Tuesday, 24 September 2019

#GengPAK: Liku-Liku Besham


Islamabad - Besham: 26 April 2019 (Day 3)

     Kami bersarapan di hotel dengan membuat order yang dihantar ke bilik. Makanan di Pakistan bagi aku tersangatlah murah walaupun kami order melalui hotel sahaja. Nasi biryani yang malam tadi pun cuma RM9 boleh di share bertiga. Kami order 2 keping paratha yang saiznya sebesar pinggan hidang tapi jangan expect dia datang dengan dhal ke kari ke okeh... Kami makan paratha cicah sambal bilis yang kami bawak bersama dan minum chai. Selepas makan kami bersiap-siap untuk check out dan memulakan perjalanan kami kem destinasi pertama kami seperti yang dinyatakan dalam itinerari iaitu Besham. Kami bakal lunch di pertengahan jalan dan perjalanan kami dijangka memakan masa selama 8 jam huhuhu...

Menuju puncak bersama Ita

Pemandangan luar hotel kami. Nampak lecak-lecak tu? Hasil dari ribut semalam le tu

Pemandangan yang agak biasa. Kesian orang ni... Sedekah atau tidak? Biarlah menjadi rahsia...

Penunggu teksi sapu. Hail je tangan...

Posing dulu sebelum perjalanan yang panjang...

Teksi sapu

Perjalanan keluar dari Islamabad

Nice photo captured by my S9+ ngeh ngeh ngeh

Menikmati pemandangan semulajadi

Akhirnya kami tiba di tol untuk keluar dari Islamabad

Pondok tol Pakistan

Bahgitewww gate dibuka. Kau hado???

     Di sepanjang jalan, kelihatan banyak gerai-gerai buah yang menjual sejenis buah berwarna oren gitu. Kami bertanya pada Osama, buah apakah itu? Dia cakap, tak sure kami panggil apa tapi diorang panggil loquat. Ek elehhhh, samalah kami pun panggil loquat encik. Kami mintak Osama untuk berhenti singgah membeli loquat untuk kami rasa dan dia berenti di salah sebuah gerai. Kami sebenarnya nak beli sikit je tapi kami diberitau yang kami kena beli sekotak tu terus. Harganya? Murah baq hang!!! PKR100 sekotak bersamaan dengan RM3 tauuuu!!! Buah ni bertahan beberapa hari sampailah dia busuk (sebab banyak sangat wehhh)

Kami singgah kat gerai ni beli loquat

3 hengget je ni!!! Kata Ita sambil menganga

  Kami meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di checkpoint sempadan daerah/wilayah. Di sini ejen perlu declare kami dan Osama sudah menyediakan semua details pengenalan kami di dalam 1 kertas seperti format surat yang tertera nama kami, passport no etc dan diberikan kepada askar yang menjaga checkpoint tersebut. Proses sangat cepat dan lancar dan kami meneruskan perjalanan kami melalui kampung-kampung. Aku lupa nama kampung ni namun aku ralit mengambil gambar dan video apabila tingkap kereta kami dibuka. agak busy pekan ini tapi kami perasan yang kaum wanita sangat limited untuk dilihat di sini kerana pekan memang dipenuhi oleh kaum Adam saja.

Checkpoint pertama kami

Ada nampak macam jualan goreng-gorengan. Aku mintak Osama berenti beli tapi dia takmoh bagi kami makan makanan tepi jalan ni... hmmm

Gerai buah yang belakangnya adalah kedai makan

Lagi kedai makan

Pekan yang busy. Sorry memang aku lupa namanya

Local view

Bengkel motor

Tunggu bas/teksi sapu. Kaum wanita menutup sebahagian muka. Tak tau la sebab memang macam ni ataupun pasal habuk.

     Kami berhenti di sebuah restoran di tepi highway untuk early lunch. Mengikut kata Osama, inilah tempat berhenti terakhir kami untuk makan, minum dan membuang apa-apa yang patut sebab selepas ni kami takkan jumpa tempat rehat yang lebih proper untuk melepaskan hajat etc. Whatttt??? Aku ni memanglah dah terkenal dengan habit yang suka berenti untuk toilet break. Memang nervous la sangat! Di restoran ini, kami diberi ruangan di atas untuk keluarga agar lebih privasi. Osama dan driver, Shoaib, makan di meja lain manakala kami bertiga makan di meja yang agak tersorok di tepi dinding. Kami ditutup dengan bidai portable yang boleh lipat tu oleh pekerja restoran, ntahlah tak tau kenapa, tapi kami assume samada nak bagi lebih privasi ataupun kerana kami semua perempuan, so nak jaga kami daripada dipandang oleh lelaki lain la kot? Hehehe. Kami order ayam masak cili, sour soup (lupa apa nama dalam menu tapi soup ni pekat dan masam-masam ada letak macam sohon dalam tu) dan nasi putih. Rasa? Boleh tahan sebab at least ada benda masam-masam dan sedikit pedas masuk ke tekak kami dan oh ya, kami lunch awal dalam pukul 11.30am hokayyy???

Kami ada sayuuup di hujung dinding, manakala Shoaib dan Osama dapat menikmati view tepi tingkap sambil makan

Ni la sour soup kami

Ayam masak cili dan nasi putih 1 portion katanyaaaa

     Selesai makan, kami bayar makanan (makanan memang kami bayar sendiri) dan murah yang amat rege dia! Kami siap beli mineral water botol besar buat bekal dalam BRV kami nanti (ya kami naik Honda BRV - aku & Ita duduk 2nd row manakala Min duduk sorang bersama-sama beg di seat belakang. Untonglaaa badan kecik molekkkk). 

Pemandangan biasa naik teksi sapu

Jalan yang berliku bakal ditempuhi

View tepi highway

Kami lalu satu pekan lagi

     Di pekan ni, kami berhenti sebentar untuk Osama dan Shoaib menunaikan solat Jumaat, dan kami duduk dalam kereta je. Kami dipesan supaya jangan keluar dari kereta, tapi biasalah, degil tu tetap ada hahaha. Min dan Ita keluar sekejap pegi ke kedai yang kami park kat depan ni untuk Min mencari simcard dan jugak beli jajan. Lepas je habis membeli, orang kedai tu terus tutup kedai sebab nak pi solat Jumaat hahaha. Memang diorang kat sini akan tutup/biar kedai untuk ke masjid, tapi kami nampak je satu kedai ni tutup tapi tuannya elok je berbaring dalam kedai tak pi masjid pun, aihhh. Agak lama juga kami menunggu, dan selepas itu kami meneruskan perjalanan kami. Osama kata kami dah lambat sebenarnya ni dan dijangka kami sampai lewat petang. Ok jom gerak!

     Kami mula memasuki highway lama yang sangat berliku jalannya dan melalui gaung dan jugak tapak construction yang telah menjadikan perjalanan kami lebih lambat. Habuk-habuk dan debu jelas kelihatan dan sememangnya udara yang tidak berapa selamat untuk kita hirup. Jengkaut, jentolak, lori simen dan sebagainya memenuhi bahu jalan yang klau kita salah langkah terus boleh masuk gaung. Seram weh... Jalan kami sudah bermula goyang Inul dan kadang-kadang berhenti kerana memberi laluan lori keluar masuk. Highway ni memang banyak lori sebab sememangnya kami mengambil laluan yang digunakan oleh kenderaan berat untuk keluar masuk negara China. Kenapa kami ikut jalan ni? Sebab highway baru yang lebih elok dan lebih pendek jaraknya sedang ditutup kerana masih bersalji dan licin jalannya. Aku malas nak cite lebih condition highway ni, tengok je video  & gambar bawah ni...

Hanya melihat jalan yang elok dari atas

Maka bermulalah laluan berliku kami. Tetiba ada pulak satu mamat pose kat tepi jalan aihhh

Lelori besar banyak di sini

Perjalanan berliku baru bermula

     Kami melalui Zero Point bypass dan kemudiannya memasuki satu lagi pekan besar bernama Abbottabad. Kenapa aku ingat nama pekan ni? Haaaa inilah kampung Osama Bin Laden yang terkenal tu. Dan beliau juga ditembak mati di kampung ini jugak. Difahamkan bahawa pengikutnya masih ada di sekitar sini, dan sememangnya kita boleh nampak banyak askar yang berkeliaran kat sini. Aku sempat mengambil beberapa gambar dan video pekan yang terkenal ini.

Sungguh sesak pekan Abbottabad ni. Dan kelihatan facilities seperti convenience store, bank etc agak mudah didapati

Pasar di tengah jambatan. Sangat meriah!

Urusan jual beli

Rock melon kelihatan sangat menyelerakan!!!

Mula-mula aku ingatkan popcorn hahaha. Tapi rupa dia macam serpih kayu

Kedai daging

Suasana meriah pasar jambatan

Boleh nampak debu-debu berterbangan hahaha

     Selepas merentasi pekan Abbottabad, kami masuk semula zon construction tepi highway. Sekali lagi, tak tau nak cerita apa, sebab pemandangan construction sedang dijalankan tu sebenarnya mengganggu pandangan mata kami yang akhirnya mengambil keputusan untuk tido /berangan /mengudap/layan lagu.

Pemandangan kami...

Layan pemandangan construction

     Setelah lemau di atas jalanraya selama 8 jam lebih, akhirnya kami melihat signage Besham!!!! Alhamdulillah kami bakal sampai dan bergolek atas katil!!! Kelihatan sebuah jeep penuh membawa penumpang kanak-kanak yang kami kira baru balik dari sekolah. Kami saling berbalas-balas lambaian dan bising budak-budak tu mennegur sambil melambai tangan dalam masa yang sama bergayut di tiang jeep. Aihhh seriau nau! Kalau kat Malaysia bas sekolah buat style macam tu, memang kena lupus dah jeep/bas sekolah tu siap dengan lesen sekali dilupuskan hahaha. Kami tiba di hotel kami yang bernama Hotel Hilton Besham (kami duduk Hilton, kau hado?) dan rupa-rupanya budak-budak jeep tadi mengekori kami ke kawasan hotel memanggil-manggil untuk mintak Rupees hahaha. Patutlah peramah lain macam je budak-budak nih! Walaupun namanya Hotel Hilton, tapi sesungguhnya dia takde kaitan langsung dengan rangkaian Hotel Hilton apatah lagi kaitan dengan Paris Hilton. Kebetulan namanya je sama. Dan kebetulan masa kami sampai tu BLACKOUT!!! Memang blackout dan Pakistan tak dapat dipisahkan ye... Sebenarnya banyak kali je kami mengalami peristiwa blackout sepanjang journey kami di sini. Selepas check in, kami ditempatkan di bilik triple sharing di mana terdapat sebuah katil single dan sebuah katil queen di bilik tu. Kami buat apa-apa yang patut dalam ke blackoutan petang dan lepas tu ke roof top untuk menikmati pandangan gunung di sekeliling kami. Sibuk Osama memberi penerangan semasa kami di roof top dan bertanya kami mau dinner apakah malam ini dan breakfast untuk esok. Kami memilih chicken kurma dan roti beserta salad untuk dinner, manakala untuk breakfast kami order siap-siap chay, paratha, omelette dan kheer (Pakistani Rice Pudding). Kami memang saja order banyak untuk breakfast selepas mengambil iktibar daripada perjalanan tadi hohoho. Keesokan harinya, selepas sarapan kami checkout awal untuk bergerak ke next destination yang memakan masa paling lama dalam perjalanan kami nih sampai naik kematu punggung kami dan terus terasa macam serik nak berlama macam tu! Namun di sebalik keperitan tersembunyi keindahan yang tiada tolok bandingnya. Apakah itu? Nantikan entri aku yang akan datang ye?

Behind the scene gambar cover entri aku

Keriuhan kanak-kanak jeep

Tadaaa!!! Inilah Hilton kami!!!

Pemandangan depan hotel

Ke lobi kita

Bilik kami. Not bad

Pemandangan dari rooftop

Gambar curi Osama hahaha

Bukti ni semua gamba aku ambik

Siapa mau snakes???? Serammm tau titewwww

Chicken kurma

Laluan ke bilik kami

Model breakfast sedang menunjukkan cara-cara makan kheer iaitu rice pudding aka bubur nasi manis. Must try! Rasanya manis berlemak campur susu, rice yang dikatanya tu sebenarnya macam gandum dan korang akan rasa seperti makan bubur gandum versi Pakistan, nampak sama tapi sebenarnya lain. Ni boleh masuk dalam local food favourite aku! Aih tetiba sis terliur nak makan kheer tengah malam buta ni arrrggghhhh