Monday 2 September 2019

#GengPAK: Mukaddimah - Dugaan Sebelum Bermula


     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya seperti yang dijanjikan aku kembali dengan entri mengenai trip kami ke North Pakistan yang berlangsung daripada 24 April 2019 dan berakhir sehari sebelum kita semua menyambut Ramadan. Sebelum aku pergi terlalu deep untuk kisah Paki kami, ingin aku kongsikan dugaan yang kami hadapi sebelum trip kami bermula. Untuk pengetahuan semua, inilah trip yang paling menguji kesabaran dan minda kami sehinggakan kami hampir drop lah plan trip kami, siap dah cari dan plan untuk ke negara lain dah. Dugaan-dugaan yang datang menjelma adalah seperti di bawah:

1. Penarikan diri beberapa peserta
Kalau diikutkan, aku adalah orang terakhir yang masuk join group Paki ni. Sebenarnya, 5 orang peserta adalah yang asal, tapi aku bertanya dengan Ita, salah sorang Geng Gadis Jelitas yang organize untuk trip Paki ni samada aku boleh menyelit or tidak, dan aku menerima maklumbalas positif untuk menjadikan jumlah kami menjadi 6 orang. Tapi sebaik saja aku join masuk group wassap Paki kami, 2 orang menarik diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, makanya tinggallah aku, Ita, Sharmine dan Rozi meneruskan perjuangan trip Paki kami. Kami membuat team kutu bulanan bagi meringankan beban menanggung kos sekali sedebak masa hari kejadian dan Rozi menjadi bendahari kami. Semakin hampir dengan trip kami, iaitu lebih kurang sebulan lagi, kami diberitahu Rozi terpaksa menarik diri di saat akhir kerana suaminya (Allahyarham) admitted dan harus menjalani pembedahan. Kami memahami situasi Rozi dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan memberi peluang Rozi untuk menjaga Allahyarham suaminya sehingga ke akhir hayatnya (meninggal pada bulan Ramadan, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham suami Rozi). Maka hanya kami ber-3 yang tinggal untuk meneruskan perjuangan trip Paki kami.


2. Konflik India-Pakistan
Kebetulan pada waktu-waktu plan kami ni, berlaku provokasi dari pihak kerajaan India terhadap kerajaan Pakistan, siap ada pembunuhan la rusuhan la dan kemuncaknya isu memasuki ruang udara Pakistan sehingga memaksa Pakistan menembak jet pejuang India yang menceroboh masuk ke ruang udara Pakistan. Akibatnya, Pakistan mengambil keputusan menutup airspace mereka dan sekaligus mencetuskan huru-hara dalam dunia penerbangan. Banyak penerbangan yang terpaksa di cancelled dan juga ditunda penerbangan. Boleh baca di suratkhabar-suratkhabar tempatan mengenai huru-hara di airport serata dunia akibat daripada penutupan ni. Penerbangan kami juga tidak terkecuali, di mana kami mulanya decided untuk terbang terus ke Islamabad dengan menggunakan Thai Airways. Kami selalu memantau bilakah airspace bakal dibuka tetapi takde jawapan diberikan oleh pihak Thai Airways. Seriously kami memang dah putus harap masa ni, siap dah pilih negara lain untuk kami gantikan plan kami, dan terpaksa mengambilkira kos kerugian deposit yang kami dah bayar kepada tour provider kami di Pakistan (kami dah bayar dalam 20% deposit). Kami menunggu dengan penuh debaran dan akhirnya dalam 2 minggu jugaklah kami mendapat berita daripada pihak airlines yang memberi kami bebrapa options: refund duit kami atau tukar route daripada Islamabad ke Karachi (time ni hanya airport Karachi yang dibenarkan dibuka oleh kerajaan Pakistan untuk international flight). Setelah berbincang, akhirnya kami bersetuju menukar route kami ke Karachi, manakala untuk Rozi, rezeki dia kerana dapat full refund hasil daripada isu tersebut.


3. Peningkatan Kos
Bila berlaku konflik macam ni, makanya peningkatan kos tu tak dapat kami elakkan. Pada mulanya, ground cost kami juga dijangka terdapat sedikit kenaikan kerana dah tinggal kami ber-3 saja, tapi Alhamdulillah kami mintak ubahkan sikit itinerari kami untuk fit kan balik dengan budget asal, tambahan pula jumlah hari kami di North Pakistan juga terpaksa dikurangkan disebabkan flight pergi balik kami adalah di Karachi. Memang dalam tempoh 2 minggu tu perubahan itinerari terpaksa dilakukan last minute dan Alhamdulillah berjaya dilakukan dengan smooth (walaupun ada sedikit perbalahan di antara Ita dan provider di sana hahaha). Tapi, kami tak dapat elak peningkatan kos untuk transportation di mana kami perlu menaiki domestic flight dari Karachi ke Islamabad. Untuk pengetahuan semua, provider kami berasal dari Lahore dan Islamabad tu just nice la untuk kami start selain Lahore sebab jarak perjalanan hanyalah dalam 2 jam, tapi berbeza dengan Karachi, di mana Karachi nun jauh berbelas ribu KM dan untuk provider kami mengambil kami dari Karachi, kami bakal membuang masa di atas jalan (kalau tengok info dalam belas-belas jam drive jugaklah untuk sampai ke bahagian utara Pakistan). Disebabkan domestic flight ticket pun kami tempah last minute, maka dapatlah kami harga last minute jugak ye! Kami perlu top up dalam RM1K++ jugaklah untuk return flight ticket Karachi-Islamabad nih. Juga sebab alang-alang kami dah berada di Karachi, makanya kami decided untuk stay 1 malam di Karachi dan bertambahlah lagi kos hotel kami...


4. Skim Sukarela
Pada 28 Mac, 2019, kurang sebulan daripada trip kami, aku dipanggil oleh Senior Assistant Vice President, Malay Nusantara Business mengenai permohonan aku untuk mengambil Voluntary Separation Scheme (VSS) di mana permohonan aku tak berjaya untuk batch February. Rupa-rupanya nama aku disenaraikan untuk Mutual Separation Scheme (MSS) untuk batch April 2019, di mana aku tak expect langsung akan ada lagi selepas permohonan aku ditolak (dan aku quite frust masa tu sampai aku jumpa HR la untuk appeal balik hahaha). Kalau aku terima offer tersebut makanya last day aku bertugas di Astro adalah pada 30 April 2019! Pastu aku bakal terbang pada 24 April 2019! Korang rasa??? Setelah menimbangtara semua perkara makanya aku menerima offer tersebut dan instead of 30 April 2019, last day aku adalah pada 23 April 2019! Maknanya aku hanya ada 26 hari untuk menyiapkan kerja aku, buat hand over, clearkan semua perkara yang pending termasuk isu-isu pending yang ditinggalkan oleh ex-boss aku yang dapat VSS untuk batch Februari 2019, inform semua stakeholders yang bekerja rapat dengan aku dan banyak lagi lah! Ini disebabkan aku bekerja dengan TV station di mana aku merupakan planner untuk channel Astro Citra (disamping buat weekly upload untuk planning TV Al-Hijrah dan TVi). Dan bermakna dalam tempoh 26 hari tulah boss baru channel kena mencari replacement planner untuk mengambil alih keje aku! Memang besar dugaan sebelum nak ke Pakistan ni! Hari-hari aku bawak balik keje untuk memastikan aku dapat settle tugasan aku sehabis baik (disebabkan menjelang Ramadan dan Syawal, memang normal stesen TV buat planning awal beberapa bulan dan membuat berpuluh-puluh revision untuk make sure rancangan TV kami disusun secara smooth untuk musim perayaan), dan settlekan keje-keje yang berkaitan dengan stakeholder yang bekerja rapat dengan aku seperti Promo team, schedulers, media sales dan ramai lagilah. Aku tau aku tak dapat habiskan semua kerja dan cuba buat semaksimum mungkin untuk aku tinggalkan legasi aku. Masa ni hidup memang agak huru-hara, planning keje dan juga planning trip, packing pun sehari sebelum pegi tauuu!!!

5. Ada Visa ke takde Visa nih?
Time ni jugak adalah time berteka-teki mengenai status visa masuk ke Pakistan. Ada yang kata bakal dimansuhkan visa tapi semuanya menjadi tandatanya dan akhirnya beberapa minggu sebelum trip kami dah keluar pengesahan utk free Visa untuk beberapa buah negara termasuk Malaysia dan boleh memohon melalui online jugak.Kami antara batch awal yang mendapat privilege ini di mana kami tak perlu membayar RM30 untuk visa (tapi kami masih perlu membuat visa dengan beberapa syarat yang telah diminimumkan dan dipermudahkan). Kalau dulu, perempuan yang nak travel ke sana tanpa ditemani mahram (macam nak pi umrah pulak), perlu mendapatkan surat kebenaran daripada suami/ibubapa/penjaga tapi sekarang tidak lagi! Kami mencuba untuk apply visa online tapi mungkin sebab benda baru kan, makanya sistem online tidak stabil dan akhirnya kami ambik keputusan untuk pergi terus je ke Kedutaan Pakistan di Jalan Ampang! Tambahan pulak, aku mendapat berita daripada ex-colleague aku yang pergi ke Pakistan awal seminggu dari kami yang diorang di pow oleh Imigresen di Lahore kerana cakap yang e-Visa diorang ni tak valid okey!!! Mereka terpaksa bayar USD100 per pax untuk mengesahkan visa mereka atau mereka terpaksa deport ke Malaysia balik. Bayangkanlah USD 100 diorang pow kawan aku yang mempunyai 10 pax dalam group, maknanya USD1K tau total kena pow tu!

Ini adalah major dugaan yang kami lalui sebelum berlangsungnya trip kami. Dari perasaan hampir berputus asa, tapi akhirnya kami bangkit menepis segala halangan yang melanda!!!! InshaAllah aku akan mulakan entri Pakistan kami selepas ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan tungguuuuuu!!!!















No comments:

Post a Comment