Monday 1 May 2017

Road Trip Terjun ke Koh Lipe






Travel date: 9 - 14 December 2016

Kuala Lumpur - Koh Lipe - Langkawi - Alor Setar


     Assalamualaikum readers!!! Kali ni aku nak cerita pasal kisah terjah last minute trip kami yang dirancang dalam tempoh 2 minggu... Disebabkan aku rasa macam perlu je suntikan travel sebelum habis tahun 2016 disebabkan otak aku da mula serabut dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan opis... So try luck, aku ajak geng-geng Turki aku yang kami gelarkan sebagai Geng Gadis Jelitas yang mempunyai 5 ahli tetap (hahaha jelita la sangat!!!) dan kami terus je set date dan cara kami nak start road trip kami. Disebabkan aku yang trigger untuk short trip ni, ditambah pulak ketua delegasi kami iaitu Ita sedang mabuk jalan di Azerbaijan & Iran, makanya aku ditugaskan untuk buat ground arrangement setibanya kami di Langkawi dan Koh Lipe. Aku memulakan kajian aku terhadap hotel/chalet/resort yang sesuai untuk kami dan kami sepakat untuk tidak membudgetkan sangat percutian kami pada kali ini. So kami memilih resort yang bagus dan sedikit pricey iaitu Castaway Resort yang terletak di Sunrise Beach Koh Lipe. Kami juga memutuskan untuk buat road trip, drive all the way from KL to Kuala Perlis selepas office hours hari Jumaat. Maknanya aku kena bawak beg aku siap-siaplah sebab terus chow naik train untuk ke meeting point kami: iaitu di stesen LRT Glenmarie.

     Untuk menghabiskan kerja-kerja opis aku pada hari Jumaat tu memang struggle giler sehingga aku terlepas van pertama yang menghantar staffs ke LRT Bukit Jalil. Lepas tu dari Bukit Jalil nak ke Glenmarie tu bercinta jugaklah jarak dia tu... Aku terasa inilah perjalanan LRT aku yang paling lama dan meletihkan. Sesampainya di Glenmarie, jam sudahpun hampir pukul 2000pm... Mera, Kak As dan Ita dah pun menunggu aku kat dalam kereta. Terus masuk kereta dan barulah aku dapat menarik nafas lega sikit untuk hari Jumaat yang sangat hectic itu. Sebenarnya setiap kali bila aku plan nak travel je, memang tetiba semua perkara jadi hectic kat opis... huhuhu... Dah dah cukup citer pasal opis. Anekdot!

     Kami meneruskan perjalanan sehingga ke R&R Jejantas Sungai Buloh, di mana kami akan mengambil Dewi pulak di situ. Kat situ kami makan dulu, pastu melarat jadi melepak dan akhirnya kami bergerak jugak dalam pukul 2200pm... Kami meneruskan perjalanan ke utara dan kereta dipandu oleh Ita yang sangat dedikasi memandu sehingga ke Kuala Perlis. Kami cuma berhenti untuk panggilan alam je di R&R... Hehehe...Semua orang yang duduk kat belakang lena diulit intan, tapi aku sebagai co pilot bersengkang mata melayan Ita yang drive supaya dia tak rasa mengantuk...

     Alhamdulillah kami sampai di Kuala Perlis dalam jam 0430am. Kami singgah di masjid sebelah jeti dan kelihatan dah ramai orang di situ. Kami bersepakat untuk cari parking dulu sebab takut penuh... Harga parking kami adalah RM10 untuk sehari; makanya RM40 untuk 4 hari parking... Selesai mendapat parking maka kami berjalan kaki sahaja ke masjid tersebut untuk menunaikan solat Subuh...

     Feri kami adalah pada jam 0645am maka kami bergegas ke jeti untuk merebut masuk ke dalam feri. Kami mendapat tempat duduk paling hadapan dan feri ini Alhamdulillah besar dan selesa. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk ke jeti Kuah. Sesampainya di jeti Kuah kami berlari lagi untuk ke pejabat agent feri kami ke Koh Lipe pulak. Walaupun feri akan bergerak pada jam 0930am, tapi kami perlu menguruskan documentation kami untuk ke KLP.

     Jam 0930am kami dah berada dalam perut feri. Feri memakan masa selama kira-kira 2 jam setengah dari jeti Kuah ke Koh Lipe. Ferinya terasa terkedap maka sesapa yang ada ketidaktahanan terhadap tempat terkedap nih musti muntah punya hahaha... Dalam jam 1200pm kami sampai tapi kami harus menunggu transfer boat untuk datang mengambil kami dari feri. Mungkin bot agak kurang pada hari tersebut makanya kami terpaksa menunggu dalam setengah jam jugak dlm perut feri yang teroleng-oleng itu. Memang ada sorang pelancong muntah dah dalam feri tu, kami semua menahan jelah sebab rasa loya gak tengok orang tu muntah...

    Alhamdulillah kami melepasi bot tersebut dan terus menuju ke pondok Imigresen yang terletak di tepi pantai pintu masuk yang dikenali sebagai Pattaya Beach. Kami perlu beratur panjang untuk mengambil passport kami yang telah diserahkan oleh agent di kaunter Imigresen. Selesai, kami diarahkan untuk membayar National Park fee yang berharga THB 200 seorang. Rupa-rupanya Koh Lipe ini telah digazetkan sebagai Taman Negara oleh kerajaan Thailand.

    Kami menaiki motor taxi untuk ke resort kami iaitu Castaway Resort yang terletak di Sunrise Beach. Kami menempah 2 buah bungalow garden view disebabkan kami adalah berlima, tapi kami berjiran je... Siap boleh main jerit-jerit panggil dari balkoni. Aku dan Dewi se bungalow, manakala Mera, Ita dan Kak As se bungalow lagi... Bungalow dia sangat cantik, selesa dan 2 tingkat, di mana tingkat bawah adalah open toilet & shower (huhuhu) manakala atas pula adalah bilik. Katil bersaiz queen dan mempunyai sebuah lagi day bed yang agak besar dan selesa, sesuai nak jadikan katil tidur jugak...
Ta ta ta motor taxi!!!

     Kami settlekan mandi, solat, mengemas dan sebagainya dan kemudian kami mula menjadi hantu lapar mencari makanan. Kami makan di gerai kampung yang berhampiran dengan resort kami. Di sini tak usah gusar atau khuatir kerana banyak terdapat kedai makan halal di sini... Permulaan hari ini kami makan ala carte macam nasi goreng. Harganya oklah bagi kami... standard harga food court kat Malaysia...

     Selepas makan kami berjalan-jalan di Walking Street sampailah ke Pattaya Beach... Kami jugak sempat makan coconut ice cream yang macam Sangkaya tu di sini... Harga? Murah sikitlah compared dengan Sangkaya... Lepas tu kami mengambil keputusan untuk kembali ke resort untuk bersiap solat dan bersiap-siap untuk makan malam. Kami memilih untuk makan simple je malam ni, iaitu pad Thai, nak rasa original Thailand punya Pad Thai... Ok boleh tahan sedap tapi aku adalah orang yang tak tahan sangat dengan serbuk perisa yang melampau, so aku pening lepas makan... Kami jalan lagi di Walking Street dan kembali ke tepi pantai sambil melihat-lihat gelagat manusia kat sini. Kami pulang ke resort jam 9 malam, tapi Ita dan Kak As pergi massage, aku belum sampai seru lagi nak massage masa tu so kitorang bertiga just lepak di tepi lobi resort untuk mencari wifi (hehehe). Tapi aku dan Dewi masuk bilik dulu tinggalkan Mera berseorangan menunggu Ita dan Kak As sebab kitorang tak tahan dah dengan sengatan nyamuk yang makin menjadi-jadi... So kami pun la la la land la dahulu...

     Pagi bangun Subuh kami bermalas-malasan kejap sebelum bersiap untuk cari breakfast dan mandi laut. kami pakai terus persalinan lengkap nak mandi laut masa cari breakfast tu dan gerai kampung masih lagi pilihan kami kerana kami terpikat dengan rupa paras pulut ayam di gerai tersebut. Hahaha terus semua sekali breakfast pulut ayam pagi tu di samping sedikit kuih-muih kampung... Lepas makan terus balik resort dan kami berenang-renang di laut depan resort kami. Air dia Masha Allah sangat biru dan jernih. Aku bukanlah manusia yang suka mandi laut tapi kat sini aku tewas... Sejuk giler mandi pagi-pagi macam ni. Mat Salleh yang bersidai kat tepi pantai tu tengok je kami mandi sebab diorang prefer mandi masa matahari da naik kot... Hmmm tak suka mandi pagi diorang nih, tapi oklah tu sebab laut tu kami yang punya pagi tu hahaha...

     Kami berjalan dipersisiran pantai laut Andaman sambil melihat resort-resort lain di situ. Sambil tu celup-celupkan badan jugak mandi kat laut yang kami suka. Sampaikan aku hampir kehilangan phone sebab ghairah sangat nak berselfie dalam laut ketika ombak agak kuat huhuhu... Dah puas mandi dan jalan, matahari pun da tegak atas kepala makanya kami terus jalan masuk kampung balik mencari makan dan teruslah kami lunch hehehe... Lunch kami kali ini lebih lazat, di mana kami order nasi putih untuk berlima, telur dadar, keng som ikan, kangkung belacan dan green curry chicken... Kekenyangan, kami meneruskan aktiviti yang sama iaitu berjalan-jalan. Malam pula kami dinner di Bung Roon Seafood sebab dia halal. Kami dihiburkan oleh penyanyi restoran tersebut dengan pelbagai lagu, termasuklah lagu Melayu dan Indo... Lagu Melayu yang dia suka nyanyi semuanya lagu Saleem macam Suci Dalam Debu la, Cinta Tiga Segi la... Dan aku sempat request jugaklah lagu Siam feveret aku iaitu Sabai Sabai (sebab aku mintak lagu filem My Name Is Love tarakkkk)...

     Dah kenyang, kami sambung pulak Thai massage kat atas restoran tu, jugak kepunyaan Bung Roon. Abis urut, kami balik, berkemas beg sebab esoknya kami akan checkout pagi dan tido...Keesokan harinya, kami terpaksa breakfast di resort sebab tiba-tiba hujan lebat yang amat. Yang paling selamat memanglah roti & telur je untuk aku... Kami menaiki bot yang disediakan secara percuma oleh resort untuk ke jeti tapi memang awal la botnya, pukul 9am... Sampai di jeti, kami uruskan passport kami dan menunggu bot yang akan membawa kami ke feri... jam 1130am lebih kurang, feri kami sampai dan kami mengucapkan selamat jalan kepada pulau cantik yang mempunyai air laut yang sangat biru itu...

     Kami tiba di Langkawi pada jam 1330pm dan kami terus terjah mencari kereta sewa kerana kami akan bermalam di Langkawi 1 malam sebelum kami pulang ke alam realiti... Kami tidur di Sunset Beach Resort, Chenang... Kami ambik 1 bilik je (family room) dan sangat surprise biliknya luas dan selesa disamping kami ber-5 muat tido kat katil queen x 2 iteww... So aku sangat-sangat recommend resort ni sebab keluasannya siap boleh bentang toto la kat lantai...

     Aktiviti kat Langkawi? Biasalah... Aktiviti normal yang semua orang buat bila sampai Langkawi iaitu makan & shoppinnnggghhhh... Kami sempat food hunting makanan viral di sana seperti Laksa ikan/sotong/udang sekoq tu, kerabu beronok, nasi dagang Pak Malau & seafood kat Wonderland Restaurant...

     Keesokan harinya kami menaiki feri dalam pukul 1300pm ke Kuala Perlis. Kami perlu sampai jugak malam tu kerana 3 antara kami (termasuk aku) kena masuk bekerja keesokan harinya huhuhu... Tapi gatal gak kami sempat singgah Alor Setar melawat Rumah Tun Mahathir la, Istana la dan mencari Nasi Lemak Royal sekali hahaha... Kami sampai di Kuala Lumpur memang tengah malam okeh dan dengan mata panda aku masuk keje keesokan harinya...


     Total cost adalah seperti di bawah ya tapi tidaklah termasuk makan & sopin...




      Ok layan gambar kami pulak ya...



Kami on da way!!!!



Ooi!!! Ada jual buah kat sini laaa... Ya kami kini di Kuala Perlis



Masjid yang terletak berhampiran dengan jeti Kuala Perlis. Singgah dulu untuk solat Subuh



Jam 6 pagi, orang dah mula ramai



Kami adalah pilot dan co-pilot yang bersengkang mata tak tido kini sedia bertugas untuk menjaga beg pulak... hehehe...


Ok dalam perut feri suda... gila depan tempat kitorang



We can see Langkawi now...







Swafoto dulu sebelum Amazing Race ke pejabat agent Koh Lipe




Terkedap, tapi masih sempat posing...



Keadaan dalam feri ke Koh Lipe... amekkawww nak dekat 2 jam terkedap!



Finally fresh air!!!!



Swafoto... tapi perasan x kenapa muka aku macam menahan sesuatu? Sila scroll gambo bawah...



Semuanya kerana mamat ni la!!! Badan seriously bau bawang, bau kohong & segala macam bau la... Heiii!!! Dah le angkat tiak!!! Siap photobomb lagi laaa!!!!



Mengharapkan agar cepat sampai ke daratan... huhuhu



Yeayyy!!!



Jadual feri... Jari model sedang menunjukkan Kauh Jetty hehehe



Beratur untuk passport di cop... Sempoi je pejabat Imigrisen dia...


Mesej khas untuk 'alien' katanyaaa...



Selfie atas motor taxi...



Taraaa... Inilah bilik kami!!! Cantik kan???



Macam pi hanimun la pulak..




Inilah bentuk rumah kami-tapi ni rumah Ita, Kak As n Mera... Dari pandangan tingkap rumah kami...



Motif??? Hehehe 


Kami memulakan misi mencari makanan



Menu makanan


Tengahari tak ramai yang berjalan kat pekan @ Walking Street.. Panaih lit lit









Confirm berak cepat kalau makan kat sini hahaha


Kelapa laut Afrika kah???



Pemandangan indah... (???)






Balkoni...


Aku memang impressed dengan bilik ni...









Lorong ke rumah kami...


Mencari dinner & berjalan





Kami memilih untuk makan pad Thai pada malam ini


Suasana malam @ Walking Street





Kucing diva














Good morning!!!!


Breakfast kami, pulut ayammm!!!



Ya kami enjoy makan...



Ready for mandi



Warm up dulu...









Mereka-mereka sudah terjun dulu



Hahaha minah ni tak nak terjun lagi


Akhirnyaaa wa terjunnnn!!!

















Kreatif





Sememangnya semua pasal pantai...




















Acara renang berirama


Pineapple juice @ beachfront





Budak diva... minum sambil meniarap


Lunch kami


Ni kedai makan kami...

Dessert


Sunset @ Pattaya Beach








Lagi 1 hasil kreatif





Seafood diner kami di Bung Roon


Dari tingkat atas Bung Roon Massage





Hujan bagaikan sedih kami mahu pulang... chewahhhh



Subject: mat saleh belakang tuh


Terpaksa breakfast kat resort disebabkan hujan lebat





Transfer boat kami



Ready untuk pulang ke Malaysia


Babai Castaway Resort, see you when I see you


Sementara menunggu bot ke feri...


Ya, kami sudah sampai di Langkawi


Dinner @ Wonderland Restaurant. Sedap baq hang!!!



Yaaammm Chaaaa!!!!



Ni pulak breakfast kami @ Nasi Dagang Pak Malau



Nasi dagang secara close up



Selfieee






Kerabu beronok... Kenyal dan sedap... Tapi jangan lihat rupa sebenar ya...





Kami di Alor Setar








Masjid Zahir Alor Setar











Nasi Lemak Royal Alor Setar





Jakun dapat cop Imigresen Malaysia
























2 comments:

  1. Assalamualaikum..nak tanya..castaway resort koh lipe tu ok tak??toilet dia open kan??kamj plan nak p bulan 4 ni..tapi bila tengok toilet dia scary pulak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Sorry lambat menjawab bz katanya 😁. Resort mmg sangat ok, cantik dan selesa walaupun bukan aircond ya... toilet mmg open, masuk2 pintu je terus nampak jamban hahaha... tapi bilik kat atas. So kalau sesiapa nak guna toilet ke mandi ke, partner kena tunggu kat atas dululah ataupun lepak2 kat hammock di luar chalet tu. Tapi mmg cantik sbb dia terletak kat sunrise beach dan lautnya sangat biru

      Delete