Friday 9 March 2018

#GoLocal: Glamping Style di Janda Baik

















24 - 25 Februari 2018
Kuala Lumpur - Temerloh - Janda Baik - Genting Highland

     Salam sejahtera untuk readers semua. Maaf, entri Trans-Siberian aku masih lagi sangkut buat masa ini, jadi aku kongsi dulu kisah trip #GoLocal kami yang baru je berlangsung 2 minggu lepas, bersempena dengan 'Bridal Shower' untuk Mera kononnya. Disebabkan kami tak boleh nak mengambil cuti sangat, makanya kami memilih weekend dan hanya ke Janda Baik disamping nak melarikan diri dari kesibukan KL dan kerja yang semakin menyerabutkan. So ini adalah time-off kami la daripada nak berfikir pasal kerja hehehe...

     Sengaja kami memilih Glamping style untuk trip kali ini sebab kami tak pernah glamping ni, so saja jelah nak merasa duduk berkhemah tapi nak yang selesa punya. Sekarang ni dah banyak pun resort-resort dan juga tempat peranginan lain yang menawarkan Glamping Style ni, cuma pilih ikut kemampuan dan bajet korang. Untuk kami, kami memilih untuk glamping di Sailor's Rest Janda Baik yang dipunyai oleh seorang pakcik yang sangat baik hati iaitu Encik Hashim. Sebenarnya, resort ini disyorkan oleh kawan ofis aku yang pernah glamping bersama family nya kat sini dan memberikan review yang baik untuk aku mencuba. Atas persetujuan Geng Gadis Jelitas yang lain, makanya aku telah membuat arrangement dengan Encik Hashim seawal bulan 12 yang lepas untuk mengelakkan fully booked.

     Tiba harinya, kami berjanji untuk berjumpa di check point di mana Ita akan datang mengambil kami iaitu di LRT Terminal Gombak. Sepatutnya kami bertolak seawal jam 0900 pagi tapi disebabkan aku yang lambat (hahaha) sebab aku terpaksa naik 2 tren dari Kajang, makanya kami bertolak pada jam 1030 pagi. Kami terus menghala ke Temerloh untuk makan patin tempoyak dulu di Restoran Gobang Maju. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam lebih jugak dan dalam perjalanan Encik Hashim dah call kami untuk memberitahu yang khemah kami sudah disiapkan dan kami boleh datang je untuk check in. Fyi, check in time di D' Sailor Rest adalah jam 1400 petang ke atas dan check out time adalah sebelum pukul 1200 tengahari, tapi disebabkan kami dah lajak ke Temerloh, maka kami stick to plan asal.

Akhirnya kami bertolak

     Di Restoran Gobang Maju, kami mengorder tempoyak patin sorang 1, patin pais tempoyak, ulam-ulaman dan juga ikan kecik-kecik yang aku lupa nama dia yang sangat garing dan rangup! Harga kesemua makanan dan minuman kami berlima adalah lebih kurang RM135 (resit kat Mera so aku lupa) dan seperti kebiasaan Mera bertindak sebagai bendahari kumpulan (di mana kami semua dah kumpulkan sorang RM50 untuk duit makan, toll, minyak). Selepas makan, kami patah balik untuk menuju ke Janda Baik yang juga mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan.

Yummehhhh

     Kami tiba di Sailor's Rest hampir pukul 1500 petang. Oh ya, sebelum tu nak cakap, resort ni terletak antara yang di hujung dan agak terpencil dari pekan. Nak masuk ke kawasan resort tu pun agak beronak duri, dan kami perlu melintasi jambatan kecil merentasi sungai. Aku siap turun kereta lagi sebab nak pastikan jambatan tu untuk pejalan kaki ke kereta boleh lalu, yalah tak ke haru bila kereta Ita melintas jambatan tiba-tiba hujung tu tangga. Dan memang tempat laluan kenderaan, tapi kenderaan ringan jelah. Lori ni dah tentu azab, boleh sangkut. Nasib baiklah kami memang booking khemah termasuk dengan BBQ dinner dan breakfast, kalau tak meraba jugaklah nak drive malam-malam nak pegi dinner malam ni. Encik Hashim dah setia menunggu kami dari tadi dan sebagai tukang booking, aku bertanggungjawab untuk melunaskan full payment dengan Encik Hashim ni. Fyi, deposit sebanyak RM100 perlu dibayar upon confirmation dan selebihnya bayar ketika kami check in. Encik Hashim kemudiannya menerangkan do's & don'ts sepanjang kami berada di resort ini. Bolehlah nanti refer do's & don'ts tu kat bawah ya hehehe. Sambil memberi penerangan, Encik Hashim ni pun kelakar orangnya! Pandai bergurau sambil diselitkan dengan peraturan-peraturan. Kami juga diberitahu akan ada sebuah family doktor (ber-4) yang juga akan glamping bersama kami. So total penyewa di sini untuk malam ini adalah seramai 9 orang... Yess!!! Makanya kami tak perlu berasak-asak nak mandi sungai jap lagi dan bersyukur kami pergi bukannya pada peak season. Encik Hashim juga menerangkan bahawa jiran resortnya di sebelah kanan adalah rumah percutian untuk bekas Gabenor Bank Negara, manakala jiran sebelah kiri pula adalah istana percutian kepunyaan Sultan Perak! Tapi ok, sebab time tu bukan waktu bercuti Sultan so kami conquer sungai muahahaha.

Tadaaaaa

     Kami dibawa oleh pembantu/staff Encik Hashim menuju ke khemah kami. Sepanjang perjalanan dari lobi resort ke khemah, kami disajikan dengan lanskap yang menenangkan mata dan fikiran dan kami sempat mengambil gambar sambil berjalan. Kami ditunjukkan dimana letaknya tandas, tempat makan, surau dan akhirnya khemah kami yang betul-betul berada di depan sungai. Bunyi sungai yang mengalir dan mergastua berkicauan (chewahhh) memang menarik-narik kami untuk terjun mandi tapi kita check in khemah dulu! Ya ampun, sememangnya khemah kami sangat selesa walaupun ringkas. Terdapat 5 biji katil di dalam khemah yang boleh tahan besar lengkap dengan extension plug, lampu, kipas dan ubat nyamuk elektrik. Kami mengecop katil masing-masing dan aku dapat paling belakang di bahagian 'dinding' kanan sebab aku paling last ambil tempat tapi kemudiannya aku di tengah kerana Kak As taknak kena kipas sebab dia dah terasa sesak dada kerana asma. Gejolak nafsu nak melompat ke dalam sungai tu memang mendalam, tapi kami perlu melakukan perkara wajib dulu, So kami ber-5 pun ambiklah telekung untuk ke surau. Bila sampai di surau, MashaAllah, cantik dan tenang. Encik Hashim buat konsep surau terbuka di mana tiada dinding dan kita boleh melihat persekitaran resort yang damai. Juga surau ini dikelilingi oleh tasik menambahkan keindahan. Surau besar dan lengkap berkipas walaupun open air, siap ada Al Quran dan kitab-kitab untuk dibaca.

Surau... Aku cuma sempat ambik masa solat Maghrib je sebab siang tu aku tinggalkan phone kat khemah untuk di charge

     Selesai solat, kami bersalin pakaian mandi dan akhirnya! Memang masing-masing jadi duyung berendam sampai kecut! Cuma Kak As saja yang tak turun mandi demi mengikut nasihat doktor supaya tak sejuk-sejuk sangat dan rehatkan kaki disebabkan Kak As mengalami kecederaan lutut baru-baru ni. So kami angkat Kak As menjadi photographer tak rasmi kami dan kebanyakan gambar-gambar yang ada kat dalam ni especially gambar kami berposing dalam sungai tu adalah hasil kerja tangan Kak As. Tq Kak As lebiuuuu. Sambil-sambil tu, Kak As berjalan melawat kawasan resort yang boleh tahan besar kawasan dia nih. Lupa nak cakap, selain daripada penginapan ala glamping, D' Sailor Rest juga ada menyediakan chalet dan juga bungalow untuk mereka yang kurang berminat nak glamping. Yang specialnya, di sini jugak ada Boat House. Cantik dan harganya pun cantik jugaaaaa...


Boomerang bangang-bangang kami

     Dah kecut-kecut kesejukan kami berendam, lapar la pulak. Oh ya, lupa nak bagitau, kat sini tidak dibenarkan membawa makanan berat, hanya snack dibenarkan, itupun kami hanya dibenarkan makan di luar khemah, ada meja wakaf disediakan di tepi sungai. Nasib baik Ita ada spare kerepek untuk dimakan sebagai pengalas perut kami yang perlu menunggu dinner selepas maghrib. Dah puas berendam sesi pertama, kami pun pergilah mandi di toilet/shower yang disediakan (fyi, untuk glamping, kami perlu menggunakan public toilet/shower yang disediakan dalam resort tu). Tapi korang jangan risau, sebab toilet/shower dia banyak, ada dalam 10 pintu la kot kalau tak salah dan sangat bersih dan selesa. Siap ada garden lagi dalam setiap toilet tauuuu. Selesai mandi, kami bergolek dulu di katil seab tetiba hujan turun. Masa tu sejuk yang amat! Kami siap tutup kipas sebab tak tahan sejuk, siap berselubung dengan selimut tebal ala hotel tu tau! Kemudian kami bersiap ke surau dan selepas itu dengan pantas kami terus menuju ke dewan makan yang juga open air consept. Makanan malam telahpun tersedia dan kami disajikan dengan nasi goreng ulam yang sangat yummeh, di samping lauk pauk BBQ seperti kambing, daging, ayam, ikan, sosej dan siap ada potato salad! Dessert pulak adalah bubur kacang campur durian. Kami makan memang bertambah-tambah, sedap dan lapar pulak masa tu, sambil menonton Winter Olympic. Family doktor datang kemudian tapi diorang balik dulu dan kami masih tak abis-abis lagi makan hahaha... Cukup kenyangnya, kami pun pulang semula ke khemah mengambil toilettries untuk ke toilet dan apalagi, kami tido la.... Tido kami bukak kipas sebab khemah perlu ditutup dan takut terkedap sangat. Kami tidur bersulamkan bunyi deruan air sungai dan juga cengkerik rimba yang bersahutan tanpa henti...


Pandangan pintu khemah dari katil aku

     Subuh hari aku dah terbangun sebab nak ke toilet, alang-alang terus ambik wudhu' untuk Subuh. Semua orang pun dah bangun dan kami ke surau. Selesai solat, kami melepak-lepak baring balik sambil mengadap pintu khemah. Ngantuk lagi beb! Dah le nyaman je angin dia... Pukul 0800 pagi, kami bangun, pegi gosok gigi dan aku dengan bawak beg toilettries terus menuju ke dewan makan untuk sarapan. Sekali lagi kami disajikan dengan makanan buffet yang mengagumkan kami. Boleh tahan pilihan dia, ada roti canai dengan kari ayam, nasi lemak, cekodok pisang, roti bakar, kopi o kawww dan teh tarik sedap disamping buah-buahan. Sememangnya kami mewah makan kat sini! Selesai makan, kami tukar baju mandi dan berendam untuk kesekian kalinya sebelum check out. Kali ni agak lama kami berendam, sampai pukul 1100 pagi dan selepas proper mandi, kami bersiap-siap untuk check out. Kami meninggalkan D' Sailor Rest ngam-ngam pukul 1200 tengahari. Kami lambai-lambai pada penjaga resort yang sangat baik menjaga kami sepanjang kami di sini dan definitely aku akan kembali ke sini! Kami juga sedih nak meninggalkan Tom, German Sheperd yang menjadi penjaga resort. Tom ni baik, dia tau kami tak boleh pegang dia, takde nak menggesel-gesel kat kami dan sentiasa menjadi escort kami kalau kami nak ke toilet, tapi pandai dia menjaga jarak dengan kami sebab dia tau dia tak boleh disentuh. 

Meet Tom


     On the way nak balik tu, kami sempat singgah di sebuah cafe yang selalu dilepaki oleh geng-geng bikers iaitu Nero Bianco Deli. Kami sempat merasa homemade mushroom soup dan garlic bread yang sedap rasanya dan juga jus buah 3 rasa. Kami meneruskan perjalanan turun ke Bentong untk membeli halia Bentong yang popular tu. Harga? Boleh tahan, tapi memang cantiklah halia tua dia tu... Aku belilah jugak sikit untuk rumah aku dan untuk mak mertua aku. Pastu aku beli pisang kaki dan jugak buah passion fruit yang dijual oleh Ah So yang sama. 

Sapalah punya keje ni jadi stalker akuuuu


     Tiba-tiba kami membuat magis! Kami ikut signboard balik KL tiba-tiba kami sampai kat Genting Premium Outlet! Hahaha! Memang haru la, dah le 1st time aku sampai GPO ni, terus tertangkap sepasang Converse... Memang haru! Kami di atas tak lama (konon!) dalam pukul 5.30 petang kami pun turun... Sekian saja kisah percutian pendek aku untuk kali ni. Semoga aku boleh keluarkan entri Trans-Siberian aku dalam tempoh terdekat ni. Enjoy gambar-gambar kami 2 hari di luar KL...

Harga:
Glamping Sailor Rest - RM 165/pax/night (termasuk dinner & breakfast)

Boleh click laman sesawang dia di Sailor Rest Janda Baik ataupun call/whatsap Encik Hashim di 012-360 9227


Welcome to Sailor's Rest

Do's n Don'ts


Urusan pembayaran sedang berlangsung


Sempat lagi kan sambil lalu


Public toilet/shower yang bersih dan selesa


Dewan makan


One of wakaf


View kawasan sekitar

Tadaaa khemah kami no. 6



Interior khemah glamping kami

Kalau dah best buddy... Gaya kena sama hahaha

Swafotooooo



Rupa dari katil aku yang pertama

Depan khemah terus sungai woohoo

Seberang jambatan gantung tu dah compound Sultan Perak



Wakaf kami

Subhanallah cantikkk

Duyung

Lagi aksi duyung


Dewi termenung panjang nauuu


Gaya paling win!!! Hahaha


Gaya peserta renang berirama simpanan


Muka menahan sejuk


Interior toilet. Siap ada taman


Surau

Dalam surau

Makan malammmmm

Muka masing-masing yang bernafsu besar

My plate (ni baru 1st round hehehe)

Tom setia menanti kami abis makan

Bakal pengantin buruk... errr INDAH lantak


After breakfast kat dewan makan

Ada pokok durian yang dah berbuah

Boathouse



Singgah sini dulu

Rupa kedai

Wow pokok ajaibbb

Kak As kusyuk mendengar gossip


Creative drinking... errr thinking

Swafoto lagi

Mera takyah nak serius sangat boleh?

Mushroom soup + garlic bread = lazatttt


Muka sememeh Dewi


Makcik buah

Buah + halia

Macamana tiba-tiba kami ada kat sini???

Muka pasrah (konon!)

Lapaq

My plate

Sebelum

Selepas

Dessert la pulekkk












1 comment:

  1. Bestnya. Bolehlah plan dengan keluarga datang ke sini.

    ReplyDelete