Sunday, 25 November 2018

Luang Prabang: Ceritera Sang Penglipur Lara Di Kota Purba

Luang Prabang: 2 - 6 May 2018

     Ini merupakan kisah throwback kami pada May yang lepas. Maafkan aku kerana terlambat nak menulis mengenai trip kami ke Luang Prabang kerana aku sibuk nak menghabiskan kisah Trans-Siberian aku yang panjang lebar. Walaupun Air Asia dah suspend route ke Luang Prabang, di mana announcement mengenai suspension ni berlaku ketika kami berada di Luang Prabang pada ketika itu, tapi masih ada alternatif untuk kawan-kawan sampai ke kota yang diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan oleh UNESCO, iaitu dengan menaiki Air Asia ke Vientiane dan seterusnya mengambil domestic flight ke Luang Prabang ataupun land transportation seperti bas, minivan dan sebagainya yang mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan. Korang juga boleh mengambil flight ke Bangkok, Cambodia atau Vietnam dan kemudian menaiki low cost flight dari negara-negara tersebut. Tapi memang agak leceh dan memakan masa dan duit la kan?

     Untuk pengetahuan kawan-kawan, flight Air Asia dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang pada ketika itu beroperasi selang 2 hari, bermakna pilihan untuk berada di Luang Prabang adalah 3, 5, 7 hari dan seterusnya. Kami memilih untuk berlibur di Luang Prabang selama 5 hari, dan trip kali ni kami taknak pening-pening, just free & easy saja untuk merehatkan otak. Kali ini aku dan Dewi, bersama-sama geng Gombak pulak iaitu Marina bakal menjelajah kota purba ini. 

KUL - Luang Prabang: 2 May 2018 (Day 1)

     Flight kami adalah pada jam 1250pm dan mengambil masa kira-kira 3 jam. Waktu di Luang Prabang adalah kurang 1 jam dari Malaysia. Ini merupakan kali kedua aku dan Dewi datang ke Laos, tapi sebelum ini kami ke Vientiane ketika kami membuat Trans IndoChina pada tahun 2016. Hujan menyambut kedatangan kami. Nampaknya macam wrong timing je kami ke ke sini. Kami membeli local simcard di booth yang berada di ruang legar Arrival dan kemudiannya kami mengambil teksi yang kami dah awal-awal lagi tempah melalui Villa yang kami bakal bermalam selama 4 malam.Harga tambang teksi dari airport ke Villa Oasis adalah USD7 dan berkongsi 3. So bagi kami okaylah kan? Kami tiba di Villa dalam 10 minit perjalanan saja dan disambut mesra oleh front desk officer. Kedatangan kami diraikan dengan jus buah-buahan dan juga fruit platter, sementara dia menguruskan check in kami dan bilik kami disiapkan. Selesai refreshkan diri kami dengan jus dan buah, kami dibawa oleh pekerja villa untuk menunjukkan bilik kami. Beg-beg kami semua diuruskan oleh mereka. Memang terasa layanan 5 bintang dari villa yang hanya bertaraf 3 bintang (ataupun aku boleh katakan boutique hotel la). Kami dibawa melintasi kolam teratai yang cantik dan rupa-rupanya bilik kami adalah villa di tingkat 2 yang mempunyai 2 bilik! Memang besar dan selesa! Aku fefeeling nak tidur sorang di bilik yang mempunyai katil king size, manakala Dewi dan Marina di bilik twin bed di sebelah. Namun hanya 1 toilet yang dibuka (toilet di twin bedroom ditutup, hanya toilet di bilik aku yang boleh digunakan) tapi kami ok je. Dari bilik aku ada access ke balkoni yang mengadap kolam teratai tu dan pemandangan sangat cantik!!! Kecuali di kiri kanan kami adalah pemandangan kampung. Ini kerana villa kami sebenarnya terletak di tengah-tengah kampung. Kami berehat sebentar sementara menunggu hujan reda sedikit untuk berjalan di kota warisan UNESCO.

Ready to fly high!!!

Sampai!!!

Luang Prabang Airport

Welcome fruit juice and platters

Villa kami dari cafe 

Tadaaa katil aku. Siap ada itik gatai

Bilik Dewi & Marina

Pemandangan depan balkoni

     Reda hujan, kami keluar mencari makan. Kami melalui jalan kecil yang teksi bawak kami tadi. Maka kami melalui kampung yang kami lihat dari balkoni kami dan keluarlah kami di jalan utama. Lumayan jugaklah kami berjalan kaki untuk ke pekan, dalam 600-700 meter jugaklah dari villa. Berpandukan pada google map, kami mencari money changer yang masih buka berdekatan dengan villa. Kecewa kami bila beberapa money changer sangat on time menutup kedai. Errrk! Dah lapar ni! Duit takde ni, takkan kami nak bayar pakai USD kot, rugi! Setelah melilau kami akhirnya masuk kawasan pekan (dekat atas-atas sikit), akhirnya kami berjumpa jugak money changer yang masih buka. Dan yang kelakarnya, berderet money changer ada kat situ. Selepas itu kami memulakan misi mencari kedai makan halal bernama Watthat Restaurant, kepunyaan Muslim Malaysia yang berkahwin dengan wanita tempatan. Memang menggagau kami cari kedai ni, macam hampir abis pusing pekan je rasa, sebab kedai ni terletak agak ceruk dalam lorong kecik sebuah kampung. Agak lambat kami nak mendapatkan makanan kami dan kebetulan ada sekumpulan traveler Malaysia jugak yang sedang menunggu makanan di situ. Sambil menunggu makanan, kami dengar jelah sorang mamat ni bergebang. Kelakar pun ada hahaha. Review kami tentang makanan dia? Agak mengecewakan rasanya, sebab expectation kami adalah orang Malaysia mesti pandai masak mehhh. So bagi aku, orang datang makan sini bukanlah sebab kesedapan dia tapi pasal halal jelah. so, nay from us. Itulah first and last kami makan di situ.

Bunting restoran

Menu

Berpayung dalam hujan renyai

     Selepas makan, kami mula berjalan kaki sekali lagi di sekitar pekan sambil menunggu pasar malam buka. Kami mencuba makanan tempatan seperti coconut pancake dan juga crepe sambil minum jus buah. Kami melepak je di gerai fruit juice tu dan kami dibelanja fruit platters oleh seorang pakcik yang kami tak tau dia ni orang Arab ke Israel ke (sebab dia sibuk bercerita dengan kawan dia pasal Israel). Orang memberi kita pun merasa la ye (sebab kami didesak berkali-kali untuk ambik buah tu yang akhirnya kami bawak balik bilik). Tu jelah yang kami makan pada hari pertama kami di sini. Kepenatan, akhirnya kami menapak balik ke villa untuk berehat dan mula merencana aktiviti hari kedua kami esok (sebenarnya kami takde plan yang specific, just google dan discuss nak pegi ke tak dan on terus).

Pekan antik

Jalanraya quite busy

Bangunan lama yang unik

One of my favourite photo. Kebetulan yang cantik. Kelihatan bendera USSR tergantung di situ

Sepetang di Luang Prabang




Coconut pancake yang lazat

Nutella crepe

Melepak di villa sambil tengok tv rancangan Laos


Luang Prabang: 3 May 2018 (Day 2: Masih lagi hujan...)

     Sejuk sungguh pagi ini. Kami bangun dan mengambil giliran mandi. Selepas bersiap, kami meredah hujan renyai untuk bersarapan di cafe. Breakfast adalah termasuk dalam pakej bilik kami. Tapi breakfast yang disediakan pun simple saja menu dia, dan kami memilih omelette/telur mata dan roti. Air juga ada optionnya, tiap pagi kami minum air buah ye, dan pelengkap menu memang wajib ada fruit platters sorang satu. Memang sistem pencernaan kami kat sini excellent bangettt. Selepas sarapan, kami mengambil barangan kami dan berjalan sekali lagi di pekan antik ini. Malang bagi kami, hujan semakin lebat dan kami terpaksa berhenti di beberapa kali di kaki lima untuk berteduh dan juga cafe sambil mengopi. Seharian tu memang jenuh kami berhenti, reda sikit, redah dan kadang-kadang kami terpaksa menaiki tuk-tuk kerana hujan terlalu lebat. Sepanjang hari yang asyik on-off hujan tu kami sempat menyinggah di Wat Ratchabophit, Mount Phusi (tapi kami tak mendaki sebab hujan. Disamping aku pun tak berapa gemo nak hiking ni hehehe), bamboo bridge (juga kami tak melintas sebab hujan. Takut pulak kena hanyut hahaha), lunch di Nisha Restaurant (halal), Indigo Cafe untuk mengopi sementara tunggu hujan reda, kemudian masuk ke Royal Palace, Luang Prabang (kami tak dibenarkan ambil gambar dalam istana tu, dan Marina tak dibenarkan masuk istana sebab pakai short. Etika pemakaiannya kena sopan okay. Please take note), dan akhirnya menaiki tuk-tuk ke L'Etranger Books & Tea. Kami menghabiskan masa yang agak lama kat cafe ni sambil menikmati hibiscus tea dan fries.Sememangnya keje kami kat sini makan dan minum je.

Good morning!!!! Berkabus je kat luar tingkap tu

Lets go to cafe for breakfast!

Breakfast kami

Kegembiraan terserlah... seperti terserlahnya double chin aku tu huhuhu

Kami lunch di sini

Nisha restaurant

Lunch kami. Biryani beserta masala tea

Wat Ratchabophit

Mereka juga percaya akan hari akhirat

Sis ngantuk

Gigih self timer. Siap minah saleh kat belakang tu offer nak ambikkan gambar aku hahaha

Mengopi di Indigo Cafe sementara hujan reda

Yam sengggg

Muka masing-masing macam baru lepas kena suntikan botox

Wat di Royal Palace. Nak masuk sini kena bayar 20K Kip


Model tetap

Cantik wat dia berukir emas

Siling wat

Ladies and gentleman. This is a Royal Palace

Menuju ke pintu masuk istana

Masih hujan. Tersidai di kaki lima

Errr hi! 

Adakah ini cafe ataupun art gallery? Gigih kami ke sini naik tuk-tuk dalam hujan lebat

Kami sangat suka konsep cafe ni. Pengumpul majalah National Geographic. Disamping itu, diorang jugak buat sewabeli buku

Self timer sekali lagi

Dewi and her world

Marina! Cukup dah tu

     Hampir petang, kami sekali lagi berjalan meredah hujan untuk kira-kira 1km perjalanan. Kemanakah tujuan kami? Ya! Kami hendak mencari sang penglipurlara terkenal di Luang Prabang untuk menceritakan kepada kami sejarah Luang Prabang. Sebenarnya, kami dah google awal apakah perkara menarik yang attached dengan culture di sini selain daripada melawat wat mereka dan kawan Marina juga sangat merekomendasi kami untuk menyertai kisah penglipurlara ini. Aktiviti ini dinamakan Garavek Storytelling  Storytelling ada pada setiap hari dan tiket berharga 50K Kip. Storytelling ini mengambil masa kira-kira 1 jam persembahan dan bermula pada jam 1830pm setiap hari. Tempat duduk adalah limited, jadi kami syorkan supaya korang datang awal 30 minit untuk membeli tiket. Bagusnya show ini adalah kisah lagenda diceritakan mengikut segmen dan dalam Bahasa Inggeris. Jadi kami tak mempunyai masalah sangatlah untuk memahami walaupun pelat Lao masih pekat. Sang penglipurlara bercerita sambil diiringi oleh alunan khene (sejenis alat muzik tradisional) yang dimainkan oleh seorang pakcik yang iras Steve Tyler. Hahaha. Kami sememangnya terhibur dengan gaya penceritaan yang energetic oleh penglipurlara (walaupun dia mengulang story yang sama tiap hari kan?) dan ada unsur komedi diselitkan supaya kami tak boring. Yalah, cerita pasal sejarah Luang Prabang kan, ada orang ambik serius dengan subjek sejarah, so dia selit-selitkan humor supaya kami tak tegang. Dan juga sambil bercerita, dia juga menyanyi okay! So kalau sesiapa yang pergi Luang Prabang lepas ni, jangan lupa masukkan Garavek Storytelling ni dalam itinerari korang ya?

We are ready ticer!!!!

Sang penglipurlara bersama side kick nya iaitu Steve Tyler Lao

Sambil bercerita, sambil menyanyi

Comel je penglipurlara ni hahaha


Luar Garavek

     Selepas show, kami dinner di restoran tempatan yang menjual ikan Sungai Mekong (patin Mekong aku rasa) dan kami pulang ke Villa dengan menaiki tuk-tuk kerana tak sanggup nak berjalan kaki 1km lebih hahaha. Kami juga mendapat kejutan daripada Marina iaitu kawannya akan sampai esok untuk join trip kami yang berbaki 3 hari lagi ni. Punca utama ialah, kawan dia syok tengok gambar-gambar kami yang marina post di IG nya, mintak izin husband dia dan terus beli tiket last minute. Kau mampuuu???  

Our food

Dessert

Luang Prabang: 4 May 2018 (Day 3)

     Kami bangun seawal jam 0530am semata-mata untuk tengok Alms Giving Ceremony yang menjadi signature pekan Luang Prabang ni. Sanggup kami tak mandi dulu tau supaya tak terlepas peluang. Namun kami mendapat salah info.Kami diberitahu yang ceremony ini bermula pada jam 0600am setiap hari tapi rupa-rupanya salah! Dia start jam 0500am maka kami hanya dapat lihat yang saki baki sahaja. Ini bermakna, kami kena repeat balik untuk melihat ceremony ini. Untuk pengetahuan korang semua, Alms Giving Ceremony ini adalah upacara memberi makanan kepada sami-sami Buddha yang tinggal bertapa di wat-wat yang banyak tu. Setiap pagi mereka akan keluar membawa bersama bakul makanan mereka untuk mengambil pemberian daripada para penderma yang standby di kaki lima/tepi jalan yang bakal mereka lalui. Para penderma ini terdiri daripada mereka yang ingin membayar nazar, dan juga para pelancong yang ingin merasai pengalaman memberi makanan kepada sami-sami ini. Tapi, bukannya boleh bagi makanan sembarangan ya! Pihak hotel/agen akan menyediakan makanan yang sesuai untuk diberikan kepada sami-sami seperti pulut dan vegetarian food. Untuk yang bernazar/rakyat tempatan, selalunya mereka masak sendiri ataupun membeli di pasar pagi berdekatan dengan laluan sami-sami. Terdapat juga etika pemakaian, di mana mereka akan memakai selempang kain (yang banyak aku nampak selempang kain pelikat) dan harus menekap tangan (macam berdoa) sambil memberi makanan. 

Kebetulan ada tinggal group sami terakhir yang pergi ke jalan bahagian villa kami. Kelihatan 2 Mat Salleh yang menginap di hotel seberang jalan kami mengambil bahagian dalam upacara memberi makanan kepada sami. Makanan yang mereka beri disediakan oleh pihak hotel mereka. Sebenarnya ada sorang staff hotel yang standby menemani couple ni sambil memberi tunjuk ajar


     Kami singgah ke pasar pagi dan acah-acah local di situ. Memang meriah pasar pagi di sini. Kemudian, kami meneman Marina yang teringin nak makan street food iaitu bubur ayam dan cakoi di tepi Sungai Mekong. Kami berdua hanya minum kopi, Marina la beriya-iya mengadap bubur ayam semangkuk tu seorang diri. Kami kembali ke villa untuk breakfast  dan kemudiannya menyambung tidur kami sebab hujan mulai turun sekali lagi hahaha. Kami hanya berguling di katil sambil menunggu kawan Marina sampai dan kemudiannya kami akan keluar untuk lunch dan juga berjalan-jalan lagi di pekan dan pasar. Akhirnya kami ber-4! Dan Dewi pun berpindah ke bilik aku manakala Marina dan kawannya di bilik sebelah. Kami late lunch di Joma Bakery Cafe dan seterusnya berjalan-jalan (sekali lagi) di sekitar pekan. Pastu, sekali lagi kami menaiki tuk-tuk untuk ke L'Etranger Books & Tea sebab kami suka cafe tu! Melepak sekali lagi dan kali ini kami order Bale Fruit tea la pulak. Tapi rasanya agak pelik, Dewi tak boleh nak minum sangat. So aku jelah yang tala hampir seteko teh tu. Selepas tu berjalan kaki lagi dan kami dinner di sebuah restoran tempatan lain yang juga direcommend oleh hotel untuk mencuba ikan Sungai Mekong dan snek cendawan. Selepas makan, kami mengambil tuk-tuk untuk pulang awal kerana nak deal dengan front desk officer untuk tour package kami keesokan harinya dan juga aku ingin menghantar baju untuk didobi. Balik bilik, kami bersiap beg untuk trip keesokan harinya dan rehat...

Aku, Mekong, kopi & Strepsils (strepsils hanya boleh didapati dari farmasi okay?)

Late lunch at Joma Bakery & Coffee

Gigih sis makan

Nice and simple
Hujan lagi....

New tea...

Kalaulah Bob Marley masih hidup

First time rasa rebung yang dimasak rapi menggunakan sistem solar ni (jemur kat luar sampai kering)

Starter ordered by Marina hehehe

Bale fruit lagi

Dinner!!!

Luang Prabang: 5 May 2018 (Day 5)

     Hari ini kami mengambil 1 day package dari villa kami. Sebenarnya kami hanya nak pergi ke Kuang Si Waterfall dan juga sunset river cruise, tapi setelah kami discuss akhirnya kami bersetuju mengambil 1 day package yang berharga USD60 per pax. Kami diambil oleh van pelancong pada jam 0800am dan dibawa ke jeti Sungai Mekong untuk cruise. Terdapat 7 orang termasuk kami untuk tour ni kalau tak salah. Dan salah seorangnya adalah pelancong Jepun. Masih ada hujan renyai-renyai dan kami dibawa membelah Sungai Mekong lebih kurang dalam 40 minit sehingga ke sebuah perkampungan yang lebih dikenali sebagai Whisky Village. Dah namanya tour yang dikendalikan oleh orang tempatan, kami pun just jalan sajalah di kampung tersebut. Mamat Jepun tu pun join berjalan dengan kami. Peramah mamat Jepun ni dan dengan bersungguh hati bercerita dengan Dewi. Dari bot hendak ke perkampungan tu, jalan dia sungguh beronak duri. Sebabnya kami harus memanjat tanah tinggi dari tebing jeti ke atas ditambah lagi dengan hujan yang menyebabkan tanah menjadi berselut. Kami berhenti di situ selama 15 minit dan selain daripada menjual whisky & rice wine, mereka juga menjual hasil tenunan dan juga cenderamata seperti beg, permainan dan sebagainya. Harga? Huuuu boleh tahan mahalnya dan kami tidak membeli apa-apa kecuali Marina membeli sebotol rice wine untuk dibawa pulang ke Malaysia. Di sini kami juga dapat melihat whisky yang diperam dengan haiwan berbisa seperti kala jengking, ular dan labah-labah. Oh ngerinya aku rasa! Di sini juga terdapat sebuah wat dan terdapat juga asrama sami di sini. 15 minit kemudian, kami menuruni jalan yang beronak duri tu sekali lagi untuk masuk ke dalam bot. Dan selepas ini kami akan ke Pak Ou Cave pula...
Membelah Sungai Mekong yang luas


Dewi=Diva AA

Bot kami bersih dan cantik

Me & 1st tudung (ni tudung mandi air terjun sebenarnya)

Ada boathouse untuk pemancing ni kot

Tadaaaa... Sis tukar tudung selepas menyedari aktiv iti mandi adalah itinerari yang terakhir pada hari ini

Lek lu... Berenti kejap isi minyak

Stesen minyak di tengah sungai

Rasa macam tengah nak isi minyak kereta je hahaha

Aku perasan macam ni adalah tempat pengumpulan sampah

Hey village people!

Kammi sudah berada di Whisky Village

Asrama bujang para sami

Sopin jangan tak sopin!

Genie in the bottles

Close up sket genie in the bottles. Ngeri sis!

Beras yang baru lepas dimasak bakal melalui proses penapaian untuk dijadikan rice wine

Gigih menyodok nasi

     Kami meneruskan perjalanan hingga ke Pak Ou Cave. Untuk bot kali ini, kami digabungkan bersama-sama ahli bot yang lain, makanya meriahlah kami dengan hilai tawa pelancong dari Brazil la, France la, Venezuella la... Di sini, kami perlu mendaki untuk masuk ke gua, tapi sis kan tak suka adik beradik yang memerlukan pendakian ni, makanya kami hanya ke gua yang berada di bawah sahaja. Masih memerlukan pendakian, tapi tidaklah menuju puncak sangat seperti mereka yang lain pergi tu. Kecil sahaja gua yang di bawah tu, dan gua tersebut dibina tempat sembahyang Buddha. Banyak sungguh patung-patung di dalam gua tu. Dikatakan bahawa patung-patung tersebut adalah peninggalan para penazar yang datang membuat hajat di situ. Agak creepy sebenarnya gua tu, sebab banyak nau patung. Aku lebih rasa creepy berbanding dengan rasa kagum. Rimas dengan bau colok dan setanggi, kami melepak di luar gua sambil menikmati pemandangan Sungai Mekong yang terbentang luas dan juga gunung-ganang yang menjadi background kepada sungai ini. Agak lama juga stop over kami di sini, iaitu lebih kurang 1 jam jugak. Kami juga bersembang-sembang dengan budak bot kami yang agak fasih berbahasa Inggeris. Kagum kami mendengar cerita dia yang belajar Bahasa Inggeris dengan hanya cuba bertutur dengan pelancong semasa bertugas. Mula-mula memang teruk dia kata, tapi semakin banyak dia berjumpa customer semakin banyak improvement yang dia dapat lakukan untuk memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris dia. Selesai melawat gua, kami dibawa menaiki bot sekali lagi ke Elephant Sanctuary untuk makan tengahari. Lauk-pauk yang dihidangkan pun adalah ayam, telur, sayur-sayuran, salad, vegetarian pasta dan garlic bread dan buah-buahan. Kami memang makan sayur dan telur sajalah jadikan lauk dan juga garlic bread. Air pula diberi mineral water sorang sebotol. Sambil makan, kami menyaksikan orang-orang beratur menunggu giliran naik gajah. Kesian gajah tu. Kami tak naik pun dan nasib baiklah kami pun tak berlama di situ kerana kami bakal menuju ke Kuang Si Waterfall untuk acara kemuncak yang kami tunggu-tunggu dari pagi tadi! Kami menaiki mini bus yang telahpun menunggu kami di luar entrance sanctuary dan memulakan perjalanan yang juga beronak duri dengan lambungan-lambungan yang agresif hasil daripada tanah yang berbukit sepanjang jalan nak keluar dari kawasan sanctuary tersebut (yang terletak agak pedalaman dalam kawasan hutan dari jalan besar)

Kami dah ramai!!!

Stay there!

Pemandangan dari pintu gua

Masuk-masuk terus nampak patung

Nampak tak patung-patung kecik tersusun tu? Itulah patung-patung nazar yang ditinggalkan oleh orang-orang yang bernazar tu. Sebenarnya di tepi-tepi dinding gua ada banyak lagi patung-patung yang macam ni tau

Melihat orang di bawah

Dewi adalah kaki gadget yang handal. Nama pun budak IT hehehe

Jom jom jom!

Bendera Laos berkibar megah

Soruuuu

Cari gajah yang tersembunyi

     Perjalanan ke Kuang Si Waterfall mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan. Bas berhenti di pekan Luang Prabang untuk menurunkan mereka yang hanya mengambil pakej Gua (termasuk mamat Jepun yang suka mengekor kami tu), dan yang selebihnya bakal bercandaan di tepian air terjun yang sangat significant dengan Luang Prabang. Sekali lagi, kami menempuhi jalan yang beronak duri, bersimpang siur naik bukit turun bukituntuk ke air terjun. Terasa lama perjalanan kami dan ada beberapa orang dah start pening-pening disebabkan jalan yang bersimpang siur itu. Akhirnya kami tiba di Kuang Si Waterfall yang terkenal dengan kebiruan airnya itu. Kami pergi ke tingkat 3 air terjun dan apa lagi, kami menukar pakaian dan terus terjun! Hanya aku, Dewi & Marina yang turun mandi. Kami cuba pergi dekat dengan air terjun tapi agak dalam jugak nak ke situ. Aku yang tak berapa pandai berenang ni nekad nak follow Marina & Dewi ke spot menarik tu, sampai air dah sampai takat dagu aku (itu pun aku menjinjit tau jalan kat dalam air), tapi aku agak confident sebab aku masih lagi mempunyai kebolehan mengapungkan badan dengan jayanya. Maka aku berjaya ke spot menarik tersebut. Nikmatnya rasa dapat mandi di dalam air yang sangat bersih dan biru sambil kepala disirami oleh air terjun yang laju mengalir di atas kepala. Heaven!!! Ini adalah air terjun tercantik yang pernah aku kunjungi (setakat ini). Kami juga membawa sorang perempuan Hong Kong yang kebetulan satu bas dengan kami ke tengah-tengah sungai kerana dia adalah solo traveller, dan dia takut nak pergi ke tengah seorang diri (mau tapi malu kaedahnya). Kami guide dia di mana nak jejak, arah mana nak jalan sambil memegang tangan dia kerana dia begitu takut nak jalan. Akhirnya sampai di spot favourite kami dan dia begitu gembira dan enjoy bermandi-manda dengan kami. 
     Agak lama jugak kami berendam, sampai petang semakin tua barulah kami berhenti mandi dan bersiap-siap mengganti pakaian di bilik salin yang disediakan. Kami turun ke bawah semula, melalui hutan hujan yang masih terpelihara sambil melihat sun bear yang ditempatkan dalam sebuah sanctuary yang juga terletak di dalam kompaun Kuang Si Waterfall. Tapi sanctuary ini adalah kepunyaan NGO, dan mereka memerlukan dana untuk membiayai makan minum dan perubatan beruang-beruang yang dipelihara dan diselamatkan daripada pupus. Terdapat tabung untuk menderma di situ dan kalau korang ada duit lebih bolehlah menderma seikhlas hati. Akhirnya kami sampai di mini bus kami dan kelihatan semua orang dah ready rupanya. Kami antara yang terakhir tapi yang paling lambat adalah geng Venezuella yang kecoh dan peng hijack spot cantik kami tadi. Perjalanan pulang juga mengambil masa 1 jam lebih dan kami meminta dari driver untuk turunkan kami di pasar malam untuk kami membeli souvenir untuk dibawa pulang keesokan harinya...

Sampai sudah

Bears Sanctuary

Sangat cantik dan biru!

Selfie dulu sebelum mandi

Selepas mandi

Can't take my eyes of you

Sayonara Luang Prabang!
6 May 2018 (Day 5/last day)

     Kali ini kami dah tercegat seawal 0500am untuk melihat Alms Giving Ceremony buat terakhir kali. Kali ini kami amat bernasib baik kerana dapat berjalan lebih jauh dari tempat kelmarin untuk menyaksikan lebih ramai lagi pemberi derma dan sami dan yang paling penting, lebih dekat dari kelmarin. Tapi terdapat etika yang perlu dipatuhi masa mengambil gambar, yang penting adalah jarak tidak terlalu dekat/betul-betul berdiri di laluan para sami kerana boleh mengganggu aktiviti dan tak disenangi oleh para sami. Lagipun kelihatan agak rude kot tiba-tiba kau mencelah ambik gambar time ceremony berlangsung. Tapi, masih ada jugak para pelancong yang selfish berbuat perkara tersebut dan mengganggu orang lain yang turut nak mengambil gambar. Selesai ceremony, kami berjalan kaki ke pasar pagi dan kemudiannya singgah ke Indigo Coffee untuk breakfast buat terakhir kali. Sangat cantik hiasan sarapan kami, diletakkan bunga telang di tepi roti. 

     Selesai makan, kami pulang ke bilik kami untuk berkemas kerana kami perlu check out pada jam 1200pm nanti walaupun flight kami adalah pada jam 1520pm. Kami juga sempat bersarapan (sekali lagi hahaha) di cafe villa. Tepat 1200pm, kami check out dan melepak di cafe sehingga jam 1300pm untuk menunggu driver yang bakal membawa kami ke airport. Kami meninggalkan Luang Prabang dengan rasa tenang di hati dan tiada kepenatan yang total untuk trip kali ini kerana itinerary semua adalah santai dan tak perlu mengejar apa-apa.

     Untuk kos pula, disebabkan kami tak mempunyai fix itinerary dan kami buat apa sahaja ikut suka kami, apa yang boleh aku cakap total cost kami adalah lebih kurang RM1,300 (atau kurang sket lagi): 5 hari 4 malam termasuk flight, bilik, simcard, makan kami sepanjang di sana (tiada memasak), tiket masuk istana (1 ni je tempat berbayar yang kami pergi), tour package, Garavek Storytelling, duit teksi & tuk-tuk dan souvenir (aku siap shopping kat airport lagi sebab nak habiskan duit Kip yang masih banyak berbaki). 

Staff hotel memberi taklimat kepada pemberi derma

Upacara sedang berlangsung

Hanya berkaki ayam

Video paling pendek yang aku boleh upload kat sini

Bergerak ke penderma lain pulak

Di pasar pagi. Telur apa warna pink tu?

Breakfast yang cantik

Balik villa, makan lagi!!!!

Bye villa yang cantik. Bilik kami di tingkat atas villa

Di airport. Marina terpaksa menyewa wheelchair sebab kaki dia terseliuh masa malam akhir kami ke pasar malam dan semakin membengkak masa nak balik pagi tu.