Friday 6 September 2019

#GengPAK: Pengembaraan Bermula - Dari Kolumpo Ke Islamabad


KLIA - Bangkok (Transit): 24 April 2019 (Day 1)


     Selepas beberapa siri cabaran dan dugaan yang kami lalui dek kerana negara Pakistan ni, akhirnya tibalah hari yang dinantikan oleh kami bertiga. Seperti yang telah aku maklumkan dalam entri terdahulu, kami bakal menaiki Thai Airways untuk route Karachi (reroute from Islamabad disebabkan isu penutupan airspace tu). Flight kami adalah pada jam 2055pm dan kami terpaksa transit selama 7 jam di Suvarnabumi Airport untuk flight seterusnya. Memang masaklah kami terpaksa overnight di airport walaupun sebelum ni dah ada pengalaman yang lebih lama di Dubai airport (transit 13 jam lebih huhuhu). Masa kami beratur nak check in memang ramailah orang-orang Pakistan beratur nak balik kampung, siap bawak toto bagai la, dan tak ketinggalan jugak ahli-ahli tabligh. Kami dinner dulu di Old Town White Coffee sebelum turun dan masuk terus ke gate. Alhamdulillah agak punctual waktu take off kami dan perjalanan ke Bangkok mengambil masa kira-kira 2 jam.

Boarding time!!!

Amik gambar dulu sebelum take off

Dinner lagi

Tadaaa!!!

     Kami tiba di Suvarnabumi Airport kira-kira jam 2205pm waktu Thailand. Kami melalui pemeriksaan yang ketat di kaunter security sebelum dibenarkan melalui kaunter transit. Pada awalnya, kami melepak dulu di Starbucks dan sambil tu bolehlah kami cas handphone ke powerbank ke sebelum mencari tempat lepak/rehat/tidur di gate yang berhampiran dengan flight kami ke Karachi keesokan paginya. Pada mulanya kami dapat port yang agak ok, dan kami pun duduk lepak di situ. Ita pulak nak pegi massage sekejap di spa yang berada di sekitar tempat duduk kami dan kami cop kan la tempat duduk dia. Ramai jugak para pelancong dari Mainland yang dok usha tempat duduk kami, siap nak hijack tempat Ita. Min sampai dah nak gaduh lah dengan minah Mainland ni sebab minah ni memang try hard nak menghalau kami dari tempat duduk kami (disebabkan ada sorang group member dia duduk sebelah Min). Cara nak menghalau kami adalah seperti menungging di depan muka Min, bersembang kuat-kuat depan kami, menghimpit kami sampai kami rasa tak selesa lah. Bermacam-macam cara tapi tak jalan jugak sebab Min memang degil dia melawan jugak tuh hahaha. Akhirnya diorang akur dengan kedegilan kami dan pergi mencari tempat lain. Selepas diorang blah, kami pun angkut beg dan mencari tempat duduk baru yang lebih sunyi hahahaha. Akhirnya kami dapat tempat di gate kami dan mengambil double sofa untuk kami tidur. Badan penat dan lesu tapi aku cuma dapat tidur-tidur ayam je. Mungkin sebab tak berapa selesa dan aku asyik kerap ke toilet je. Subuh di airport, aku bergerak mencari surau yang berada di tingkat atas (3 tak salah aku) yang sememangnya dekat dengan tempat tidur kami tu. Suraunya selesa dan besar dan kelihatan sungguh ramai ahli-ahli tabligh yang menunaikan solat sunat. Ramainya sampai melimpah ke luar pintu, dan tempat solat Muslimah pulak terletak di bahagian belakang sekali, makanya aku terpaksa melintasi lautan manusia (chewahh) untuk ke belakang dan mata semua bertumpu kat aku... Malu siutttt!!! Pegi kat tempat Muslimah, aku terkejut ada sorang mamat tengah solat sunat kat situ, aku serba salah nak ambik wudhuk sebab dah tempat Muslimah kan, memanglah open je tempat ambik wudhuk dengan ruang solat Muslimah. End up kena ambik wudhuk dengan bertudung, aku tawakal jelah. Pastu lama pulak dia bersolat dan nak tak nak aku ambil saf belakang sekali untuk solat. Tapi mamat ni dah chow cepat-cepat time aku tengah solat tu hahaha.

Ni lah minah yang try hard buat macam-macam nak halau kami dari tempat duduk kami. Aku crop muka kat belakang tu takut kang aku kena saman pulak hahaha

Airport dari 'hot seat' kami

Lambang Thailand

Sebab amik gamba ni? Aku teringat filem Pee Mak

Aku hampir nak beli aiskrim ni

Sebab kami awal, kami dapat tempat tidur agak tersorok dan sofa pulak tu

Bangkok (Transit) - Karachi - Islamabad: 25 April 2019 (Day 2)


     Jam 0701am kami dah ready untuk take off ke Karachi. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam jugaklah dan kami dijangka sampai di Jinnah International Airport  Karachi pada jam 1120am waktu tempatan. 

Breakfast kami. Nasi dengan kari. Dan bermulalah nightmare kami terhadap... KARI!!!!

Bila lagi mau sampai nih?

     Jam 1120am, kami tiba di Jinnah International Airport. Pemeriksaan security di sini juga ketat dan wanita perlu masuk ke dalam ruang bertutup untuk diperiksa seluruh badan. Kami agak berdebar jugak nak melalui Imigresen, yelah mungkin fobia jugak dengan kes yang terjadi kat ex-colleague aku yang kena pow USD100 minggu sebelumnya dan jugak melihat keseriusan muka pegawai Imigresen yang berada di kaunter. Aku dapat pegawai Imigresen yang boleh tahan kacak, tapi agak garang, menjeling pun tak sudi tauuu!!! Tapi Alhamdulillah bila dengar bunyi cop masuk bergema di cuping telingaku, terus macam... Yeayyy!!! Dah dapat cop Pakistan!!! Kami terus ke carousel untuk mengambil beg masing-masing, dan kami perlu menunjukkan pas beg kami kepada pegawai bertugas untuk diperiksa sebelum kami boleh melalui pintu Arrival. Kami disapa oleh seorang pakcik pegawai airport dan pakcik pegawai tersangat peramah melayan kami. Kami bertanya jalan untuk ke kaunter tiket domestik dan jalan terus ke domestic departure dan dengan bersemangatnya pakcik ni tunjuk kami shortcut tanpa perlu melalui arrival hall dan kemudiannya masuk balik ke departure hall. Makanya kami tak perlu la double check barang kami di kaunter security dan terus ke ticketing counter untuk flight kami ke Islamabad via Pakistan International Airlines (PIA). Ita pegi ambik tiket flight yang kami dah book seminggu awal dan ticketing officer tu peramah gila dan cuba untuk memancing Ita supaya kami lepak di rumahnya kalau kami stay Karachi dan offer diri untuk membawa kami berjalan-jalan di Karachi. Dia bagi phone number dia kat Ita untuk dihubungi. Flight kami adalah pada jam 1600pm dan kami mempunyai masa kira-kira 4 jam lagi untuk survive di dalam airport. So 2 hari ni keje kami memang untuk survive dalam airport jelah, dah macam filem The Terminal la pulak. 
     Perut dah mula berkeroncong dan kami acah-acah nak cari fast food tempatan untuk dirasa dan kami ternampak booth ala-ala KFC yang bernama Mac Kay yang betul-betul berada di area gate kami. Aku dan Ita order ayam goreng manakala Min order burger. Kami ambik set sekali dengan fries dan air dan harganya ala-ala standard KFC dan Mekdi jugaklah. Takde meja makan disediakan (sebab konsep kedai sini macam take away je), dan kita boleh je duduk di mana-mana tempat berdekatan dengan booth tersebut untuk makan. Maknanya kita angkut tray tu pi la duduk kat tempat duduk gate tu sambil makan, tak kiralah korang tatang ke ataupun jadikan meja kecik sebelah seat menunggu tu sebagai meja makan. Pelik tapi ini adalah salah satu pengalaman baru untuk kami. Habis makan, bawa tray ke booth untuk diserahkan kembali kepada staffs. Airport Karachi ni, walaupun agak kecil tapi sangat selesa dan kemas. Setiap gate disediakan tempat untuk caj barangan elektronik seperti handphone, power bank etc. Semua jenis kepala charger ada kat situ, jangan risau... Jam 1530pm, kami dipanggil untuk boarding dan kami merasa pengalaman menaiki flight bersama-sama artis Pakistan!!! Sorry kami tak kenal tapi pakcik retis ni siap ada bodyguard yang escort dia dan orang-orang tempatan sibuk ambik gambar la selfie la dengan pakcik ni masa kat flight hahaha. So kami buat kesimpulanlah pakcik ni retis.

Jinnah International Airport Karachi

Inilah ayam Mac Kay kami!! Tu side table kat kerusi gate

Rasa ayam goreng ni macam diperap kicap Jalen dan kemudiannya digoreng kering. Rangup ayamnya tapi Kepci Malaysia tetap dihatiiii

Surau Muslimah

Kami makan kat kerusi menunggu ni la! Kelihatan Ita sampai terbaring-baring bergaduh wassap ngan pakcik cemas hahaha

Tempat caj. Comel kan?

Gate kami

Kami bagaikan tirpinjara

PIA, bawa kami terbang...

Stewardess cantik-cantik dan stewards dia macam muka retis walaupun tua-tua awww. Errr yang berdiri tu bukan steward ye, jangan confuse

Ada refreshments jugak!!! Sandwich, kuih talam versi Pakistan & chay yang sedap baq hang!!!

     Flight dari Karachi ke Islamabad mengambil masa lebih kurang 2 jam, kelihatan awan mendung berarak bila flight kami approaching Islamabad dan kami touched down lebih kurang jam 1800pm. Nasib kami tersangatlah baik sebab sebaik saja sampai, ribut melanda bumi Islamabad dan angin memang sekuat-kuatnya bertiup sampai aku yang comel ni pun hampir melayang tau!!! Kalau yang sekeping tu memang dah jadi layang-layang lah kot! Angin kencang membawa pasir, sampah-sampah, daun kering dan debu dan ganas sungguh memukul kami disertai oleh hujan anjing dan kucing berserta kilat petir! Hebat sungguh 'sambutan' yang kami terima di sini! Kami terpaksa 'berniqab' dengan tudung kami sebab terlalu berhabuk dan berdebu. Kelihatan Osama, service provider merangkap tour guide kami untuk kembara Pakistan kami setia menunggu di pintu arrival. Pertama kali pandang, makaihhh kacaknya tour guide kami! Pemalu orangnya, bercakap pun macam dalam mulut ada berlian dan suara seakan-akan Bisik Pada Langit tauu!!! Tak dengar halus nau suara dia untuk aku yang memang agak pekak ni. Kami meminta Osama untuk singgah dulu ke Serene Air ticketing counter untuk kami membeli tiket pulang ke Karachi. Harga nanti aku share di penghujung kisah Pakistan aku dan semestinya tidaklah murah sebab boleh dikira last minute purchase kan? Selepas membeli tiket Karachi, kami menunggu Osama mengambil kereta dan kami dapat rasmikan kereta Toyota Altis Osama yang masih tak buang plastik gitewww... Sebab aku comel makanya aku kena duduk depan. Pemanduan sama seperti Malaysia, driver di sebelah kanan. Osama bertanya samada kami nak berhenti makan ke, dan of course kami kebuluran! Tapi disebabkan jalan jem, hujan lebat dan jalanraya sedikit banjir akhirnya kami mengambil keputusan untuk order makanan di hotel saja. Badan pun dah melekit sehari semalam tak mandi dan badan pun mula lenguh-lenguh. Kami menginap di Hotel Red Line, Islamabad. Ianya merupakan budget hotel dan oklah untuk bermalam. Kami boleh order makanan di reception (tapi Osama yang begitu cemas sebab nak memberikan service terbaik sangat pada kami siap ambik order sampai ke bilik kami hahaha). Kami order chicken biryani untuk 1 portion, tapi makaihhh setambun nasinya! Boleh tahan sedap, penuh dengan citarasa Pakistan, tapi agak masin. Tapi hantam sajalahhhh kami dah lapar gila kan? Kami juga diberitahu oleh Osama untuk order terus breakfast untuk esok kerana jam 0900am kami perlu check out untuk memulakan perjalanan kami yang dijangkakan bakal mengambil masa seharian untuk ke Besham, iaitu checkpoint pertama kami. Baiklah encik Osama... Kami pun dah penat. Tapi sememangnya Osama ni terlebih concern, beberapa kali dia ketuk pintu bilik kami bagi memastikan kami bertiga okay kerana beberapa kali jugak hotel tersebut mengalami blackout! Kami diberitahu blackout tersebut adalah sebab hujan ribut yang berlaku tadi menyebabkan bekalan elektrik tidak stabil. So kejap gelap kejap berlampu la kaedahnya kami di situ. Osama menunggu di lobi sehingga kami tidur, barulah dia balik ke rumah pakcik dia yang berdekatan dengan hotel kami. Kami berehat dan rasa selesa dapat berbaring di katil (bilik kami triple sharing, so sorang satu dapat katil single). Bagi kami tidur dulu, dan InshaAllah aku akan sambung kisah seterusnya di entri yang akan datang hehehe...

Islamabad New International Airport. Sebelum tetiba ribut

Mari kita survey-survey airport baru

Kami dan abam Osama (walaupun dia muda lagi). Kacak kan dia? Time ni dah start angin kuat beserta hujan lebat

Jangan kata sis tipu bab ribut tu. Ini buktinya!

Reception Hotel Red Line

Chicken biryani untuk 1 portion. Korang rasa kalau kitorang order sorang 1????





3 comments:

  1. Bandung jakarta yogyakarta surabaya boleh cuba saya WA+6282116302307

    ReplyDelete
  2. hi..boleh sharekan contact number osama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya xde phone no dia. Tapi boleh add dia di FB: Osama Shahid Bangash

      Delete