Travel date: 17 - 19 February 2017
KLIA2 - Sandakan - Kinabatangan - KLIA2
Assalamualaikum WBT readers!!! Ya berjumpa lagi untuk entri terbaru aku yang tak berapa nak baru nih... Kejadian travel yang berlaku hampir 3 bulan yang lepas... Kali ni aku tak pergi bersama kawan-kawan travel aku, tetapi... Taraaaaa sangat surprise travel mate aku adalah tak lain tak bukan iaitu encik suami sendiri (selepas dipaksa sampai masam-masam muka dan aku book pakej sendiri tanpa pengetahuan dia)... Seriously nak mengajak mamat sorang nih bercuti umpama nak pegi berperang saraf... Memang mencabar tahap psikologi... Yalah bila pemancing tegar dipaksa mengikut plan kaki jalan, memang haru gaklah jadinya!!!
Dipendekkan cerita, sebab kali ini aku takdelah buat banyak itinerary sangat disebabkan aku cuma mencari pakej untuk ke Kinabatangan. Makanya ground arrangement di Kinabatangan telahpun disediakan oleh tour agent. Kenapa aku tak plan trip aku sendiri seperti kebiasaan yang aku buat? Simple je, sebab trip ni adalah bersempena dengan wedding anniversary kami yang ke-13 pada 14 Februari... So memang malaslah nak pening-pening...
Untuk mencari pakej, aku telah survey di banyak website. Di samping aku compare package price, aku juga seperti biasa akan membaca review mengenai agent/resort etc2 sebelum membuat keputusan. Makanya akhirnya aku yg decide ya, untuk menggunakan khidmat Borneo Calling. Nak kata ianya yang termurah, rasanya mungkin ada pakej yang lebih murah tapi aku mengambil kira review orang ramai dan rupa bentuk resort yang bakal kami duduki... Kami (aku sebenarnya) mengambil pakej 3 Days 2 Nights Kinabatangan Wildlife Adventure yang berharga RM580/pax untuk Cottage Room. Pakej ini termasuk airport transfer dari Sandakan Airport ke Borneo Natural Sukau Bilit Resort, makan (breakfast/lunch/dinner), river cruise (sampai 4x kitorg cruise), night walk dan juga tarian poco-poco hehehe... Kami book dan terus bayar 100% dan resort kami terus ditempah.
Selepas book pakej, tugasan aku lagi adalah untuk memujuk encik suami sebab aku perlukan date confirmation untuk book flight ticket la pulak... Yalah takkanlah kami nak berenang pulak kan... Makan hari jugaklah sesi pujuk memujuk itu berlaku dan akhirnya dia surrender dan mahu mengikut... Yahoo!!! Tapi bila da dapat pujuk skali tiket pulak takde promo... Macam-macam dugaan tol! Aku gamble je tunggu sampai lagi nak dekat seminggu travel date dan aku booked. Nasib baik time tu ada penurunan sedikit... Tapi aku rasa sangat 'Ciss Bedebah!' bila sehari selepas aku beli tiket flight dia mengalami penurunan drastik sampai RM50 per pax!!! Aku cuma redho dan pasrah je ketika itu walaupun berbakul-bakul sumpahan dah bergenang dalam hati ini gitewww...
Preparation? Takdelah nak prepare apa sangat sebab packing aku adalah sama seperti aku sentiasa backpack ke mana-mana, kecuali sebab pemergian kami ini hanyalah selama 3 hari makanya tak banyaklah barangan yang kami bawak kecuali DSLR encik suami (sebab aku yang paksa untuk mengambil gambaq aku hehehe). So kami cuma hand carry sahaja backpack kami yang bersaiz sederhana kecil. Lagi satu preparation adalah sila beli dan bawak insect repellent anda ye... Nyamuk memang bermaharajalela dalam hutan tu. Dan mungkin jugak beberapa batang coklat (macam kami adalah Snickers) sebagai energy bar sementara menunggu waktu makan (yalah bila jalan kan kita mesti lapar).
Tiba masanya kami bertolak dan flight kami adalah waktu subuh sepi'e iaitu jam 0625am. Kami parked kereta kami di Parkir Awam Putrajaya Sentral dan kami menaiki 1st ERL yang bermula kira-kira jam 0430am. Kami jugak membuat pre booked meal sebab dah tau yang kami bakal kebulur di dalam perut pesawat sebab tak sempat nak breakfast... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 10 minit dan akhirnya kami tiba di Sandakan Airport lebih kurang pukul 0925am.... Kami jenguk tingkap sekali owhhh kami salah season kot! Sebab di Sandakan sekarang adalah musim hujan, tapi kami redho je nak buat macamana kan...
Disebabkan kami sampai awal dan airport transfer kami adalah pada jam 1230pm, makanya awal-awal lagi kami dah kowtim dengan agent untuk mengambil kami di Sepilok Orang Utan Rehabilitation Center pada waktu tengahari. Alang-alang sampai Sandakan, memang rugilah kami tak melawat pusat penjagaan Orang Utan yang tersohor di dunia ni kan... Kami membeli kupon teksi untuk ke Sepilok dan berharga RM40. Kami berkenalan dengan pemandu teksi tersebut yang kami panggil Pak Ali... lebih kurang macam tu la. Kami mengambil nombor telefon dia just in case kami nak menggunakan khidmat dia sekali lagi ke kan...
Kami sampai di Sepilok kira-kira jam 1000am dan kebetulan waktu kami sampai adalah feeding time untuk Orang Utan. Kami bergegas membeli tiket masuk yang berharga cuma RM5 setiap seorang-bagi pemegang kad pengenalan Malaysia manakala harga untuk pelancong asing adalah RM30/pax. Jauh kan beza harganya tu... So bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia... Lepas punched tiket masuk kami, kami bergegas pergi ke feeding platform yang mengambil masa perjalanan kira-kira 10 minit di atas jambatan kayu... Hati-hati sikit sebab ada kayu yang licin tambahan pula waktu kami sampai tu tengah hujan renyai-renyai... makanya kami suami isteri bermemori daun pisang la dalam perjalanan ke feeding platform.
Sesampainya kami di feeding platform, memang dah ramai pelancong standby nak menyaksikan orang utan makan. Sesaklah gak tapi kami 2 insan yang kerdil ni cuba untuk mencelah... Yalah kami berdua je orang tempatan yang ada kat situ... Lama gak nak tunggu Orang Utan datang untuk makan... Yalah sebab tetiba hujan kan... Tapi akhirnya datanglah jugak 2 ekor Orang Utan makan makanan yang diletakkan di atas platform tu sambil membuat aksi-aksi comel diorang... Serious comel, ada sekor tu siap amik daun-daun tutup kepala buat payung sebab hujan... Siap tutupkan kepala yang sekor lagi yang tengah syok makan... Pastu bergayut-gayut sambil belanja diri untuk difotokan oleh orang ramai. Memang sporting betullah Orang Utan ni hehehe... Kami berada disitu dalam 2 jam jugak, kemudian aku mendapat call yang van kami sudahpun menunggu di car park. Kami keluar menuju ke van dan kami meminta untuk makan sekejap di restoran yang ada kat situ. Belum ada selera untuk makan berat, kami cuma mengorder kopi o dan roti bakar untuk lapik perut. Selesai makan, kami, bersama 2 orang Mat Saleh dari Germany beserta pilot & co-pilot memulakan perjalanan menuju ke Bilit. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dan kami disajikan dengan keindahan kampung-kampung dan hutan-hutan yang masih terpelihara sepanjang perjalanan kami. Susah nak tangkap gambar dari dalam van disebabkan jalan yang tak sekata dan aku takut mabuk la pulak hehehe...
Kami sampai di Borneo Natural Sukau Bilit Resort lebih kurang pada pukul 1430pm. Kami terus disambut oleh pekerja resort tersebut, diberi hot towel & minuman untuk refreshment dan diberi briefing tentang aktiviti dan kawasan sekitar resort tersebut. Kemudian kami dibawa ke cottage kami untuk check in. Oh ya sebelum lupa, cottage type ni adalah twin bed private room (en suite) dan janganlah bermimpi nak request queen bed ke triple ke apa ye, sebab cottage dia sememangnya tersangat-sangatlah comel sampai kami solat pun atas katil ya... huhuhu... Tapi suasananya memang sunyi dan damai lah, dan aku sememangnya suka suasana yang macam ni, yang susah nak dapat phone line coverage dan aku boleh menenangkan fikiran aku nih... Terletak di dalam hutan, sambil ditemani bunyi unggas rimba, monyet, kera, burung, daun-daun bla bla bla (hahaha takdelah damai sangat kan?) Kami membersihkan diri dan menunaikan solat jamak sementara nak menunggu pukul 1500pm untuk makan petang kerana perut kami sudahpun berkeroncong huhuhu... Tepat jam 1500pm, kami da beratur mengambil makanan, dan makan petang itu sememangnya adalah makanan petang iaitu pisang goreng dan kuih apam... Hahaha walaupun itu sahaja makanannya tapi sebab lapar, 2-3 round jugaklah kami refill... Huuuu tak sabar nak tunggu dinner nih!!!
Selepas makan, kami melepak-lepak di anjung restoran sambil menghayati pemandangan Sungai Kinabatangan yang betul-betul berada di depan mata kami, sambil menunggu jam 1630pm untuk kami memulakan river cruise kami yang pertama. Tiba masa cruise kami, semua penginap resort tersebut dan juga yang mengambil pakej menuju ke jeti untuk menaiki bot. Kami memulakan 'pelayaran' kami menyelusuri Sungai Kinabatangan untuk mencari haiwan-haiwan yang tinggal di sepanjang sungai sambil merasai rintik-rintik hujan sepanjang cruise kami (ya, seperti yang aku mentioned seawal entri, kami datang pada musim yang salah huhuhu) sambil salah seorang pekerja wanita resort tersebut menjadi pegawai penerangan bercerita tentang sungai tu dan mengenalpasti haiwan sambil memberi info tentang habitat haiwan tersebut dan semuanya dalam bahasa Inggeris (sebab kami berdua je yang Melayu & orang tempatan)... Basah jugaklah kami tapi nasib baik hujan hutan ni tak macam hujan bandar yang tak sihat... So kami takde kena demam di sana Alhamdulillah... Harapan aku adalah untuk melihat gajah mandi ke minum ke kat tepi sungai tapi nan hado... Mungkin sebab hujan kot. Tapi kami boleh lihat tanah di beting sungai tu ada kesan tinggalan tapak haiwan yang datang singgah di situ. Namun kami dapat melihat haiwan-haiwan yang based di pokok seperti monyet proboscis, kera, helang dan burung enggang dan juga kami bernasib baik dapat melihat buaya yang bersidai di tepi sungai, tapi lari masuk sungai selepas dengar bunyi bot kami lalu... Dalam 2 jam jugaklah kami cruise mencari fauna dalam beberapa kilometer dan akhirnya kami pulang ke darat sebelum masuk waktu Maghrib (yalah, Sabah kan timing dia awal dari Semenanjung).
Kami balik ke cottage kami untuk mandi dan solat dan kemudiannya ke cafe untuk makan malam... Sepatutnya pada waktu malam kami ada night walk mencari haiwan tapi disebabkan hujan, kami bersetuju untuk tidak pergi night walk tu (walaupun boleh je nak pakai rain coat hehehe). Yalah, tujuan datang sini pun sebenarnya nak berehat-rehat kan... Makanan dihidangkan secara buffet dengan lauk yang simple. Malam ni ada special teriyaki chicken dan jugak kupang celup tepung. Kami perlu beratur sebab 2 lauk ni dimasak dan-dan tu jugak!
Kami sampai di Borneo Natural Sukau Bilit Resort lebih kurang pada pukul 1430pm. Kami terus disambut oleh pekerja resort tersebut, diberi hot towel & minuman untuk refreshment dan diberi briefing tentang aktiviti dan kawasan sekitar resort tersebut. Kemudian kami dibawa ke cottage kami untuk check in. Oh ya sebelum lupa, cottage type ni adalah twin bed private room (en suite) dan janganlah bermimpi nak request queen bed ke triple ke apa ye, sebab cottage dia sememangnya tersangat-sangatlah comel sampai kami solat pun atas katil ya... huhuhu... Tapi suasananya memang sunyi dan damai lah, dan aku sememangnya suka suasana yang macam ni, yang susah nak dapat phone line coverage dan aku boleh menenangkan fikiran aku nih... Terletak di dalam hutan, sambil ditemani bunyi unggas rimba, monyet, kera, burung, daun-daun bla bla bla (hahaha takdelah damai sangat kan?) Kami membersihkan diri dan menunaikan solat jamak sementara nak menunggu pukul 1500pm untuk makan petang kerana perut kami sudahpun berkeroncong huhuhu... Tepat jam 1500pm, kami da beratur mengambil makanan, dan makan petang itu sememangnya adalah makanan petang iaitu pisang goreng dan kuih apam... Hahaha walaupun itu sahaja makanannya tapi sebab lapar, 2-3 round jugaklah kami refill... Huuuu tak sabar nak tunggu dinner nih!!!
Selepas makan, kami melepak-lepak di anjung restoran sambil menghayati pemandangan Sungai Kinabatangan yang betul-betul berada di depan mata kami, sambil menunggu jam 1630pm untuk kami memulakan river cruise kami yang pertama. Tiba masa cruise kami, semua penginap resort tersebut dan juga yang mengambil pakej menuju ke jeti untuk menaiki bot. Kami memulakan 'pelayaran' kami menyelusuri Sungai Kinabatangan untuk mencari haiwan-haiwan yang tinggal di sepanjang sungai sambil merasai rintik-rintik hujan sepanjang cruise kami (ya, seperti yang aku mentioned seawal entri, kami datang pada musim yang salah huhuhu) sambil salah seorang pekerja wanita resort tersebut menjadi pegawai penerangan bercerita tentang sungai tu dan mengenalpasti haiwan sambil memberi info tentang habitat haiwan tersebut dan semuanya dalam bahasa Inggeris (sebab kami berdua je yang Melayu & orang tempatan)... Basah jugaklah kami tapi nasib baik hujan hutan ni tak macam hujan bandar yang tak sihat... So kami takde kena demam di sana Alhamdulillah... Harapan aku adalah untuk melihat gajah mandi ke minum ke kat tepi sungai tapi nan hado... Mungkin sebab hujan kot. Tapi kami boleh lihat tanah di beting sungai tu ada kesan tinggalan tapak haiwan yang datang singgah di situ. Namun kami dapat melihat haiwan-haiwan yang based di pokok seperti monyet proboscis, kera, helang dan burung enggang dan juga kami bernasib baik dapat melihat buaya yang bersidai di tepi sungai, tapi lari masuk sungai selepas dengar bunyi bot kami lalu... Dalam 2 jam jugaklah kami cruise mencari fauna dalam beberapa kilometer dan akhirnya kami pulang ke darat sebelum masuk waktu Maghrib (yalah, Sabah kan timing dia awal dari Semenanjung).
Kami balik ke cottage kami untuk mandi dan solat dan kemudiannya ke cafe untuk makan malam... Sepatutnya pada waktu malam kami ada night walk mencari haiwan tapi disebabkan hujan, kami bersetuju untuk tidak pergi night walk tu (walaupun boleh je nak pakai rain coat hehehe). Yalah, tujuan datang sini pun sebenarnya nak berehat-rehat kan... Makanan dihidangkan secara buffet dengan lauk yang simple. Malam ni ada special teriyaki chicken dan jugak kupang celup tepung. Kami perlu beratur sebab 2 lauk ni dimasak dan-dan tu jugak!
Kami makan memang banyak sebab kami dah kelaparan dari siang tadi tak makan kan? Huhuhu.... Selepas makan kami lepak kejap tapi tak lama lepas tu aku ajak encik suami balik bilik sebab tak tahan dengan gigitan nyamuk yang menggila ditambah lagi hujan mulai sedikit lebat. Kami pun pulang ke bilik, berehat dan perlu bangun awal pagi untuk morning cruise kami pulak...
Dalam jam 0600am kami dah bangun, solat dan bersiap sedia untuk morning cruise kami. Kami diberitahu untuk berkumpul dan ready pada jam 0645am untuk menaiki bot. Kami perlu menunggu beberapa orang lagi yang masih tak muncul-muncul dan kami bertolak agak lewat sikit iaitu dalam jam 0700am dan bota kami mengambil arah bertentangan dengan cruise kami yang semalam. Hujan masih renyai-renyai dan kami bermandikan hujan sepanjang cruise kami. Sejuknya tak hengat! Sampai menggigil-gigil aku menahan sejuk sepanjang cruise yang memakan masa dalam 1 jam lebih tu. Masih tak banyak lagi haiwan-haiwan dan aku kecewa kerana gajah still takmoh muncul-muncul. Kami masih dilayani oleh haiwan-haiwan biasa seperti burung, kera, monyet proboscis dan kali ni ada tambahan orang utan! Setelah selesai cruise, boatman kami dengan kelam kabutnya nak bawa kami balik cepat untuk bersarapan kerana ada 1 bot lagi yang membawa customer dari Taiwan tak salah sedang otw balik ke resort. Hehehe... pekerja resort tu sendiri dah sedia maklum yang kami kena merebut makanan kalau mereka-mereka ni ada sekali dan kami sampai dulu dari mereka dan dapat makan dengan aman... Selesai makan, kami berjalan-jalan meninjau kawasan resort disamping melihat kera-kera yang sibuk membisingkan diri di atas pokok dan selepas itu berehat di bilik. Waktu makan tengahari kami kembali ke cafe untuk makan dan aktiviti bebas di mana kami bersidai di tepi para melepak sambil main buaian yang disediakan dan melihat sungai. Memang tu jelah aktiviti kami, makan, melepak & river cruise.
Petang selepas makan petang kami standby sekali lagi untuk river cruise dalam hujan. Kali ini kami pergi lebih jauh dan lebih dalam di hutan di mana kami dibawa melalui cabang sungai yang lebih pedalaman... Hehehe seram gak rasa dan walaupun dah sedalam itu kami pergi, tapi gajah masih tak mau muncul-muncul... Kami agak excited walaupun bercampur seram berada dalam hutan, bayangkan kami mengikut cabang sungai dari laluan sungai utama, kat cabang sungai tu pun ada lagi cabang sungai yang lebih terpencil! Kat situ memang kelihatan seperti kawasan tempat melepak Bujang Senang, dengan hutan paya yang berada dikeliling kami, dan kali ini monyet-monyet lebih dekat dengan kami sebab semuanya suka je bergayut kat ranting-ranting yang menjulur ke sungai... Boleh dikatakan kami agak ralit di sini sampaikan tak sedar hari dah pun masuk Maghrib... hihihi lagi la aku merasa creepy time ni... Akhirnya boatman membawa kami keluar dari cabang sungai tersebut untuk membawa kami pulang. Burung-burung pun dah berterbangan nak balik ke sarang tapi kami ni masih tak paham-paham lagi nak balik ke darat hahaha... Kami sempat jugak singgah di beberapa point untuk melihat monyet proboscis yang tetiba je jinak lepak tepi tebing... Lagi lambat la kami nak balik ke darat dan inilah river cruise yang terlama kami naik, lebih daripada 2 jam...
Sesampai di darat, kami balik ke bilik dulu untuk mandi dan solat sebelum makan malam. Kami perlu cepat sebelum rombongan Taiwan tu turun makan. Dan malam itu jugak hujan lebih lebat dan untuk kesekian kalinya kami tetap jugak tak join night walk hehehe... Tapi malam tu ada persembahan poco-poco, tarian beramai-ramai dan juga nyanyian yang dianjurkan oleh staffs resort tersebut, jadi kami layan je tengok persembahan diorang ni hehehe... Siap ada pertandingan Limbo Rock lagi diorang buat! Mat Saleh ni kan memang sporting, so semua benda pun diorang join! Acara hiburan berakhir pada jam 10 malam dan kami pun beransur masuk ke bilik...
Keesokannya, sebelum check out, kami sekali lagi pergi cruise yang terakhir... Harapan kami yang senipis kulit bawang ini berakhir dengan tiadanya gajah untuk kami lihat bermandian di tepian kali... Huhuhu... Makanya apa yang aku boleh simpulkan adalah Misi Mengendap Gajah mandi kami adalah tidak berjaya! Selepas sarapan, kami bersiap dan jam 0930am kami pun check out dan mengucapkan selamat tinggal kepada staffs resort yang sangat ramah dan membantu ini...
Kami mengambil flight malam ke Kuala Lumpur kerana kami ingin berjalan di bandar Sandakan. Kami dah bagitau dengan driver van agar menurunkan kami di Kampung Sim Sim, kampung nelayan yang terkenal di Sandakan. Kami ingin merasai sendiri keenakan ikan bakar yang diwar-warkan oleh orang ramai kalau berkunjung di kampung ini. Namun sebelum makan, kami berjalan-jalan dulu di kampung nelayan tersebut dan kami singgah di tapak rumah nelayan yang terlibat dalam kebakaran besar beberapa tahun yang lepas. Rezeki kami, ketika kami datang tu, orang kampung sedang membina sebuah rumah atas air dan kami menyaksikan proses pembinaan yang dijalankan tu. Kampung nelayan Sim Sim ni rumahnya dibina di atas laut, dan terdapat jalan yang dibina di atas jambatan dan jalan tersebut menghubungkan rumah-rumah di situ. Dan terdapat banyak jalan di situ, dan rasanya kami pergi ke Jalan Sim Sim 8 kot tak salah masa tu. Penduduknya ramah, dan rumah diorang ni, not bad... siap boleh buat laman sendiri bagai... Besar jugak rumah diorang ni, siap ada buat pagar bagai... Selesai mengambil gambar, kami pun pergi ke medan selera Sim Sim untuk mencuba ikan bakar kat situ...
Banyak kedai yang menjual ikan bakar kat situ. Masing-masing usha kami untuk makan di kedai mereka, dan akhirnya kami memilih Ikan Bakar Mama untuk kami makan. Istimewanya di situ, nasi, sup dan sayur adalah percuma. Kami cuma perlu memilih dan membayar untuk harga ikan dan juga minuman (ada air percuma disediakan jugak iaitu sky juice). Sebelum sampai di sini aku dah google dan mentelaah blog orang lain dulu apa yang harus aku order dan makan kat sini, dan ada sorang blogger ni suggest supaya kami mencuba ikan Baulu... Hahaha apakah ikan baulu ni? Aku pun nak try! Akhirnya kami mengorder ikan baulu dan ikan merah sebagai santapan kami. Apakah rasa ikan baulu ni? Rasanya lebih kurang ikan terubuk, banyak tulang tapi nasib baik kami amik bahagian badan, so kuranglah sikit tulangnya (taktau betul ke tak teori aku ni hahaha sebab still banyak je tulang). Not bad, dan harga makanan kami adalah RM28 termasuk limau ais kami berdua. So untuk sesapa yang nak mencuba makan ikan bakar kat sini, bolehlah try ikan baulu ni ya?
Oh ya (macam drama Melayu kan?) lupa nak bagitau, kami juga dah menghubungi abang teksi yang menghantar kami ke Sepilok masa hari sampai kami untuk membawa kami berjalan-jalan di sekitar bandar Sandakan dan seterusnya menghantar kami pulang ke airport selepas itu. Tapi kami suruh dia datang selepas kami makan, kira-kira pukul 1200pm lebih macam tu. Rupa-rupanya dia dah sampai awal lagi daripada tu dan dia menunggu kami sampai abis makan. Selepas tu dia membawa kami ke bandar Sandakan di mana destinasi pelancongan pertama kami di bandar Sandakan ini adalah Pasar Besar Sandakan!!!!
Kami masuk sekejap di pasar besar tersebut. Sejujurnya kalau pegi mana-mana negeri dalam Malaysia ni kalau ada peluang, aku memang suka nak pegi ke pasar sebabnya aku suka nak tengok berapakah harga barang-barang basah kat sini dan compare kan dengan harga kat KL... Makaihhh murah-murah ikan dia kat sini! Nasib baik aku mengenangkan nak mengangkut ikan, sotong, udang ni susah naik flight, kalau tak memang aku dah borong abis ni! Tapi sempat jugaklah kami membeli 2kilo ikan bilis yang harganya jauh lebih murah berbanding dengan kat KL. Yalah, fresh, warna keemasan, besar dan dah siap dikopek baru je dlm RM55 untuk 2 kilo... Itupun harga yang aku tak tawar, sebab aku macam sedikit malas nak tawar menawar arini.
Kami juga sempat pergi ke tin gkat atas pasar dan hmmm... encik suami tertangkap sebijik backpack. Haaa yang ni aku tawar sebab encik suami suruh... Hahaha oklah 50% markdown from price yang auntie tu tawarkan... Jugak sempat dia membeli butang baju melayu pearl dan aku pun tetiba dapat 3 bijik kerongsang pearl hasil mengepow encik suami hehehe... alaaa 10 hengget je kan untuk 3 kerongsang tu...
Selepas itu kami menuju ke Agnes Keith House, yang terletak di atas bukit. Agnes Keith House ni merupakan salah satu tarikan pelancongan di Sandakan, di mana rumah ini telah diwartakan sebagai rumah sejarah. Sejarah tentang rumah ni sangat menarik, kalau korang berminat nak tau bolehlah click link kat sini. Harga masuk ke rumah ini adalah sebanyak RM2 seorang untuk pemegang My Kad, manakala untuk pelancong adalah RM15. Rumah ni seriously antik, cantik, dan agak creepy untuk aku huhuhu... Sebab tetiba aku teringat cerita Hantu Pokok Sena lakonan Dato Yusof Haslam & Susan Lancester suatu ketika dulu... Dengan kedudukan rumah ni di atas bukit, memang rumah ini kelihatan agak misteri. Berdekatan dengan rumah ni, kalau korang nak merasa minum teh ala-ala Mat Saleh, bolehlah singgah di English Tea House Sandakan. Aku kan, sebenarnya teringin nak minum teh sambil makan scone, tapi mengenangkan harganya agak tidak berbaloi di samping aku perlu berjimat sikit, makanya kami hanya melihat dari kejauhan je restoran ini... Kami sempat singgah di anjung tinjau, tempat bergambar dan tempat di mana kami dapat melihat keseluruhan bandar Sandakan from the bird's eye view katanyaaa... Tapi agak susah nak bergambar sebab pokoknya tinggi-tinggi, so aku cuma tangkap gambar bandar tanpa kami sekali dalam tu...
Selepas tu, Pak Ali tu membawa kami keluar sikit dari bandar Sandakan. Dia sempat bawak kami singgah ke restoran di mana berlakunya serangan penculik (mungkin Abu Sayyaf kot) yang menggemparkan Malaysia suatu ketika dulu. Sekarang restoran tu dah tutup terbiar selepas serangan berdarah tu. Selepas itu kami di bawa ke Batu Sapi, di mana ada sebuah batu yang berbentuk lembu/sapi. Untuk ke situ, kami melalui jalan luar bandar dan sempat untuk melihat tokong Cina yang terletak di atas bukit (tapi kami tak singgahlah atas sebab kekangan masa). Untuk ke Batu Sapi, kami perlu memasuki kawasan kompaun kilang. Pak Ali meminta izin dengan sekuriti kat situ untuk bawak kami melihat batu tersebut dan Alhamdulillah guard tu bagi... Sedih kami melihat taman rekreasi Batu Sapi, terbiar selepas kawasan tersebut diambil alih oleh kilang tersebut. Kami perlu berjalan sedikit untuk menuju ke taman tersebut, dah kotor dan licin jalannya tiles dia so kena berhati-hati... Dan ya, memang batu itu berbentuk seperti sapi. Kami sempat ber swafoto di situ sebelum kami kembali ke bandar. Tiba-tiba, pintu pagar untuk keluar dari kawasan kilang tu dah dikunci. Okeh, kami cuak ye! Mana pakcik guard ni pegi? Ke dia dah balik rumah? Alahaiii flight kami lagi beberapa jam kot... Pak Ali dah honkan keretanya beberapa kali tapi xde orang pun keluar dari pondok guard. Dalam nak dekat 20 minit jugak kami menunggu dengan harapan ada orang akan datang... Hujan mula turun renyai-renyai dan tiba-tiba dari kejauhan kami nampak guard tu datang dari lorong mana ntah menuju ke kilang. Rupa-rupanya dia pegi beli makanan. Alhamdulillah risau hakak!!!!
Selepas berjaya keluar dari kilang tu, Pak Ali membawa kami kembali ke bandar Sandakan. Dia tanya ada tak kami nak singgah minum di mana-mana sebab masih ada masa lagi sebelum kami dibawa ke airport. So kitorang ok je nak singgah mamak ke mana ke untuk minum sekejap dan aku pun dah haus jugak. Masuk je kawasan bandar yang sibuk tu, tiba-tiba mata aku tertancap pada banner Coto Makassar... Haaa apalagi, aku terus tanya encik suami mau try kah? Pak Ali menurunkan kami di depan kedai makan tersebut dan meminta kami untuk call dia balik setelah selesai makan. Kami cuma order 1 je Coto Campur, kongsi je dan 2 cawan kopi o.... Apakah rasa Coto Makassar tersebut? Sedap baq hang!!! So kalau korang datang kat sini sila cuba ya? Coto campur tersebut berharga RM6 semangkuk, sama je macam soto nasi impit, cuma kuahnya lebih piauuu dan campuran daging, ayam, perut, hati dan sebagainya dalam tu. Selesai makan, kami berjalan kaki bersiar-siar dan untuk kesekian kalinya kami tersopin sandal la pulak hahaha... Maka punahlah cita-cita kami untuk kononnya tidak bersopin untuk percutian kali ni huhuhu...
Habis bersopin, kami kembali ke depan restoran untuk berjumpa dengan Pak Ali yang kemudiannya membawa kami terus ke airport. Kami sampai awal di airport dan melepak di Gloria Jean Cafe untuk membuang waktu sementara menunggu flight kami pada jam 2045pm, dan Alhamdulillah dalam jam 1130pm kami sudah sampai di KLIA2. Sedkian Kisah kami di Sandakan.
Cost:
Sukau Bilit Resort package: RM580/pax
Flight ticket (Air Asia KUL-SDK return): RM356.16/pax
Teksi to Sepilok: RM40
Entrance fee Sepilok: RM5/pax
Entrance fee Agnes Keith House: RM2/pax
Teksi Pak Ali Sandakan/airport: RM100
Ya, kami di Sepilok
Orang Utan sedang breakfast
Yang sekoq sibuk makan, sekoq lagi sibuk payung sebab hujan
Wei tak paham ke hujan la hujan!!!
Makan lagi... sekoq tu da macam-macam aksi
George of the jungle
Swafoto
Sayang sangatlaaa tuh
Aksi mahal!
Kami dah sampai Sukau Bilit!
Bilik kami... Cottage type... Comel kan?
Bilik dari luar
Model tak berbayar
View dari tingkap belah katil aku
Toilet yang mengamalkan konsep terbuka
Siling
Jambatan kayu yang menghubungkan bilik-bilik dan bangunan utama
Swafoto depan bilik
Kebuluq!!!
Encik suami menghayati pemandangan sungai sambil di hati kesal tak bawak joran hahaha
Ada penangkap gambar yang kelihatan profesional
Pemandangan dari depan resort
Jeti untuk river cruise
Yesss we are ready!!!
Swafoto
Titik tumpuan adalah minah Venezuela kat belakang tuh! Ya ya photobomb
Resort dari pandangan sungai
Proboscis monkey
Waktu yang ditunggu. Dinnerrrrhhh!!!!
Sabar menunggu chicken teriyaki
Good morning! Terpaksa guna kelambu sebab nyamuk aktif ya amat
Menunggu morning cruise
Siap beli baju hujan
Kampung
Lagi gambar bilik
Jalan-jalan tengok bilik orang
Dorm type
Villa type
Dessert... aiskrim buatan sendiri rasanya ni...
Melepak sambil main buai
Masing-masing sibuk mencari line
Awan nano
Gaya seorang jurufoto. Tangkap gambo lain lawa, tangkap gambo bini senget!
Kreatif dok aku?
Map resort
Hijau je kat sini
Villa
Dari tingkap bilik hakak
Dari tingkap bilik hakak 2
Cruise lagi
Bakal melalui cabang sungai
Hutan bakau
Selfie
Kinabatangan Maghrib
Syok dengan gambar sendiri. Taken using Samsung S6 Edge. Okeh aku akan sayang phone nih
Our last cruise
Muka lemau nak balik KL
Kampung Sim Sim sudaaa
Tapak rumah yang terbakar tuh
Ikan tembakul
Rumah air di kampung Sim Sim
Nice!!!
Orang kampung membina rumah
Gaya seorang photographer
Makannnn
Inilah ikan baulu
Ikan merah
Restoran ikan bakar yang kami makan
Pasar Sandakan
Tertarik dengan tempat jualan daging kat pasar ni
Wakil rakyat melawat tapak
Smells like heaven
Bandar Sandakan dari tingkat 1 pasar
Agnes Keith House
Cantik tapi misterius
Dalam rumah Agnes
Best lepak nampaknya
Creepy tak aku? Hehehe
Tq encik suami. Akhirnya ada gambar yang elok jugak awak amik untuk saya
Bandar Sandakan from the bird's eye view
Restoran yang diserang penculik yang menggegarkan Malaysia suatu ketika dahulu
Batu Sapi
Kedai Coto Makassar
Coto Makassar-coto campur
Macam orang tangkapkan gambar kan? Tapi sebenarnya selfie
Makcik tukang masak coto yang handal
@ Sandakan Airport: tunaikan kewajipan... gambar spontan yang aku suka... tq pada model yang tak dikenali ini...
Lepak sebelum fly balik...