17 - 18 Mar 2018
Assalamualaikum WBT. Berselang lagi dengan entri #GoLocal aku sementara aku mengambil masa untuk menghabiskan entri Trans Siberian trip aku. Bersempena dengan hari perkahwinan salah seorang Geng Gadis Jelitas kami iaitu Emera, maka aku dan husband mencemar duli turun melawat Muo, yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Selain daripada menghadiri kenduri kahwin, kami juga berniat untuk Jalan-Jalan Cari Makan di bandar yang terkenal dengan tempat makan yang best ni. So aku takdelah nak cerita pasal kenduri kahwin orang dalam ni, so aku proceed dengan Jejak Makanan kami di banda Muo ini!
Perjalanan kami bermula pada hari Sabtu, dan kami sempat singgah di R&R Nilai sebelah Selatan (yelah, dah kami nak ke Johor kan?) untuk sarapan pagi di gerai nasi lemak yang terkenal sangat nilah iaitu Nasi Lemak Manjo (manjo bona namonyo eh!). Review aku? Boleh tahan, aku bagi 3 markah daripada 5. Sambal dia mengimbau zaman sekolah aku di mana rasa sambal makcik kantin sekolah aku, nostalgia wehhh!!! Total 2 pinggan nasi lemak (aku ambik lauk sotong dan tempe sambal, husband aku ambik paru sambal) adalah RM14 ngam. Boleh tahan gak harga dia kan? So sesiapa yang lalu lalang R&R sini bolehlah datang merasa. Tapi korang kena bertabahlah sikit ya sebab beratur boleh tahan panjang gak ye...
Manjo bona ehhh
Lauk pauk dari kejauhan
Inilah rupa nasi lomak kami!
Kami tiba agak lewat di kenduri kahwin, dalam pukul 2 petang, pukul 3.30 petang kami dah beransur pegi ke bandar untuk check in hotel. Kami menyewa di boutique hotel, 52 The Grace Hotel yang terletak kira-kira 10 minit drive dari bandar. Hotel baru, di mana kami dapat dalam RM88 sahaja per malam untuk standard room, tapi jujur, biliknya agak kecil ya. Tapi konsep kontemporari yang cuba disampaikan oleh hotel ni menjadi, sebab cantik dan kemas. Tapi kami bernasib malang ketika ini kerana lif rosak. Bilik kami tingkat 2, maka terpaksalah kami mendaki tangga yang takde lampu tangga untuk ke level kami. Nasib baik kami tak dapat tingkat 3, kalau tak...
Ada entiti berjanggut nak masuk hotel
Lobi hotel
Entiti sedang mengecheck lif dengan harapan berfungsi
Bilik kami...
Selepas kami berehat sambil aku menelek phone mencari tempat makan yang kami ingin terjah di Muar, aku teringat salah sorang colleague aku ada sebut supaya aku mencuba sebuah kedai makan lama ala-ala filem Bujang Lapok masa Ramlee kena game dengan Prani dan jugak Rokiah dan 11 beradik tu yang mengepow Ramlee makan beef steak berjemaah tu.Tapi malangnya dia tak ingat nama kedai makan tu. So walaupun aku ni tak le teknologi sangat tapi aku agak terer bab-bab me recce ni makanya aku pun terjumpalah nama kedai tersebut iaitu New Eastern Restoran. Terletak betul-betul di tengah bandar Muar dan sangat berdekatan dengan Mee Bandung Abu Bakar Hanifah yang terkenal tu (yang ni aku baru tau keesokan harinya hahaha). Dalam masa lebih kurang 15 minit drive, kami sampai ke destinasi berpandukan Google Map yang telah aku pin kan lokasi makan yang telah aku save.
Ini adalah kedai ke-2 kami dalam siri JJCM Muo kami. Kebetulan, kedai makan ini bukak pada jam 6 petang, sedang elok dengan time kami yang sudah mula lapar selepas makan nasi kenduri pukul 2.30 petang tadi. Agak mudah mendapatkan parking di area Muar ni, yang juga mendapat anugerah Bandar Terbersih ASEAN ni, memang tersusun bandar ini dan mudah untuk mencari tempat yang dituju. Kami dah keluar kereta dan hendak menuju ke restoran tersebut, tiba-tiba nampak 2 orang perempuan sibuk buat photoshoot di celah-celah lorong bangunan dan bila aku dan husband menjenguk, oooo rupa-rupanya ada mural di dinding bangunan. Makanya kami pun playing tourist kat situ dengan membuat photoshoot sekali dan sesungguhnya memang cantik untuk mengambil gambar di celah-celah lorong tersebut. Korang yang datang Muo ni memang kena buat photoshoot ala-ala model kat sini ye. Bukan kami dan budak permpuan tu je yang buat photoshoot celah lorong, tapi ada satu group budak lelaki pun sibuk mengambil gambar menggunakan DSLR di situ. So, bersilih ganti la kami mengambil tempat sampai terlupa kejap tujuan makan kami hehehe...
With encik suami
Dengan salah satu mural
Mural lagi
Cari benda tersembunyi
Fefeeling Gangster Paradise
Aku dan sekoq tikus mati (sila close up kat jaring longkang tu)
Fefeeling lagi
Ok kita kembali ke tujuan asal. Kami masuk ke dalam New Eastern Restoran yang sememangnya mengimbau nostalgia zaman P Ramlee. Dengan botol Coca Cola lama di cermin display dan juga kedai antik dengan tempat makan dalam 'cubicle' sememangnya mengagumkan aku. Terus terang, kedai ini kepunyaan Cina namun dari pelayan sehingga tukang masak adalah Bangla hahaha... Masa aku masuk je kedai tu, Bangla terus approach aku dengan menyatakan ' Jangan risau, kedai ini halal'. Aku dan husband terus memilih 'cubicle' yang kami nak duduk. Menu? Takde buku menu yang diberi, tengok je menu yang terlekat di dinding luar cubicle, so kami order jelah ikut menu tu. Aku ternampak salah satu menu adalah Beef Steak, semestinya aku nak try dengan harapan beef steak nya sama dengan filem P Ramlee. Husband pun mengorder menu yang sama dan kami juga memesa Coke. Sambil menunggu makanan, kami mengambil gambar di sekitar restoran itu. Aunty yang duduk kat luar (kerusi biasa) tersengih je tengok kami yang ter over excited mengambil gambar dalam kedai tu huhuhu...
Menu. Selepas penerangan daripada Bangla tersebut, Ayam Goreng Samsu tu sebenarnya adalah Ayam Goreng Cili ya...
Terdapat 4 'cubicle' P Ramlee
Koleksi botol Coke
Ramlee sedang menunggu Prani eh!
Akhirnya makanan kami sampai. Wallahhhh!!! Kelihatan lain sungguh beef steaknya! Daging cincang bersalut telur pastu ada telur mata lagi! Adakah ini beef steak yang dimakan oleh Ramlee dan adik beradik Rokiah? Kami pun tak tau hahaha. So aku assume sama. Pertama kali makan steak sebegini rupa & rasanya not bad... Tapi lama-lama sikit akan rasa muak sebab bersalut telur kan... Sebab tu kena makan dengan sos cili. Total harga makanan kami termasuk minuman adalah RM34 (2 beef steak & 2 coke). Rating aku boleh bagi adalah 3.5/5 untuk rasa makanan tersebut. InshaAllah kalau ada rezeki nak repeat kedai ni aku nak try nasi goreng Cina dia pulak, sebab orang bilik sebelah order nasi goreng Cina dan baunya sangat harummmm...
Inilah beef steak kami yang penuh dengan kuah seperti mee kung fu style!
Yaaaa kami sedang menikmati makanan kami
Wefieeee
Encik suami dari kaunter Tunai
Saya tak ready lagi la...
Ok, ready!!!
Keluar je dari kedai, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki di sekitar bandar. Tapi baru je 5 minit kami berjalan, terdengar sudah guruh di langit. Ah sudaaahhhh... Kami sempat jalan dalam 2 baris kedai je sambil ambik gambar lorong lagi pastu bergegas ke kereta.
Kami meronda dari dalam kereta, tapi tak sampai 5 minit jugak kami terlihat tapak pasar malam ala-ala Uptown kat situ, so kami mengambil keputusan untuk parking di kawasan berhampran dan berjalan ke situ. Mujurlah pasar ini berbumbung so walaupun hujan kita masih lagi selamat di situ. Sekali pandang macam Petaling Street punya style pun ada, cuma bezanya peniaga sini kebanyakannya Melayu. Memang ngam-ngam kami masuk je hujan lebat pun turun siap dengan angin kencang dan jugak guruh. Uiii nasib baiklah kami sempat sampai. Aku dan husband berjalan sambil melihat barang-barang jualan, cuma kedai tak banyak bukak lagi sebab baru pukul 8 lebih je masa tu. Terdapat 3 bahagian pasar ni yang dipisahkan dengan jalan raya dan kita perlu menyeberang jalan untuk sampai ke pasar yang seterusnya. Di bahagian pasar yang kedua, terpampanglah sebuah lagi kedai makan yang aku dah pin kan dalam Google Map aku! Yeayyy tak payah nak cari dah, rupanya depan mata je! Kedai apa? Tunggu.... Husband cakap moh jalan dulu sebab baru je kitorang abis makan kat New Eastern tadi yang tak turun perut lagi. Aku akur je dan kami meronda lagi sampai ke bahagian yang ke-3. Bosan, kami melintas jalan pegi je terus kat kedai yang terkenal dengan kelazatan supnya itewww iaitu Muar Soup House!!! Disebabkan kami masih kenyang, kami cuma mengorder semangkuk sup campur dan 1 set roti untuk kami share beserta kopi kampung special (gelas lagi okehh). Review aku? Sup dia lebih sedap dari Sup Hameed yang aku makan di Penang (2nd time aku makan Sup Hameed last year dan aku rasa macam dah kurenggg) tapi encik husband kata masih tak dapat menyaingi kesedapan sup Doorai. Kopi special dia??? Peerrrrghhhh sedap baq hang! Aku memang layan abis kopi kat Muar Soup House ni, memang sedap dan terbaek dari ladang! Oleh itu, aku bagi 4 markah daripada 5 untuk rasa makanan dia. Harga pulak, sebab husband yang bayar, so aku agak-agak jelah ye, dalam RM belas-belas jugaklah. So kami menutup sesi makan Sabtu kami dengan gembiranya dan sabar menunggu JJCM keesokan harinya pulak...
Uptown Muo
Nampak dah nampak dahhhh
Taraaaa
Menu
Dalam menu siap sejarah lagi
Walaupun kenyang lagi, tetap menelaah buku menu dengan kusyuk
Seriously aku baru perasan ada jual jus pear masa edit gambo... Jenuh aku cari jus pear ni kat kedai buah, cisss tak perasan sini adaaaa
Kopinya, sedap, pekat melekat, tak manis sangat... Powerrr
Sup campur (small) pun dah banyak isi
Love love love
Keesokan harinya... Kami mulakan pagi kami dengan mencari R&H Satay yang terkenal di bandar Maharani ini. Sekali lagi, encik Google map diperlukan untuk mencari lokasi.Tapi sebelum itu, kami perlu mencari kupon parking kerana hari ini adalah hari Ahad, hari bekerja. Meraba gak aku mencari kupon, masuk 7 Eleven takde jual, kedai runcit pun takde, last-last aku diberitahu boleh beli kupon parking ni dari kedai kopi 434: yang juga ada dalam misi makan kami. Ya Allah... Rupa-rupanya kami dah lalu malam tadi kedai ni tapi tak perasan... Teruk betul radar aku nih. Selepas membeli kupon, aku ke kereta yang berada di seberang jalan, dan kemudian berpatah balik ke area kedai 434 bersama husband untuk sarapan. Tapi, kami akan breakfast di R&H Satay dulu sebelum kami ke kedai 434. Okay, seperti kebanyakan kedai di Kuching, kedai makan dipunyai oleh orang Cina, tapi disewakan ruang di dalam kedai untuk penjual mee rebus dan satay yang kebanyakan penyewanya berbangsa Melayu. Tuan kedai akan menjadi penjual minuman, roti bakar dan telur separuh masak. Sememangnya kedai ni ramai orang, namun....
Aku teruskan jelah dengan rating review aku ye.... My unbiased rating adalah: ok2 je. Mungkin tempat ni dah overrated sangat so ramai org sampai kan diorg tak perasan customer mana yg sampai dulu. Kami terpaksa menunggu dalam 15min utk orang datang amik order, sampai aku bangun sendiri pegi kat kaunter mee rebus nak order tapi disuruh duduk balik tunggu orang amik order. Kemuncaknya, husband aku pulak terus pegi kaunter selepas orang yang sepatutnya amik order terus pegi amik order kat customer belakang kami yang baru je duduk. Aku mmg dah campak-campak sudu kopi dalam piring dah masa tu. Husband aku siap sound lagi kat orang mee tu 'kalau takde orang nak datang amik order, memang tak boleh order sendiri ke?' Barulah dia nak amik order kami. End up, kami order sepinggan mee rebus dan 10 cucuk satay (share, tapi satay tu walaupun kami order 10, dia letak je bercucuk-cucuk disebabkan ramai sangat customer, so kami akan bayar mengikut berapa cucuk yang kami makan) Total harga kami makan untuk sepinggan mee rebus, 10 cucuk satay dan 2 cawan kopi o adalah RM 10.90.
Customer service: 1.5/5Mee rebus: 3/5
Sate: 2/5 (ini rating org yg mmg duduk Kajang ye)
Pakcik satay
Gerai mee rebus
Sebenarnya nak ambik gambar suasana kedai tapi taknak la obvius sangat...
Mee rebus
Satay yang popular
Kesimpulannya: okay-okay jelah...
Disebabkan kedai kopi 434 tu cuma selang sepintu je dengan R&H Satay, maka kami terus terjah untuk minum kopi dan makan roti bakar pulak... hehehe. Aku order kopi ais dan steam bun, husband aku pulak order kopi o dan roti marjerin tabur gula. Syok jugak layan roti marjerin tabur gula menyebabkan kami mengorder lagi 1 set. Aku jugak membeli sebungkus kopi O (ada 50 uncang sepeket) dan berharga RM13 untuk aku bancuh-bancuh di ofis. Rating, aku bagi 4/5 bagi rasa kopinya, roti dan juga ambience. Harga makan kami pulak, RM17.90 untuk 2 cawan/gelas kopi dan roti 3 set. Selepas makan, kami meneruskan lagi kembara kami mencari mee bandung pulak.
Model kedai kopi 434
Berlatar belakangkan pakcik bakar satay tadi, dengan muka tak bersalah kami pun masuk kedai
Kaunter kopi
Roti kami
Kopi o encik suami
Kaunter jual kopi paket
Hiasan dalaman kedai di pintu masuk
Kami memilih untuk merasa Mee Bandung Abu Bakar Hanifah, kerana melalui pembacaan blog orang lain dan juga suggestion daripada beberapa kawan maka kami terpanggil untuk makan di sini. Walaupun perut mulai kenyang, tapi semangat makan terus membara. Selepas parking kereta, kami berjalan kaki menuju ke kedai kopi Cina di mana tempatnya berniaga pakcik Abu Bakar Hanifah ni. Kelihatan beberapa orang dah menunggu untuk mee bandung dan Alhamdulillah, kami sampai sebelum kedai tersebut ramai. Kami duduk di sudut belakang dan memesan sepinggan mee bandung beserta 2 cawan teh o (dah tak larat nak minum kopi dahhhh). Dalam masa tak sampai 10 minit, kami mendapat pesanan kami. Review aku? Hmmm... aku agak kecewa jugaklah sebab aku menjangkakan rasanya lebih baik dari yang aku bayangkan. Sedap... tapi bukan seperti yang aku harapkan. Rating yang aku boleh berikan adalah 3/5. Sejujurnya mee bandung Batu Pahat lebih sebati dengan tekak aku kerana arwah abah aku orang Batu Pahat, so aku dah terbiasa dengan rasa mee bandung yang kami sentiasa makan kalau balik kampung. Sepinggan mee bandung adalah RM5 ya. Selesai makan, kami pulang semula ke hotel untuk berkemas dan check out.
Sampaiiii
Sekodeng dapo sat
Tadaaa.... Mee bandung kami
Model lagi...
Kedai ini dipenuhi dengan gambar-gambar di dinding. Kebanyakannya selebriti dan juga pemimpin terkenal yang singgah makan mee bandung sini
Fefeeling abstract
Kami sangkakan kami akan lapar bila kami check out, tapi tidak... Kami masih ada lagi kedai makan yang kami nak jejak tapi disebabkan kesuntukan masa dan kenyang akhirnya kami mengambil keputusan untuk tapau sahaja di 2 kedai yang sepatutnya kami terjah untuk lunch dan terpaksa menggugurkan 1 kedai untuk trip JJCM kami ni. Makanya, berpandukan google map, kami berpatah balik ke Parit Jawa untuk singgah menapau asam pedas ikan siakap yang popular iaitu Pak Yahya Asam Pedas. Aku beli bahagian ekor dan sememangnya ekor ikan pun dah besar dan cuma berharga RM13! Rasanya? Alhamdulillah, aku bagi 4/5 dan tak kedekut kuah pun ditambah lagi rasa ikannya yang sangat fresh.
Kedai yang dah mendapat kunjungan JJCM TV3
Selepas itu, kami kembali ke bandar Muar dan menuju ke kedai makan terakhir dalam senarai kami iaitu Murtabak Singapore JD, yang terletak di seberang Sungai Muar. Kami menapau Murtabak Special yang berharga RM18 (aku beli daging, kalau ayam harganya RM19) dan aku bagi 4/5 sebab murtabaknya sedap, besar dan banyak isi! Habis menapau, kami pun terus pulang ke KL dengan bekalan makan malam kami... InshaAllah kalau ada masa, kami akan kembali JJCM di Muar dan kali ini kami taknak mengikut Viral Trail tempat-tempat makan, kami nak cari sendiri gerai-gerai kampung, gerai tepi jalan, food court dan sebagainya yang tak pernah diwar-warkan oleh orang ramai. Yang penting, kedai makan yang dikunjungi locals, hanya locals yang tau tempat mana yang sedap kannnn... Semoga bertemu lagi di entri lain. Oklah sis nak sambung entri #TransSiberian yang tersangkut agak lama ni ya...
Yang ni masa dah sampai rumah. Besaq kan ikan dia kena letak dalam mangkuk nasi. Kanan tu asam pedas telur ikan, yang ni kami beli kat R&R Ayer Keroh.
Selepas itu, kami kembali ke bandar Muar dan menuju ke kedai makan terakhir dalam senarai kami iaitu Murtabak Singapore JD, yang terletak di seberang Sungai Muar. Kami menapau Murtabak Special yang berharga RM18 (aku beli daging, kalau ayam harganya RM19) dan aku bagi 4/5 sebab murtabaknya sedap, besar dan banyak isi! Habis menapau, kami pun terus pulang ke KL dengan bekalan makan malam kami... InshaAllah kalau ada masa, kami akan kembali JJCM di Muar dan kali ini kami taknak mengikut Viral Trail tempat-tempat makan, kami nak cari sendiri gerai-gerai kampung, gerai tepi jalan, food court dan sebagainya yang tak pernah diwar-warkan oleh orang ramai. Yang penting, kedai makan yang dikunjungi locals, hanya locals yang tau tempat mana yang sedap kannnn... Semoga bertemu lagi di entri lain. Oklah sis nak sambung entri #TransSiberian yang tersangkut agak lama ni ya...