Sunday 7 January 2018

#TransMongolian: UlaanBaatar Part 2 - Ke Kampung Halaman Genghis Khan

13 Oct 2017 (Day 13)
Genghis Khan Equestrian Statue

     Selamat bertemu kembali. Kali ini aku akan sambung kisah selepas kami check out dari Ger di Terelj National Park. Persinggahan kami belum habis lagi, di mana kami akan pergi ke tempat wajib  datang kalau korang dah sampai Mongolia iaitu Genghis Khan Equestrian Statue. Sebenarnya statue ni boleh dikatakan berhampiran dengan Terelj National Park, melalui jalan utama yang sama dari bandar Ulaan Baatar namun berpecah di pertengahan jalan kerana masing-masing mengikut lorong masing-masing. Kelvin membawa kami melalui jalan potong yang beralun-alun dan satu insiden telah berlaku. Kami terdengar bunyi gedebuk macam ada benda jatuh dari atas kereta dan rupa-rupanya beg Mrea telah jatuh tergolek dog dari atas kereta. Ikatan beg yang dibuat oleh Kelvin tak kuat sangat kot menyebabkan kami melihat beg merah Mera sayup-sayup mata memandang hahaha... Kelvin mengundur untuk mengambil beg tersebut dan terus ikat kuat-kuat supaya tak tergolek lagi. Mera muka macam nak nangis je bila kami suruh Kelvin tinggalkan je beg tu.

Aku sempat snap gambar beg Mera yang tergolek kat tengah jalan

     Selepas settle, kami menruskan perjalanan yang terganggu untuk ke Genghis Khan Equestrian Statue Complex. Sayup-sayup dari kejauhan kami dah nampak patung silver ni dah bersinar-sinar menandakan kami hampir sampai. Selepas melalui pintu gerbang, Kelvin pun terus mencari parking yang terhampir dengan tugu dan kami pun dengan excitednya melompat keluar terus dari kereta. Kami terus masuk dan menuju ke kaunter untuk membeli tiket. Kelvin tak masuk, cuma aunty sahaja yang masuk untuk menemani kami. Harga tiket masuk bagi dewasa adalah MNT7,000 manakala untuk kanak-kanak ada MNT 3,500. Kami membayar jugak tiket untuk aunty yang sudi menjadi tourist guide kami untuk melawat kawasan.

Genghis Khan Statue yang tersergam megah

      Selepas membeli tiket, kami masuk ke ruang legar dan kelihatan sebuah boot besar terpampang depan mata kami. Aunty cuba menerangkan kepada kami tapi yalah ayam dan itik bercakaplah kan. Aunty berusaha mendapatkan pegawai bertugas yang boleh berbahasa Inggeris dan dapatjugak seorang pekerja yang aku rasa dia adalah Pegawai Khidmat Pelanggan sedang menerangkan tentang salasilah boot tu kepada seorang Mat Saleh. Jadi dia himpunkan kami semua sekali untuk membuat penerangan walaupun agak berterabur Bahasa Inggeris dia, tapi bolehlah dapat tangkap isi-isi penting. Menurut wanita tersebut, boot ini telah dicatatkan di dalam Guiness World Record sebagai kasut yang terbesar di dunia. Kasut ini berukuran 9 meter tinggi, 6 meter panjang dan 2 meter lebar. Direkodkan bahawa untuk membuat boot ini, kulit telah diambil dari 225 ekor lembu, 4,500 meter benang/cord, 300 liter gam, 180 meter kanvas, 120 meter persegi esgii (sejenis kain bulu), 72 meter persegi sponge dan 13 meter kertas (sumber akak google ya ni, memang taklah nak ingat semua nih hehehe). Pegawai ni jugak menceritakan sejarah Complex ni. Pembukaan rasmi complex ni adalah pada September 2008, di mana tapak membina complex ini adalah sebenarnya kampung kepada Genghis Khan ni. Tempat ini bernama Tsonjin Boldog, yang jaraknya lebih kurang 60 kilometer dari bandar Ulaan Baatar. Pengetahuan yang kami baru dapat tau jugak ialah, patung equestrian Genghis Khan ni merupakan patung equestrian gergasi yang terbesar di dunia! Diperbuat dari stainless steal dan berketinggian 40 meter, patung Genghis Khan ini mengadap ke arah tempat kelahirannya. Complex ini besar, dan bertindak sebagai muzium jugak untuk barangan-barangan sejarah tinggalan purba.

Boot terbesar di dunia

     Kami berjalan-jalan memasuki setiap ceruk ruang bangunan ini. Kami menuruni tangga untuk masuk ke muzium dan seterusnya mengambil lif ke tingkat atas untuk pergi ke viewing area. Viewing area ini terletak di luar di bahagian kepala kuda Genghis Khan dan kami dapat melihat pemandangan kampung halaman Genghis Khan dari pandangan mata burung (bird's eye view hahaha). Kami juga dapat melihat yurt dan juga monumen-monumen yang dibina di sekeliling complex tapi memandangkan ruangan di kepala kuda ni agak terhad dan sempit dan kami pun struggle nak mengambil gambar tanpa ada orang photomb (tapi tak berjaya), maka kami redho ajelah dengan apa yang kami dapat. Tak lama kami di atas tu, sebab orang lain pun tengah tunggu turn beratur kat tangga dan kami pun turun menyambung lawatan sambil belajar kami. Aunty memang bersungguh-sungguh cuba menerangkan kepada kami artifak-artifak sejarah seperti senjata, baju besi sampailah ke selimut tenunan tradisional: sekali lagi dalam bahasa Mongolia hahaha. Tapi mungkin sebab cara kita untuk survive di negara orang yang begitu jitu menggunakan bahasa kebangsaan mereka, kita sendiri akan memahami apa yang cuba diorang sampaikan by heart. Trust me, cubalah try...

     Selesai berpusing 1 complex, tibalah masanya kami mencuba costume traditional Mongolia!!! Sebenarnya dari masa masuk tadi kami dah perasan ada kedai costume kat sini tapi kami relaks dulu settlekan jalan-jalan. Kami semua: kecuali Dewi menyewa costume yang cuma berharga MNT3,500 dan pilihannya memang agak banyak, dan jangan risau tentang saiz, mereka mempunyai pelbagai saiz yang boleh cater daripada sekecil-kecil umat sampailah yang curvy okeh. Namun mereka tidak menyediakan khidmat menangkap gambar, maknanya kita kenalah selfie sendiri ke ataupun suruh orang yang ambilkan gambar kita ya... Time ni memang fefeeling princess sangat walaupun aku terasa macam teletubbies jugak sebab topi dia tu macam kita pakai boot atas kepala hahaha... Tapi apa-apapun aku kutip sebagai kenangan, simpan saja dalam memori, jadikan polaroid eh!

Fefeeling princess sangaaattt

     Settle segala-galanya, kami pun keluar dan berakhirnya trip kami bersama ger host kami yang awesome: Kelvin. Kami meneruskan perjalanan ke bandar Ulaan Baatar dan mula kelihatan kesibukan kota dan jam di sana-sini. Kami singgah menghantar aunty pulang ke rumah dulu dan seterusnya singgah ke rumah Kelvin untuk mengambil isterinya pula. Kami berkenalan dengan isterinya dan dia mengikut kami untuk menghantar kami ke Modern Mongol Hostel yang kami telah tempah beberapa bulan yang lalu via booking.com. Dalam kereta juga, Kelvin memberi beberapa suggestion tempat makan yang kami boleh pergi memandangkan restoran halal sangat susah nak dijumpai di sini dan kalau ada pun, jarak agak jauh dari hostel kami. Kami juga diberitahu yang mana-mana kereta boleh menjadi teksi. Just lambai tangan dan kalau kereta tu berhenti itulah teksinya. Bila dengar macam tu, kami pun mulalah risau, yelah kita tak tau tahap kejujuran orang macamana kan, tambah lagi kitorang ni pelancong. Tapi Kelvin meyakinkan kami bahawa orang Mongolia adalah jujur dan kami tak perlu risau. Okay, we will try and see, sebab kami taknak judge sebelum mengalaminya sendiri kan?

     Berpusing-pusing jugak kami nak mencari hostel, rupanya dia di bahagian belakang bangunan dan kalau ikutkan dekat je dengan main road, jalan kaki sikit je. Kami nintak Kelvin untuk turunkan kami di tepi jalan je tapi nampaknya dia macam risaukan keselamatan kami jugak, yalah sebab kami semua ni perempaun kan dan dia cuba jugak untuk mencari jalan masuk untuk hantar kami sampai betul-betul depan hostel. Alhamdulillah kami sampai akhirnya walaupun kami perlu memanjat tangga untuk mendaftar di hostel kami. Selepas menurunkan barang-barang kami, bermulalah sesi bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal dan sesi membayar duit sewa kami di ger dan jugak pemberian cenderamata dari kami yang berupa sekotak rendang ayam dan sekotak kari daging Pak Brahims buat Kelvin yang begitu rindukan masakan Malaysia katanya hahaha. So kalau ada sesiapa yang berminat nak ambik Kelvin sebagai ger host korang, jangan lupa bawakan rendang untuk Kelvin ni ya?

     Selesai check in, dah terbayang-bayang dah rupa bilik air, sabun dan syampu. Tak sabar rasanya nak mandi setelah 4 hari tak jumpa semua-semua benda ni weh! Makan dah jatuh ke tempat ke-2 sekarang ni. Kami dah mula merangka aktiviti-aktiviti di hari pertama kami selepas menyegarkan diri ni dan kami perlu cepat juga kerana selepas mencari makan kami perlu terus ke Tumen Ekh Ensemble untuk membeli tiket. Tiket apakah yang kami nak beli sampai tak menyempat-nyempat nak keluar lepas mandi kan? Yang tu kena tunggu Part 3 aku pulak la ye lepas ni hehehe... Sementara tu enjoy dulu gambar-gambar yang aku dan geng jelitas sempat ambil di Genghis Khan Equestrian Statue tadi ya...

Pintu gerbang ke Genghis Khan Statue

Ni khemah di Raja

Pedang Genghis Khan katanya

Persama Pakcik Khan di atas kepala kudanya

Yang ni aunty pun ada

Macam gagah pun ada, poyo pun ada kan?

Princess, Dewi dan aunty. Bangga aunty bila kitorang berminat nak pakai costume traditional Mongolia. Dia siap ambik gambar kitorang masa tengah bersiap.

Pose paling ayu yang pernah aku buat hahaha

Last but not least


Entri berkaitan:





No comments:

Post a Comment