanyinya. Akhirnya kami pulang ke hostel dengan berjalan kaki jugak dan berehat...


14 Oct 2017 (Day 14)

     Pagi kami bangun dan bersiap-siap. Kami sarapan dulu di hostel kerana penginapan kami adalah inclusive breakfast. Walaupun simple: iaitu roti, jem & butter, cereal, coffee & tea tapi kami tetap berpuas hati. Sekurang-kurangnya kami jimat 1 meal hehehe... Pagi ni aku agak moody, tak tau kenapa, tapi aku agak senyap pada hari ini. Rupa-rupanya ia bagaikan satu petunjuk untuk kisah malang aku di bumi Ulaan Baatar ini... Pagi ini kami planning mencari laundry sebelum kami pergi meninggalkan Ulaan Baatar keesokan harinya. Dengan menjinjing beg plastik kami merayau mencari laundry. Melalui hasil google kami, ada 1 laundry yang terkenal yang terletak kira-kira 2km dari hostel kami. Kami terus mengambil teksi sapu untuk pergi ke kedai tersebut namun hampa bila pekerja kedai tu memberitahu kami yang baju kami tak sempat siap keesokan harinya. Cuak kami. Kemudian dia memberitahu di hujung jalan ada sebuah kiosk laundry dan kami boleh mencuba di situ. Kecewa lagi, kerana cuma boleh siap pada jam 5 petang keesokan harinya. Ahhh sudahhh!!! Memang tak sempatlah kami sebab kami dah nak naik train keesokan harinya. Pasrah, kami mengambil teksi sapu kembali ke kawasan hostel kami dengan harapan kami menjumpai laundry yang lain. Kami juga mencuba laundry di Bayangol Hotel yang terletak berdekatan dengan hostel kami, tapi harganya mahal yg amat sebab mengikut helai ya, bukannya kg! Tapi pekerja hotel ni baik dan memberitahu kami di kawasan perumahan di belakang hotel ni ada terdapat sebuah laundry. Kami cuma perlu cari kedai tu yang ada di antara deretan rumah flat di situ dan kami pun akur untuk mencuba nasib lagi. 

Ntah sapa yang sempat snap gambar aku dukung beg dalam teksi sapu time mencari dobi... Dalam keadaan sardin kat belakang pun boleh menjalankan modus operandi cisss!!!

     Kami mengambil jalan belakang hotel dan betul, kami menjumpai kilang dan seterusnya sebuah kawasan flat. Kami berlegar-legar di sekitar flat tapi masih tak jumpa. Hampir saja kami berputus asa tapi akhirnya kami ternampak signboard yang ada gambar kotak sabun Persil di situ. Alhamdulillah rupa-rupanya laundry tu cuma belakang hostel kami saja. Selepas bertanya boleh tak siap esok, dia kata boleh pukul 2 petang dan Yahooo kami berjaya mendobi. Kiraan dobinya bukan berdasarkan kg ya, tapi berdasarkan bakul. Kalau muat 1 bakul maka dia kira 1 harga. Hantam sajalah Labuuuu... Asalkan kami berbaju hahaha. Selepas membayar kami pun memulakan perancangan kami yang seterusnya...

Inilah kedai dobi tersebut. Korang boleh cari ya. Siap ada phone no tu

     Aktiviti kami yang seterusnya adalah mengepos poskad di Pejabat Pos Ulaan Baatar. Kami cuma membeli poskad di kedai yang ada di dalam pejabat pos dan harganya agak berpatutan: lebih kurang jatuh 60 sen sekeping. Ralit jugak kami memilih gambar poskad di situ, dan kami terus membeli setem untuk mengepos. Kami dibantu oleh seorang pegawai lelaki yang sangat baik hati dan peramah, walaupun sekali lagi kami bagaikan ayam dan itik bercakap. Kami sempat bertanya di mana supermarket yang berdekatan dengan hanya berjalan kaki dari sini dan dia mencadangkan Departmental Store: sebuah pasaraya lama tetapi besar dan juga terkenal di Ulaan Baatar. Selesai, kami sempat berselfie dengan pegawai tersebut sambil mengajar dia 'Terima Kasih' dan 'Selamat Jalan' hahaha...     

Bangganya kami di depan Post Office

     Destinasi seterusnya kami ke Departmental Store, dan aku masih dengan mood swing aku. Sambil berjalan, aku mengambil gambar sekeliling menggunakan handphone Samsung S6 aku tanpa menyedari akibatnya. Setibanya di Departmental Store, kami mula berlegar-legar sekitar pasaraya dan akhirnya kami menaiki escalator untuk ke tingkat 1. Di escalator, Dewi naik dulu dan aku menyusul di belakang Dewi, dan sambil itu aku simpan kembali handphone aku di poket jaket sebelah kiri aku sambil aku menggenggam handphone tu bersama-sama MNT500. Aku menghimpit badan aku di sisi kiri pemegang escalator. Ada 3 orang remaja: 2 lelaki dan 1 perempuan yang dari pengamatan aku rupanya seperti orang Timur Tengah, juga menaiki escalator bersama-sama kami sambil makan Pringles. Salah seorang remaja lelaki terkocoh-kocoh nak menaiki escalator sehinggakan melanggar bahu aku. Aku cuma mengelak dan membiarkan saja remaja-remaja ni memotong barisan tanpa memikirkan apa-apa natijah. Masih lagi di escalator dan aku ingat yang aku sedang memandang ke kiri dan tiba-tiba di tepi telinga kanan aku terdengar bunyi petikan jari yang mendesingkan pendengaran aku dan tiba-tiba aku macam terpinga-pinga. Kaget aku sebab tangan yang menggenggam handphone di poket kiri kini kosong dan aku cuma menggenggam duit MNT500 yang aku letak di tapak tangan di bawah handphone!!! aku terus menjerit memanggil Dewi di depan aku sambil cakap 'Handphone aku hilang!!!' Aku kebingungan kejap dan Dewi pun kelihatan terkejut dan dia tanya samada aku tersalah letak ke apa ke. Tapi aku sesungguh hati memang ingat sebab aku baru simpan di poket selepas mengambil gambar.

     Panik, aku dan Dewi turun kembali untuk mencari kalau-kalau memang betul tercicir tapi memang confirm, sah, soheh handphone aku telah hilang bersama-sama gambar kenangan yang aku tak sempat transfer. Memang sedih dan blur masa tu, aku kehilangan contact no semua sekali. Pengajaran untuk aku, orang-orang yang mengambil phone aku tu (dan aku memang suspect remaja-remaja tu) sebenarnya dah aim phone aku ketika aku mengambil gambar sambil berjalan. Fobia beb! Lama-kelamaan aku terima semua ketentuan dengan redha dan aku tak membuat police report pun sebab aku tau akan ada kesukaran dalam komunikasi dan juga handphone aku mustahil akan kembali. Tambahan pula kami cuma ada 1 malam je lagi di Ulaan Baatar. Aku memang pasrah campur lapar dan kami terus berjalan kaki menuju ke Gobi Cave Restaurant yang jugak perjalanannya melebihi 1km. Dengan keadaan letih badan dan minda (sebab aku asyik teringat pasal handphone yang hilang tu huhuhu) akhirnya kami sampai di restoran yang cantik. Dalam keadaan takde mood tu, bersungguh jugak aku makan hahaha. Kami mengorder set mix grill, lamb pizza dan juga fries dan potionnya memang besar sampai kami tapau la. Kat restoran ni jugak aku pinjam phone Mera untuk whatsapp call encik suami yang masa tu sibuk nak ke Jakarta dengan geng-geng Gombak dia. Memang aku kena sembur la dengan encik suami sebab aku careless la apa la dan dia cakap tak payah nak beli handphone kat sini tapi aku cakap jugak aku perlu beli phone untuk contact dia dan jugak aku perlu reachable untuk certain group office untuk post gambar-gambar Karya 12 Menjelajah Dunia aku tu. Dah tau bini dia degil, suami aku serahkan je kat aku buat keputusan. 

Turkish Restaurant yang mengimbau memori kami masa 1st time kembara bersama ke Turki

     Akhirnya selepas makan, kami mengambil teksi sapu (sebab dah tak larat nak jalan) ke Shangri La Mall, tempat yang aku rasa selamat untuk membeli handphone tanpa di conned. Di Shangri La Mall, terus aku tengok directory kat mana letaknya kedai Samsung. Alhamdulillah ada di tingkat 3 dan kami terus ke situ. Aku agak rambang mata sebab masa tu Samsung S8+ Edge pun dah launch tapi harganya mak aiii... Selepas menimbang keadaan sosio ekonomi dan juga kami masih ada separuh lagi perjalanan yang kami jugak tak tau apa yang bakal berlaku, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli Samsung J7 Pro yang jugak baru launch. Bila kami tanya samada phone tu Worldwide ke tak, dia jawab Yes. So aku dengan confidentnya membeli terus phone tersebut. Selepas selesai urusan jual beli, aku ke syarikat Telco pulak untuk membeli simcard. Sementara itu, diorang semua menunggu aku sambil melepak di Food Court di tingkat atas. Selesai, kami pun bergegas pulang ke hostel kerana kami masih belum bersolat huhuhu. Shangri La Mall ke hostel kami tidaklah berapa jauh, cuma dalam 15 minit berjalan kaki saja.

Walaupun pahit tapi gambar ni adalah kenangan. Sempat Dewi snap masa aku shopping handphone baru huhuhu

     Malam... Asalnya kami tak kemana-mana sebab semua orang letih. Tapi aku dan Dewi tak boleh tidur. Dewi whatsapp aku kata tak boleh tido, dan aku pulak tetiba lapar. Lastly kami decided untuk ke HRC sekali lagi di malam terakhir kami. Kami mengajak yang lain-lain dan Mera nak ikut kami, manakala Kak As dan Ita letih dan mereka kata mau berehat. Disebabkan waktu tu dah pukul 10 malam, kami ambik teksi sapu je untuk ke HRC. Alhamdulillah apa yang aku boleh katakan penduduk tempatan sangat jujur dan kami selamat tiba ke HRC tanpa dikenakan extra charge pun. Malahan harga lebih murah dengan mamat ni iaitu MNT1,600 untuk 2km (standard 1km=MNT1,000). Makanya sekali lagi kami mengorder nachos dengan harapan yang kami dapat melihat live band. Sekali lagi kami dikecewakan bila waitress tu cakap live band baru je habis... Apakahhhh... So kami cuma melepak sambil makan nachos sambil dihiburkan oleh music video di skrin HRC. Kami pulang semula ke hostel dalam jam 12.30am juga menaiki teksi sapu dan kali ni kami dapat driver perempuan. Gigihnya minah ni tengah-tengah malam mencari rezeki. Sambil drive, minah ni dapat call dan kami secara automatik menelinga perbualan yang kami tak paham hujung pangkal dan rupa-rupanya dia sedang bercakap dengan anak dia!!! Dia seperti memujuk anak dia, mungkin suruh tido kot sambil cakap mak tengah kerja ni (andaian kami la ye hahaha), sedihnya situasi masa tu. Gigihnya seorang perempuan bekerja bawak teksi sapu tengah malam buta demi untuk mencari rezeki... Kami sampai di hostel dan bersedia untuk tido dah...

Kami, HRC & Bee Gees... dan jugak phone baru aku huhuhu

15 Oct 2017 (Day 15)

     Hari ini hari terakhir kami di Ulaan Baatar. Selepas sarapan, halatuju pertama kami adalah Sukhbaatar Square. Merupakan tempat wajib pergi bila korang berada di bandar Ulaan Baatar. Nama asalnya adalah Chinggis Square: bersempena dengan nama pemerintah Mongolia yang terkenal iaitu Chinggis Khaan a.k.a Genghis Khan, namun telah ditukar kepada Sukhbaatar Square pada tahun 2016. Nama yang didapati daripada Damdin Sukhbaatar, salah seorang pemimpin di zaman Revolusi Mongolia 1921. Terdapat Damdin's Equestarian Statue di tengah-tengah square ini dan juga terdapat beberapa patung besar pemimpin Mongolia yang terletak di utara square dan berhadapan dengan Saaral Ordon (Government Palace). Aku mengambil gambar tapi masih dalam keadaan takut-takut. Memang aku dah fobia nak ambik gambar kat public, takut hilang lagi phone aku. Memang kali ni aku extra careful dan diorang pun tak lepas pandang from aku, takut kalau apa-apa jadi lagi kat aku yang masih lagi trauma. Selepas itu, kami berjalan kaki ke sebuah pasaraya untuk mencari souvenir tapi takde. Kami berjalan-jalan di sekitar kaki lima mencari kedai souvenir dan jumpalah jugak kedai-kedai yang kami cari. Kami pergi dalam 5 buah kedai jugaklah dan akhirnya kami jumpa satu kedai souvenir yang lengkap dengan segala-galanya: dari keychain, fridge magnet sampailah ke baju tradisional. Tapi t-shirt saiz kanak-kanak macam susah nak cari je kat sini. Aku cuma membeli t-shirt untuk adik-beradik aku dan jugak fridge magnet sampai hampir habis la duit MNT aku! Nasib baiklah semalam aku dah buat full payment untuk dobi aku kalau tak, aku kena pegi money changer la jawabnya. 

Aku yang masih trauma 

     Selepas membeli belah souvenir, kami terus pulang ke hostel menyimpan barang sebelum kami turun kembali untuk lunch dan juga ke laundry untuk mengambil baju kami. Oh ya lupa nak bagitau, sebaik saja aku dapat phone baru dan aktifkan balik SocMed account aku, ada nampak beberapa missed call from Kelvin thru FB call aku. Rasanya dia call time handphone aku hilang tu kot. Dia tinggalkan message jugak suruh aku call balik urgent katanya tapi nasib baik jugaklah dia try call Ita jugak. Bila dapat je call Ita, Kelvin terus cakap dia kena jumpa kitorang semua jugak sebelum kami naik train. Urgent. Pelik gak kami. Bila tanya kenapa, dia taknak cakap, so kami assume dia nak belanja kami dinner hahaha. Akhirnya kami set berjumpa dengan dia malam ni dan dia akan hantarkan kami terus ke train station. Jam 1 lebih kami dah bergerak ke laundry. Sesampainya kami kat situ, pintu berkunci. Kami ketuk pintu, takde sahutan... Ahhh sudahhh... Kena game kah kami? Kami pun kena pack barang lagi balik ni sebab bag masih tak berkemas tunggu baju dobi ni. Dalam 10 minit jugaklah siap call tak angkat, halu halu kat tingkap akhirnya kami nampak kelibat manusia. Rasanya dia tertido kot. Alhamdulillah baju kami sudah siap berdobi dan wangi yang amat! Selepas mengucapkan terima kasih, kami pun pergi ke Casablanca Restaurant: iaitu retoran pertama yang kami makan di Ulaan Baatar sebab senang dan dekat dengan hostel kami.

     Selesai makan, kami bergegas pulang ke hostel untuk mengemas. Kami request untuk late check out pada jam 5 petang dan kami cuma perlu membayar extra tak salahnya MNT20,000 untuk 1 dorm tersebut. Maka mudahlah kami nak membuat sesi mengemas. Lebih kurang 5 petang kami dah tercongok kat lobi menunggu Kelvin. Train kami pada malam ini adalah jam 2030hrs mengikut time Ulaan Baatar. Ok di sini aku nak nasihatkan supaya korang tengok timing tiket tu betul-betul sebab normally train time ke Russia akan mengikut waktu Moscow ya. So kalaulah tiket korang tu tercatat jam 1530hrs contohnya, double check samada tu timing tempatan ataupun Moscow. Kalau tak, haru korang nak duduk lepak kat station 5 jam... Masak tu...Nasib baik train Ulaan Baatar ni ikut time tempatan, tapi jangan confuse time sampai nanti sebab Irkutsk masih lagi sama time zone dengan Malaysia dan Mongolia. So sila biasakan alert dengan time zone Russia yang ada 11 time zone untuk daerah berbeza ya! Tapi standard time zone untuk train mereka akan gunakan Moscow punya la ye.

     Kelvin dan isterinya sampai dalam hampir pukul 6pm la dan selepas menyusun barang dalam kereta maka kami pun bertolak terus ke train station. Dalam kereta, tiba-tiba Kelvin hulurkan sarung ang pow yang aku bagi masa membayar Ger Camp. Tercengang-cengang kitorang sebab tak paham. Ooo rupa-rupanya kami dah terbayar lebih sesangat. Ada salah faham di situ, di mana quotation yang diberikan oleh Kelvin awal dulu adalah untuk kesemua kami dan bukannya per pax. So sebab tu la dia beriya-iya nak jumpa kami sebab nak pulangkan lebihan duit yang kami terbayar tu. Alhamdulillah masih ramai lagi manusia yang jujur di bumi Allah ni.

     Kami tiba di train station lebih kurang pukul 6.45pm. Kami melepak dulu kat train station sambil berbual-bual dengan Kelvin dan isterinya. Dalam pukul 7.30pm, Kelvin mintak untuk pulang dan kami bersalaman sambil mengucapkan terima kasih atas hospitality yang diberikan sepanjang kami berada di Ulaan Baatar. Jujur aku katakan, walaupun aku ada kenangan pahit kat sini, tapi tak menghalang niat aku langsung untuk repeat Mongolia kerana bagi aku kebaikan melebihi pengalaman buruk aku sepanjang berada di sini. Kami menukar sedikit Ruble di Money Changer yang terdapat di dalam station ini sambil mengambil gambar.

     Kami dibenarkan naik awal train yang bercop Russia (tak salah nama Roissy ada gambar kuda pegasus hehehe) dan gerabak kami dijaga oleh pegawai train wanita yang juga dipanggil provinista. Garang nau makcik ni, so kami gelar dia Makcik Martha. Seperti biasa, kami diberikan set cadar dan tuala untuk kami pasang sendiri. Train cop Russia ni lebih hangat dan kecil berbanding train dari China dan juga lebih lama (separa antik la lebih kurang hehehe). Katil kami lebih complicated di mana kami perlu turunkan sendiri lever yang kami tak tau kat mana letaknya. Berpeluh-peluh jugaklah kitorang nak turunkan sampai roomate Ita, lelaki Mongolia turun padang membantu kami membuka katil dan barulah settle. Adoi tradisional sungguh cara-cara membuka katil nih! Tiket dan passport kami diambil oleh Makcik Martha untuk pengesahan dan dipulangkan sekali dengan borang Kastam dan Imigresen. kami pun isi jelah walaupun borang kastam Mongolia sudahpun kami isi masa kami masuk Mongolia dulu. Kang taknak isi kena marah pulak dengan Makcik Martha, haruuuu hahaha. Keretapi bertolak tepat jam 2030hrs waktu tempatan dan kami akan berteleku di dalam perut train selama 2 hari 2 malam (lebih kurang 38 jam huhuhu) sebelum kami sampai ke Irkutsk, Russia!!!

     Enjoy gambar dan video yang aku dan kawan-kawan aku ambil sepanjang kami di bandar Ulaan Baatar. Sekali lagi, kredit untuk geng Gadis Jelitas untuk gambar-gambar yang aku pinjam disebabkan gambar-gambar yang tak sempat di transfer dalam thumb drive still ada dalam S6 aku tu. Budi dan jasa jadi kenangan. Lebiu all...

Kami dan pegawai posto yang peramah dan sporting

Ku yang kehilangan... sedihhhh

'Marshmallow' yang Mera game kami... Hampehhh

Kami di Gobi Cave. Lazat baq hang!

Merayap bandar Ulaan Baatar


Walaupun aku tersenyum... 

Dewi model tetap

Sukhbaatar Square

Sukhbaatar Square





Ni la Damdin Sukhbaatar Equestarian Statue

From afar

Wefie wajib

Kedai souvenir

Minah cashier tu cantekkk

Tiket tren


Kami yang menunggu Kelvin

Gambar terakhir di Modern Mongol Hostel

Ulaan Baatar Train Station

Setiap train station wajib ada replica

Our choo choo train

Selfie kembang semangkuk namanya


Kami dan Kelvin... Tata Kelvin


Ulaan Baatar yang meninggalkan banyak kenangan

Kami dalam tren!!!

Dewi gigih memasang cadar

Special bagi besaq. Aksi memanjat Dewi

Dan seterusnya upacara memasang cadar...






No comments:

Post a Comment