Thursday 15 November 2018

VietTrans, Trans-Siberian & Dubai - Kos-Kos Yang Terlibat Sepanjang 36 Hari Perjalanan Kami















 Assalamualaikum para pembaca. Walaupun aku tau aku agak terlambat berkongsi kos yang terlibat sepanjang kembara panjang kami ini atas urusan kerja dan jugak kerana trip Korea aku dengan husband baru-baru ini, namun aku tunaikan janji aku dengan setulus hati. Terima kasih Dewi yang sentiasa menjadi tukng update kos untuk kembara Trans-Siberian dan juga VietTrans kami berdua dan Dubai. Kami berharap dengan kisah pengalaman kami yang aku ceritakan panjang lebar di entri-entri sebelumnya dan juga kos yang aku share ni dapat membantu sedikit sebanyak plan kawan-kawan yang memasang niat untuk membuat kembara epik ini. 

Agak terlambat juga aku nak announce, kisah kembara kami mendapat perhatian majalah Mingguan Wanita dan editor meminta aku berkongsi kisah di dalam media cetak tersohor tersebut. Hanya 2 bahagian: di mana aku memilih untuk bercerita mengenai Mongolia dan InshaAllah kalau ada rezeki ingin aku berkongsi lebih kisah di Mingguan Wanita. Kisah kami ini dicetak untuk edisi 1 & 15 Julai 2018. 

Kos-kos yang terlibat untuk aku dan Dewi. Yang paling atas adalah tukaran cash kami yang digunakan untuk pelbagai urusan termasuk shopping dan makan hehehehe

*Kos di atas adalah untuk per pax ya. Untuk di Vietnam kos seperti hotel yang ditunjukkan adalah bahagi 2 (aku & Dewi) manakala di China, Mongolia, Russia & Dubai adalah bahagi 5 (aku, Dewi, Ita, Kak As & Mera). Manakala kos perseorangan seperti train, flight, duit perbelanjaan personal seperti contoh di atas.


No comments:

Post a Comment