Wednesday, 10 January 2018

#TransMongolian: UlaanBaatar Part 3 - Chiku Chiku di Tumen Ekh Ensemble


Masih lagi 13 Oct 2017 (Day 13)

     Selepas kami check in di Modern Mongol Hostel, kami masuk ke bilik hostel dan kami agak terkejut dengan saiz persegi bilik kami: tersangatlah kecik!!! Kami book the whole 6-bed dorm dan ingatkan normal saja bilik kami, iaitu 3 bijik double decker (standard la kan) tapi untuk bilik yang super kecik ni terdapat 2 set katil 3 tingkat! Dewi menjadi mangsa duduk di katil yang paling atas disebabkan Mera ni agak gayat nak duduk di tingkat 3. Pastu dia bukanlah bilik yang betul-betul bilik, tapi seperti cubicle yang mempunyai partition, dan Dewi dengan senang hati boleh menjenguk di bilik sebelah sambil menjerit 'Hoi orang sebelah!' (perumpamaan jelah ya hahaha). Nasib baik hostel ni kosong lagi masa kami sampai. Kalau dilihat-lihat kebanyakan perabot, pinggan mangkuk, cawan sampailah ke cadar bagai, hostel-hostel di bahagian-bahagian sini amat sukakanbarangan Ikea.


Inilah katil 3 tingkat kami ya... Dewi korban tidur di atas

     Kami dah mula membersihkan diri yang dah 4 hari tak bersuci dengan air, sabun dan syampu dan masing-masing memang mengambil sweet time melepaskan rindu dendam nak mandi ni hahaha... Lepas melakukan yang wajib dan bersiap-siap, maka tujuan pertama kami adalah makannnn!!! Disebabkan kami masih lelah dan malas nak berjalan jauh makanya kami pergi ke seafood restaurant yang berdekatan dengan hostel kami tapi aku dah lupa apa nama kedai tu, sorry!!!! Restoran tu ada menghidangkan makanan Asia Tenggara seperti tomyam, nasi goreng, mee hon goreng dan sebagainya. Kami cuma makan nasi yang mengandungi lauk-pauk seafood je, dan harga makanan di sini quite pricey jugaklah. Selepas makan, kami memulakan perjalanan kami kami untuk ke Tumen Ekh Ensemble.

     Perjalanan dari hostel kami ke Tumen Ekh Ensemble hanyalah dalam jarak 400 meter. Tempat ini terletak di dalam kawasan amusement park. Bila kami masuk di kawasan bangunan, kami dah rasa seram semacam dah, sebab bangunan kelihatan agak usang dan tidak terurus kawasan sekitarnya yang berserabut macam cerita hantu kat tv, sampaikan Ita bertanya beberapa kali kat aku, tempat apa ni Farrah, betul ke kat sini? Jujur, aku pun cuak time ni tapi tetap meneruskan pencarian untuk jalan yang benar. Lega aku apabila melihat agak ramai orang yang sudah berlegar-legar di area pintu masuk dewan. Kami pun masuk ke dalam dan terpampanglah wajah sebenar Tumen Ekh Ensemble yang agak menyeramkan di luar, tapi amat mengagumkan di dalam. Kami ke tempat kaunter tiket namun diberitahu bahawa kaunter tiket hanya akan dibuka dalam 30 minit sebelum show bermula. Maka kami pun menunggulah sambil menjenguk-jenguk souvenir shops yang berada di situ.

     Serba ringkas asal kejadian kami berkecimpung dalam plan ini. Beberapa bulan nan lalu, ketika kami membuat plan train trip kami ni, Dewi share 1 link Youtube ni tentang sebuah kumpulan yang terkenal di Mongolia bernama Khusugtun Band yang berjaya memasuki pertandingan Asia Got Talent, dan berhajat kalau ada peluang untuk kami menonton folk show macam ni adalah sesuatu yang sangat best! Maka aku pun dengan semangat yang jitu cuba mencari di mana kumpulan ini membuat persembahan di Mongolia. Malangnya, Khusugtun Band dah tak based di Mongolia kerana mereka dah pun buat road tour di serata dunia. Namun dalam pencarian random aku, aku terjumpa sebuah page yang membincangkan topik mengenai folk show dari kumpulan yang tak kurang hebatnya yang jugak dah buat roadshow serata dunia iaitu Tumen Ekh Ensemble dan aku tengok rakaman yang orang share di You Tube and Wow!!! Hebat jugak group ni. Lalu aku tak buang masa menggoogle tentang show kumpulan ini, kat mana, berapa harga dan apa-apa sajalah info yang berkaitan. Pelbagai page yang aku bukak dan paling murah harga tiket adalah USD90 yang aku lihat di Trip Advisor. Perrghhh mahal gak nak tengok show ni! Bila aku informed je pasal harga yang aku jumpa tu, semua pun macam reject plan untuk tengok folk show sebab terlalu mahal. So pada mulanya kami drop plan ni. Tapi aku tetap tak puas hati, mesti ada cara dan harga yang lebih murah daripada harga yang di offer oleh agent Trip Advisor tu. Aku google lagi dan akhirnya aku jumpa website dia, tapi malangnya tak dikemaskini page tu. Kecewa lagi, aku cuba mencari di FB, Alhamdulillah aku jumpa dan lebih menggembirakan kelihatan FB page agak active dan latest. Tapi takde harga tiket dan cara mendapatkan tiket di situ, cuma show date sahaja yang ditunjuk. So aku membuat inisiatif sendiri dengan PM direct ke Tumen Ekh dan malam sikit mereka replied mengesahkan show ada pada tarikh yang aku tanya. Dan tau tak berapa harga tiket tu? MNT 25,000 SAHAJA!!! Tak sampai RM50 pun compared dengan apa yang agent di Trip Advisor bagi price: USD90. Bayangkan berapa banyak diorang makan huhuhu... Tapi kami perlu beli tiket tu di tempat show, tiada reservation (1st come 1st serve basis) dan 30 minit sebelum show. So, here we are!!! So, nasihat untuk rakan-rakan yang teringin nak tengok show ni, belilah tiket sendiri ya, janganlah beli thru agent, nanti korang yang nangis tak berlagu woooo...

     Semakin hampir waktu kaunter tiket nak dibuka, semakin ramai yang berbondong-bondong masuk dewan. Ramai jugak kelihatan agen-agen menunggu jugak. Akhirnya kaunter dibuka dan aku adalah antara terawal yang mendapatkan tiket. TETAPI! Kami dimaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan mengambil gambar dan video semasa show berlangsung KECUALI kami membeli lesen/pas untuk mengambil gambar dan video dan pass tersebut dijual pada harga MNT 20,000. Maka kami bersetuju Ita akan menjadi tukang ambil video dan gambar sepanjang show berlangsung.

     Kami ditunjukkan jalan masuk ke hall oleh kakitangan Tumen Ekh dan dewan berada di tingkat atas bangunan (2 tingkat). Sepanjang laluan kami disajikan dengan interior yang sangat klasik macam cerita Zaman Dinasti China la lebih kurang. Kami menuruti crowd sehingga ke sebuah hall yang sederhana besarnya, yang boleh memuatkan sehingga 100 penonton lah lebih kurang. Ringkas saja hall dia, di tengah-tengah adalah pentas, manakala tempat duduk penonton seperti stadium iaitu tangga bertingkat. Aku, Mera dan Ita duduk betul-betul di hadapan stage di row pertama manakala Dewi dan Kak As di row ke-2, di belakang kami. Makanya kami dapat sudut pandang yang sangat best untuk menonton show yang berdurasi lebih kurang 1 jam 20 minit.

     Show kami dibahagikan kepada 3 segmen, setiap segmen berlangsung selama lebih kurang 20-25 minit. Dalam 1 segmen terdapat beberapa persembahan seperti tarian tradisional, nyanyian, permainan alatan muzik dan akrobatik. Aku sangat-sangat menghayati setiap persembahan yang dipersembahkan dan alunan muziknya sampai nak buat aku menangislah! Paling kagum bila sorang mamat ni menyanyi throat song dan dari tekaknya, dia berjaya menghasilkan bunyi siulan seperti burung dan throat song ni sememangnya keistimewaan yang hanya terdapat di Mongolia!

Ni time mamat ni nyanyi... aku yang sakit tekak rasanya hahaha

Ni yang aku tak tau macamana dia boleh control udara dalam tekak keluar bunyi siulan burung tu. Sis kagum okay!

     Persembahan nyanyian daripada makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun tyak kurang hebatnya! Kalau kat Malaysia kita ada lagu Cumi cumi cumi dari Nabila Razali, makcik-makcik ni ada lagu Chiku chiku chiku okay? Terkikik-kikik kami gelak sebab rasa lagu tu comel sangat. Dah le suara the makciks ni sedap.

Lagu Chiku Chiku Comel dari The Makciks

     Kami meninggalkan hall dengan kepuasan. Puas kerana dapat menonton persembahan yang hebat, dan puas kerana harga tiket kami tak semahal yang disangka. Untuk korang-korang yang singgah Ulaan Baatar, please, tengoklah show ni. Sangat best dan menghiburkan. Kalau aku ada peluang datang ke Mongolia lagi, aku memang akan repeat tengok show ni. Oklah aku off kan kisah Tumen Ekh kami di sini dan akan bersambung di entri seterusnya di mana selepas show kami menapak mencari Hard Rock Cafe Ulaan Baatar dan nasib malang yang menimpa diri aku 'dipukau' di sebuah Departmental Store di bandar Ulaan Baatar ini...


Enjoy gambar-gambar yang diambil oleh Ita untuk sesi Tumen Ekh ni...


Thanks Mera untuk gambaq tiket nih

Folk dance

Folk Dance

Mamat Throat Song aka boifren Ita hahaha

Gabungan The Pakciks n Makciks yang meleupsss

Lagi Folk dance

Penutup. Inilah semua barisan artis

Alunan muzik yang mendayu-dayu. Seriously hati aku memang tersentuh

Folk Dance

Makcik Chiku secara solo











No comments:

Post a Comment