Friday 1 September 2017

IndoChina Finale-Vietnam & Trans Siberian/Mongolian: Persediaan menjelang 1 Oktober 2017









Kuala Lumpur
2 September 2017

Assalamualaikum wbt...

     Dikala aku sedang menulis entri ni, aku cuma mempunyai 29 hari lagi untuk kembara 36 hari aku secara total bermula 1 Oktober 2017. Memandangkan tahun lepas kembara aku dan Dewi menaiki keretapi terhenti di Cambodia, makanya pada tahun ini kami menyambung kembali sisa IndoChina kami bermula dari Ho Chi Minh (yang ni kami memang akan menaiki flight la untuk menjimatkan masa hehehe). Dari Ho Chi Minh, kami akan menaiki keretapi hingga ke Da Nang, dan kemudiannya akan menghabiskan 2 malam di Hoi An. Selepas itu, perjalanan train kami akan bersambung hingga ke Hanoi, di mana kami akan bermalam di ibu negara Vietnam ni untuk 1 malam sahaja, kerana kami akan menyambung train kami ke Beijing pada hari Jumaat 6 Oktober. Perjalanan dari Hanoi-Beijing dijangkakan selama 1 hari 2 malam dan kami akan sampai di Beijing pada hari Ahad, 8 Oktober jam 9am++

   Di Beijing, aku & Dewi akan terus ke hostel untuk gathering dengan Geng Gadis Jelitas yang lain (hehehe) iaitu Ita, Mera & Kak As. Kami akan merayau sekitar Beijing selama 3 hari sebelum kami memulakan kembara epik kami: Trans Mongolian pada hari Selasa, 10 Oktober 2017.

     Tiba di Ulan Baatar, terlebih dahulu kami akan ke Terelj National Park untuk menginap di Ger Camp selama 2 malam dan kembali ke Ulan Baatar untuk 2 malam lagi sebelum menaiki Trans Siberian kami ke destinasi seterusnya: Irkutsk.

     Kami akan menginap di hostel berhampiran Tasik Baikal selama 2 malam dan 1 malam di Irkutsk sebelum train dan destinasi seterusnya adalah Kazan.

     Di Kazan, kami akan singgah di situ untuk 3 malam selepas perjalanan train kami yang paling panjang (lebih kurang 68 jam dari Irkutsk) dan meneruskan kembara kami ke Moscow dan seterusnya ke Saint Petersburg.

     Kami akan terbang ke Malaysia tapi akan singgah kejap di Dubai untuk melepas jet lag.... Dan InshaAllah kami akan tiba di KLIA pada 5 November 2017...

     Begitulah serba ringkas mengenai itinerari kami, dan InshaAllah secara details selepas kami pulang dari trip kami...

     Sesungguhnya aku dah terasa teruja walaupun nervous untuk menghadapi kembara paling lama dalam sejarah hidup aku plus tanpa suami terchenta lagi pulak tu... Doakan semoga kembara kami ini berjalan dengan lancar, kami diberi kesihatan yang baik dan kembara ini adalah Lillahi Ta'ala dan untuk mengenali diri sendiri...

     

7 comments:

  1. Very Interesting journey. Come back safe and tell us of your journey.

    ReplyDelete
  2. If possible tulis detail expenses nyer sekali & nama2 tempat utk accommodation .... mana tau nak buat jugak nanti��

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah details adalah slps balik nanti. Buat masa skrg cuma estimated cost, memandangkan currency yg sentiasa berubah & kami x tau apakah additional cost masa on ground nanti ☺

      Delete
  3. Salam sis.. Nama saya wan.. dok study2 jumpa blog ni.
    saya akan travel trip yang seakan sama dengan sis..
    dari beijing ke moscow then terus turki dah mekah utk umrah.
    sudi tak bekongsi2 & exchange info utk trip siberia.

    whatsapp - +60137227789 or email mohdriduan.rahmad@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Boleh je... tapi semua saya akan share selepas pulang nanti sbb yg kami ada skrg cumalah estimation cost saja😊 Bila tu nak pergi?

      Delete
    2. berapa lama jangka masa trip tu wan?

      Delete