Thursday, 29 August 2019

#GoLocal Patatimo Part 2: Backpack ke Club Med


Club Med Cherating: 6 - 8 March 2019 (3 days)

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sambungan terakhir untuk entri #GoLocal Patatimo kami. Dalam tak sampai sejam perjalanan dari Kemaman, kami pun sampai di Club Med Cherating. Sebelum aku bawak korang menselusuri sisi sebuah kelab eksklusif yang bernama Club Med ni, meh aku brief sikit pasal Club ni. Club Med merupakan sebuah kelab pelancongan yang menyediakan All-Inclusive services di dalam satu resort. Kelab ni mempunyai banyak cawangan di serata dunia dan Club Med Cherating merupakan satu-satunya cawangan yang berada di Malaysia. Kelab ini khabarnya sudah dipunyai oleh China, dalam 70% jugaklah syer mereka. Ini diberitahu sendiri oleh Guest Officer mereka. Disebabkan kelab ini sangat eksklusif, makanya semua facilities dan juga beach compound adalah private dan hanya boleh digunakan oleh pelanggan mereka sahaja. Oleh itu, untuk ke sini, kita perlu membuat tempahan dan harga sememangnya premium kerana korang boleh lenjan apa saja facilities yang ada, makan dan minum sepuas hati dan join semua aktiviti yang disediakan secara percuma (please take note: ada certain activities kita perlu bayar, tapi kalau sudah ada benda free, buat apa nak main yang kena bayar punya ya idok?) Untuk perhatian juga, Club Med Cherating juga telah disesuaikan konsepnya untuk menjadi tempat vacation yang mesra keluarga (aku pernah ke sini sebanyak 3 kali dalam tempoh 15 tahun, so aku boleh nampak perubahan konsep sebab awalnya Club Med ni macam sesuai untuk clubbing dan siap ada disco sendiri dan jugak sering mengacarakan beach party tapi pada tahun 2019 ni aku diberitahu dah takde disco, beach party semua ni dan aktiviti lebih menjurus kepada kekeluargaan). So, sesiapa yang ada babies dan anak kecik, jangan bimbang! Sememangnya GO mereka dilatih untuk melayan kerenah kanak-kanak dan jangan tak tau, mereka juga menyediakan service baby sitting (with additional cost) untuk memberi peluang kepada para ibubapa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang mereka nak cuba. Untuk lebih details mengenai Club Med bolehlah clik di SINI

     Kebetulan pada waktu kami nak pergi ni, Club Med ada membuat harga promosi, iaitu RM900 per pax untuk pakej 3 hari 2 malam. Normally harga dalam RM1K lebih lah, so kami grab saja harga promosi ni, tapi ini adalah harga untuk weekdays ya. Total untuk kami berdua adalah RM1.8K dan polisi di Club Med ialah NO TIPPINGS ya kat sini! Maknanya itulah saja harga yang kita perlu bayar. Cuma bawak diri je pegi sana and enjoy!

     Jangan risau berada di sini kerana mereka akan melayan kita sama rata saja tanpa mengira pangkat. Kami bawak backpack je kot datang sini dan aku siap pakai sandal dan berpakaian comot je (pakaian normal aku travel hahaha) takdelah bergaya sangat but GO mereka very professional dan tak memilih bulus. GO mereka datang dari pelbagai negara di seluruh pelusuk dunia dan kami diberitahu semua GO ni akan switch pergi ke Club Med negara lain mengikut tempoh yang ditetapkan dan sebab itulah mereka sangat peramah dan open minded ya! 

     Kami tiba di Club Med awal sejam iaitu pada jam 1340pm (check in sepatutnya 1500pm), dan setibanya kami di entrance club, kami ditahan oleh security guard untuk pengesahan. Mereka screen ya satu-satu details, mintak IC etc sebab di tangan mereka dah ada list siapa yang akan check in & check out dan jugak duration kita berada di situ. Selepas check nama kami, mereka akan menghubungi reception counter di dalam untuk mengesahkan kedatangan kami (untuk mereka ready menyambut kami) dan selepas mendapat greenlight, kami diberi pas masuk untuk kereta dan palang pun dibuka. Kami melalui jalan hutan sebelum sampai di entrance. Setibanya di entrance, kami disambut mesra oleh GO mereka. Mereka membantu mengeluarkan beg kami dari bonet (walaupun beg kami 2 ketul je hahaha) dan suami pergi ke tempat parking yang disediakan untuk letak kereta, manakala aku dipersilakan ke kaunter untuk check in. Kami perlu meletakkan deposit sebanyak RM800 (RM400 per pax) dan kad akan membatalkan deposit tersebut masa check out. Banyak kan deposit dia huhuhu! Nasib baik aku ada credit card yang memang dikhaskan untuk travel, so selamat. Kami diberitahu bahawa kami sampai awal 1 jam dan meminta kami menunggu untuk check in. Aku ok je sebab memang dah tau terawal kan... Kami diberi minuman dan refreshment towel sementara menunggu. Dalam jam 1400pm GO datang kepada kami dan memberitahu berita gembira bahawa kami dibenarkan check in awal. Yahuuu!!! Beg kami diangkat oleh GO yang berasal dari China (pompuan kecik molek je badan dia, dan dengan gagah memikul backpack aku menuju ke bilik). Bilik kami terletak di Blok B (Belalang katanya) dan blok tersebut terletak di hujung sekali dan berkongsi dengan dorm GO. Ok, bab ni aku tak berapa gemar, sebab aku rasa bagaikan diskriminasi apabila beli pakej murah diletakkan terperosok di belakang dan berhadapan dengan loji. Nasihat aku, korang awal-awal mintak bilik bahagian depan especially yang ada bawak anak ke, orang tua ke, mungkin diorang akan bagi priority untuk benda-benda macam tu. Tapi kami redho je, belakang sekali dan di tingkat 2. Time kami pergi tu memang meruap la bau loji tapi nasib baik bilik kami bersih, selesa dan takde bau loji yang masuk dalam bilik tu. Mungkin sebab kami di tingkat 2 kot, sesiapa kat bawah tu lagi siksa kot... Dan bernasib baik jugak balkoni kami menghadap the opposite side, iaitu garden, tapi seram gak la nampak pokok beringin tu huhuhu... Tandas dia separate, bermakna bilik mandi lain, and jamban lain. Tapi ingin aku beritau kat sisni yang toilet dia stok-stok omputeh ye, takde paip, so silalah bawak botol ke portable bidet ke datang ke sini ye? Disebabkan dah melepasi waktu lunch, kami terpaksa menunggu dinner untuk makan. Perut dah berkeroncong so kami makan jelah kudap-kudap yang kami bawak sebagai bekal tu sementara menunggu waktu makan. Waktu dinner adalah bermula jam 1915pm-2130pm. 

Bilik kami

Garden view dari balcony

Block A berhadapan dengan laut

Merenung apa ntah tu

Lepas termenung, terus pi baring

Lagi Block A. Sis pernah duduk kat block tu dulu...

      Selepas solat Maghrib, kami bergegas bersiap untuk ke Mutiara Restaurant: iaitu restoran Club Med untuk dinner. Kami memang dah lapar gila ni dan perlu bersegera sebelum lebih ramai orang turun. Kami berjalan dalam 10 minit jugaklah untuk ke restoran dan perlu merentas taman dan pokok besar, menaiki jambatan dan seterusnya ke main building. Sila bawak phone atau torch light sebab agak gelap untuk ke main building walaupun terdapat lampu jalan. Yalah sebab tempatnya sunyi, banyak pokok dan lapang. Kami juga diberitahu binatang-binatang liar banyak berkeliaran seperti oink-oink, musang dan binatang-binatang lain lah. Oklah kami dah tiba di restoran dan terus cop meja makan, kebetulan ada sebiji meja untuk 2 orang, so kami duduk situ saja. Aku craving adik beradik steak so aku berdoa agar ada steak untuk malam ni hehehe... Oklah meh aku belanja gambar makanan malam pertama kami di sini. Semuanya FOC & All You Can Eat ye!!!! Lepas makan kami layan show kejap sambil minum-minum jus ataupun coke kat bar area sebelum kami naik ke bilik.

Main building. Kat sini ada main swimming pool, theaterette, merchandise shop, bar, restoran, kids room

Nampak tak restoran tu?

Tukang masak majoriti Melayu. Dan jangan tak tau, Restoran Mutiara ni merupakan antara restoran tersedap di antara restoran-restoran Club Med seluruh dunia yang di quote oleh customers. Percaya pada sis, sebab sis rajin baca reviews. Memang orang kita pandai masak kan!!!!

Takde appertizer, kita jump terus ke main course! Takde rezeki daging malam ni, tapi salmon pun sedapppp!!!

2nd round! Kita pegi Chinese food stall pulakkk

Masuk ke-3 sis dah mengah. Memang dah tak boleh bawak pi buffet dah ni, usus dah sempit hehehe

So, dalam keterpaksaan, sis terpaksa menutup dinner sis dengan dessert...

     Hari ke-2 kami di Club Med. Harini kami decided untuk tengok penyu di Pusat Sanktuari Penyu bersebelahan dengan Club Med.  Terdapat arrangement harian untuk warga Club Med setiap hari jam 1100am untuk ke pusat tersebut. Kami bersarapan dulu di restoran dan kemudian balik ke bilik untuk melabur (yelah kami takdelah bawak portable bidet masa pegi breakfast kan... Semua toilet dia pipeless). Pagi ni kami duduk di meja yang sama seperti dinner untuk bersarapan. Ok jom kita round cari makan!!!!

Pagi yang gelap kini sudah terang. Kera pun keluar mencari rejeki. Scary wooo manyak nau kera pagi-pagi ni

Sebat nasi lemak terus untuk 1st round. Pastu boleh pulak letak beef bacon ngan omelette lagi tuhhh

Yang 2 keping asing tu sis punya pancake muahahaha

Penutup breakfast. Konyang dah

Dekat bar area ni tiap-tiap pagi akan ada zumba dan instructornya adalah salah seorang GO di sini. Sesiapa boleh je join

     Dalam jam 1030am kami dah berkumpul di main entrance untuk bersama-sama berjalan kaki ke Pusat Sanktuari Penyu. Tak jauh pun, tapi matahari dah mula menegak menyebabkan kami ketibas gak lah. Kami melalui block-block resort yang lain dan tak salah aku yang depan-depan ni untuk bilik yang premium la kot, lebih nampak cantik dan selesa bangunannya dan kelihatan lebih baru. Tambahan pulak berhadapan dengan pantai. dalam 15 minit jugak kami berjalan slow-slow dan akhirnya sampai ke Pusat Sanktuari Penyu ni. Masuk adalah percuma (tak sure kalau orang luar kena bayar ke tak, sorry sis terlupa nak check hahaha) dan kami ditemani oleh seorang GO Indian yang berasal dari Malaysia. Aku lupa lak namanya hahaha dan tugas dia adalah escort kami ke pusat tersebut, membawa kami berjalan dalam pusat sanktuari dan memberi penerangan tentang pemuliharaan penyu di sini. Daripada penerangan GO, Club Med ni kiranya menjadi funder untuk Pusat Sanktuari ni. Pusat ini bertanggungjawab untuk menyelamatkan telur-telur penyu dan kemudian menjaga sehingga menetas dan melepaskan anak-anak penyu ini kembali ke laut bila sampai masanya. Mereka juga menyelamatkan penyu-penyu yang cedera, merawat mereka sehingga sihat dan menghantar kembali ke habitat asal. Terdapat beberapa spesis penyu yang dijaga di sini...

Ayuh kita bergerak!

Aku jeles ngan 2 mat saleh kat depan tu boleh berlenggeng je panas ni

Hey bro, jauh tinggal bini nampaknya?

Suasana tepian pantai

Selepas ketibas... Akhirnya kami sampai

Bangunan dia macam rumah kampung je

Bukak kasut dulu sebelum masuk

Suamiku dan dugong...

Terus teringat si Tenang, dugong yang pernah menjadi viral dulu...

Bangkai penyu yang telah diawet

2 ekor penyu rumaja...

Sayang menyayang... Cinta dikenang... Perasaan menjadi rindu.... Ohhhhh....

The babies

Ni kira dah kategory toddler la kot

Setiap kolam ada tagging 

Comel kan mereka berenang-renang? Coba tuan hamba teka, yang mana jantan yang mana betina?


     Kami pulang ke resort lebih kurang 30 minit selepas lawatan dan kami melalui jalan yang sama. Kami mengambil masa kami sambil melihat aktiviti trapaze, iaitu salah satu aktiviti extreme (bagi aku la) yang disediakan di Club Med Cherating. Untuk nota, hanya Club Med tertentu saja yang mempunyai aktiviti ini dan GO yang ditugaskan merupakan mereka yang mempunyai kepakaran dalam hal-hal bergayut ni. Oh ya, kat sini jugak ada aktiviti archery, aku pernah buat masa 1st time aku ke sini, tapi memandangkan lunch lebih penting hohoho, makanya kami skip archery ni. Lagipun terdapat waktu-waktu khas untuk aktiviti ni, terbahagi kepda dewasa, kanak-kanak dan jugak family. Disamping itu ada juga aktiviti seperti kayak, bola tampar pantai, ping pong, mencanting batik (with additional cost), yacht dan lain-lain lagi, pendek kata banyak sungguh aktiviti mereka sampai susah nak pilih! Tapi kami pilih untuk chill dan lepak saja tanpa memenatkan badan, tapi demi untuk melayan kehendak encik suami, aku layanlah dia main ping pong lepas lunch hahaha 

Siri ditinggalkan encik suami bahagian 2

Sempat ambik 2 saat je trapaze ni hahaha

Kalaulah aku ni ringan...

Ahhh lupakan hal duniawi itu. Jom makannnn!!! Syukurrrr ada rib arini! Tercapai cita-cita sis nak makan daging. Ok dah terliur sekarang ni. Yang macam skew tu namanya ikan mahi-mahi

Aku rasa aku ada terlupa ambik gambar makanan lain dan aku rasa aku repeat rib tersebut muahaha. Dessert jelah kita

Ni namanya tersandar kekenyangan

Kita layankan ajelah yeeee

Konon nak keringkan peluh. Kita lepak-lepak sambil menghayati angin sepoi-sepoi pantai

Ni pekerjaan customer yang tidak bertanggungjawab. Dah bawak gelas dari bar tak reti nak pulangkan balik, main longgok tepi pantai je!!!!

Santai aje uncle ni sorang diri dia

     Selepas puas melepak, aku ajak encik suami ke noodle bar. Sebenarnya noodle bar ini beroperasi selepas waktu breakfast, lunch dan dinner. Kiranya noodle bar ni adalah alternatif untuk mereka-mereka yang skip atau terskip buffet. Tapi boleh je sesapa yang dah ambik buffet-buffet tersebut datang makan, dah namanya makan free flow kan? Tapi sementara menunggu noodle bar bukak, kami lepak jap minum jus kat area lepak, selalu duduk kat luar je tepi swimming pool tu, tapi sebab panas aku nak duduk kat aircond area & encik suami layankan aje... Lepas melepak, kami ke bar noodle untuk makan. Kami order 1 mangkuk je curry laksa, share berdua.

Lepak luuuu... Nampak tak ada waiter bawak air kat belakang tu?

Pekena jus seround. Aku memang suka pow mango juice kat sini

Kami di Noodle Bar

Kitchen kat tengah laman

Tadaaa!!!! Curry laksa kami

Laluan wajib kami berulang-alik dari main building ke bilik. Yang sayuuup tu la blok kami

Block Belalang Tingkat 2

     Malam terakhir kami di Club Med. Malam ini, dinner kami ditemani oleh sepasang GOs, yang lelakinya dari Malaysia manakala yang pompuannya dari Indonesia. Kami suspect diorang ni couple sebab memang kitorang perasan diorang ni asyik berkepitttt je. Nama? Aku memang ada masalah nak ingat nama orang, tapi kedua-duanya sangat peramah. Aku bercerita tentang pengalaman aku 2 kali datang sini dan membuat sedikit comparison. Aku rasa agak betul sebab bila aku melihat buffet spread dia, 2 kunjungan sebelum ni lebih banyak dan meriah. Yang ni masih meriah dan banyak pilihan, cuma aku rasa dulu lebih banyak. Kami makan-makan sambil berbual dan dipaksa oleh GO lelaki tu untuk melihat persembahan pada malam ni sebab dia involve untuk persembahan malam ni hahaha. Yelah semalam kitorang malas tengok sambil lalu je. Sekejap je mereka makan bersama kami sebab lepas tu dia kena bersiap untuk persembahan. Memang penat keje diorang ni, sehari suntuk melayan customer dengan senyuman tak lekang di bibir dan malam pulak kena buat persembahan. Mereka jugak menjadi escort atau ketua aktiviti yang dilakukan pada siang hari dan mereka juga perlu membantu mengemaskan meja kalau staffs restoran busy. Perrrghhhh penat tuuuu. Okalah share gabar makanan. Malam ni ni ada steak weiiii!!!

Mari kita mulakan. Gambar diambil dengan cepat sebab ada orang join kami dinner kan? Malulah sis kalau diorang tau sis amik gambar makanan

Steakkk!!! Craving satisfied!!!!

Sebelum dessert ada lagi, tapi ni je yang sempat hehehe

Bersungguh encik suami makan pizza

Ni la tempat buffet. Gambar diambil dengan kadar segera jugak ni sebab segan

     Selepas makan, kami join menonton persembahan. Malam ni diorang buat drama muzikal dan menarik jugak show malam ni! Gabungan hero-heroin fairytales dan menjadikan sebuah drama muzikal yang menyeronokkan! Heroin dia GO dari Korea manakala heronya adalah Bar Manager yang berasal dari Bali.


Not bad show mereka. Semua ni GOs yang menari. Memang stamina kena bagus

GO yang makan dengan kitorang pun ada menari atas ni. Rupa-rupanya dia adalah Acrobatic Manager perrghhhh


Sambungan kegembiraan adalah menari berjemaah dengan penduduk. Sekali menari lagu filem I Fine, Thank You... Love You la pulak... Filem feveret aku kot tengok berjuta kali tak abis gelak lagi!!!

Kami layan je tengok orang menari... Sambil order mojito hahahaha (hepppp!!! Ni tadak alchohol okayyy!!!!)

     Akhirnya kami bakal pulang ke pangkuan meow-meow kami... Breakfast? Aku tak ambik gambar pun ntah kenapa aku tak tau hahaha. Lepas makan kami kembali ke bilik untuk berkemas kerana kami perlu check out pada jam 1100am. Walaupun kami disuruh check out awal, tapi kami masih boleh menggunakan facilities resort sampailah jam 1500pm. Maknanya kami masih boleh ambik lunch, main-main apa yang patut etc, tapi kami mengambil keputusan untuk melepak saja sambil minum jus/mojito buat kali terakhir. Kami layankan saja tarian zumba dan menunggu sehingga jam 1215pm untuk lunch. Selepas lunch, kami kembali pada realiti dan kehidupan asal kami... So kesimpulannya, kat Club Med ni memang aku releks aje taknak serabut-serabut dengan aktiviti yang memenatkan badan. Buat para pembaca, check promo Club Med setiap masa kalau berminat untuk ke sini. Sekarang ni pun aku tengok promo price adalah dlm RM1,090 dan harga akan meningkat bila tiba musim cuti. Sesungguhnya ini adalah rest and relax getaway bagi aku, sebab kebanyakan trip aku memang akan ada kerahan tenaga, tak kiralah kena berjalan berkilo meter ke etc. So tak salah rasanya kita selangkan percutian kita dengan sesuatu yang agak santai dan menenangkan. Dan sememangnya aku akan buat at least sekali dalam setahun diselangi dengan travel yang memakan tenaga :)

Pagi-pagi dah togok mojito hahahaha

Cekodok pisang dan steak = combination yang meletoppp!!!

Ramen (Japanese counter) & topokki and gyoza (Korean counter)

Pastu sis sebat pulak mac & cheese

Dan diakhiri dengan salmon salad... Dessert aiskrim sis tapau pakai kon hehehe