6 May 2016-Friday
Bangkok - Aranyaprathet-Poipet-Siem Reap
Seawal pagi jam 0400am kami dah bangun, mandi-mandi dan solat Subuh seterusnya kami check out. Memandangkan tiada front desk officer yang kami kira sedang tidur somewhere, kami cuma meninggalkan kunci bilik kami di meja pendaftaran. Memandangkan kami keluar dalam jam 0500am, makanya eskalator yang menghubungkan kami dengan station masih lagi ditutup dan kami perlu melalui jalan lain yang berada di seberang jalanraya. Kami melintas dan melalui lorong yang agak gelap untuk ke pintu utama dan akhirnya kami sampai dengan selamat. Kami terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket ke Aranyaprathet, iaitu stesen keretapi Thailand yang terletak di sempadan Cambodia. Jam 0500am dan beratur punyalah panjang tapi nasib baik banyak kaunter jugak dibuka. Tiket kami ke Aranyaprathet tidak boleh buat untuk advance booking kerana dia tergolong dalam keretapi tempatan kelas 3; seperti yang kami naiki dari Kanchanaburi ke Thonburi haritu. Harganya juga adalah murah, iaitu THB 48 untuk seorang dengan perjalanan selama lebih kurang 5 jam 40 minit... Hahahaha masaklah lagi kami berteleku dalam train...
Tepat jam 0555am, kami berada di dalam perut keretapi dan bersedia untuk berlepas. Kami merentasi bandar Bangkok yang bercampur baur antara bangunannya yang gah dan juga kawasan setinggan daif sehinggalah kami masuk ke kawasan countryside dan kami dibentangkan pula dengan pemandangan bendang, ladang dan hutan... Matahari mula terpacak atas kepala dalam jam 10 lebih am, dan kami mula rasa kepanasan, ditambah lagi ada orang selfish yang telah menghalakan kipas gantung tu ke arah diorang je... Isk memang kejam betul mamat tuh! Kami menahan kepanasan dan mengharapkan angin luar untuk meredakan kepanasan kami... Tapi berjelaga jugaklah muka kami bila kami lap... huhuhu...
Kami tiba di Aranyaprathet hampir jam 1200pm dan keluar saja dari station, kelihatan banyak tuktuk dah menunggu kami untuk membawa kami ke sempadan. Harga sebuah tuktuk adalah THB100 dan kami dapat mamat tuktuk yang penuh tangkal di badannya... Huhuhu macam pelakon cite Long Khong je aku rasa... Kami risau gak tapi Alhamdulillah mamat ni baik sebenarnya... Dia membawa kami sehinggalah ke depan pintu Imigrisen Aranyaprathet. Selesai membayar, kami terus berjalan mencari kaunter Imigrisen yang sesuai untuk kami. Kami confuse antara queue panjang atau terus masuk ke dalam office, so korang kena tengok betul-betul signboard kaunter untuk pelancong sebab kita ada laluan dan lorong lain. Rupa-rupanya yang beratur panjang gila tu adalah rakyat tempatan yang ingin memasuki Cambodia, mungkin sebab kerja kot... Kami terus mengikut signboard dan menuju ke dalam office Imigrisen yang berhawa dingin dan beratur menunggu giliran untuk passport kami di cop. Selesai proses pengecopan, kami diarahkan berjalan melalui lorong yang disediakan untuk ke pintu sempadan. Masuk je pintu sempadan kami telah di usha oleh pemandu tuktuk untuk membawa kami ke kaunter Imigrisen Cambodia di Poipet, namun kami prefer untuk berjalan kaki sebab jarak antara pintu sempadan ke pejabat Imigrisen Poipet sebenarnya tak la sampai 1km pun... Cuma kami perlu gigih berjalan...
Kami berjalan merentasi kasino-kasino yang dibina sepanjang jalan... Ooo patutlah ada ex-colleague aku, Kak Nor dah pesan kat aku awal-awal, lalu Poipet tu janganlah pulak menyinggah berjudi... Hahaha now I know the reason... Dalam 20 minit berjalan akhirnya kami sampai di Pejabat Imigrisen Poipet. Melalui pembacaan kami, kalau kurang bernasib baik, kami akan di pau oleh pegawai imigrisen namun Alhamdulillah all went well... Selepas passport kami di cop sekali lagi, kami terus keluar mencari stesen bas untuk ke main station kerana ada disediakan perkhidmatan free feeder bus tapi timing, kami kena ikut pemandu bas sebab dia nak kumpulkan at least 10 orang untuk bas tu bergerak. Dalam 20 minit jugaklah kami menunggu dan akhirnya kami bergerak. Kami diturunkan di sebuah station yang mengumpulkan bas-bas, van-van dan teksi-teksi untuk ke tempat-tempat yang kami ingin pergi dan harganya bergantung pada jenis kenderaan dan berapa orang yang share dan juga destinasi. Kami pada mulanya membeli tiket untuk menaiki van dengan harga USD10 seorang namun disebabkan orang yang sampai tak ramai, dan ada 4 orang di station tersebut, maka kami disarankan untuk menaiki teksi, dan harganya adalah USD 60 per teksi. Bahagi 4 orang dan kebetulan couple veteran tersebut pun hendak ke Siem Reap, maka jadilah seorang USD 15 dan kami menambah lagi USD 5 di kaunter tiket.
Kami berkenalan dengan couple veteran yang berasal dari Bali, Indonesia. Aku tak ingat nama laki dia tapi nama wife dia adalah Ibu Seri. Kami berbual sepanjang 2 jam perjalanan kami ke Siem Reap. Kebetulan dalam perjalanan terdapat hujan dan ribut hahaha seram gak kami... Sesampainya di Siem Reap, kami diturunkan di sebuah station dan diarahkan menaiki tuktuk yang dikatakan percuma untuk kami untuk ke hotel. Tapi kami dah mula suspicious sebab pemandu tuktuk kami cakap free kalau kami amik dia sekali untuk pakej tour, pastu sebab malas nak pikir kan kami amik je dia terus untuk kami pergi makan malam dan juga trip Angkor Wat kami keesokan harinya (kira kami amik dia seharian dan semalaman lah) dengan harga USD 40 untuk semua. Pemandu tuktuk kami bernama Sunli, aku friend dengan dia di FB, sebab dia agak baik, informative dan peramah dan juga boleh berbahasa Inggeris dengan baik.So kalau ada sesiapa nak ambik Sunli ni bolehlah cari dia di FB dengan nama Moerun Sunly tak salah aku. Disamping itu dia tau mana nak bawak kami makan di restoran halal. Kami tidak membayar fee penuh pada Sunli, kami cuma bayar 50% dari total fee dan selebihnya kami berjanji selepas habis tour dan dia bersetuju.
Kami sampai di hostel kami iaitu I Lodge Hostel, dalam jam 1400pm dan terus check in. Kami berjanji dengan Sunli untuk mengambil kami pada jam 1700pm untuk bawa kami ke restoran halal di perkampungan Muslim untuk makan malam. Makanya kami ada lebih kurang 3 jam sahaja untuk berehat, mandi etc... Hostel kami dari luar kelihatan seperti Rumah Tumpangan Ah Hong, begitu juga dengan registration counter yang kelihatan agak biasa, namun apabila kami masuk ke bilik kami, semuanya bertukar 360. Biliknya sangat luas, dengan bilik air yang besar, seperti hotel 3-4 bintang. Ditambah lagi kedudukannya di tengah-tengah Siem Reap dengan 10-15 minit perjalanan dari night market yang popular tu. Hostel tersebut juga menyediakan perkhidmatan laundry dengan harga yang agak berpatutan, dan untuk kedua kalinya kami menghantar baju kami untuk khidmat dobi dalam trip kali ini. Oleh itu tak hairanlah hostel ini mendapat rating 9/10 dalam booking.com dan juga website yang lain...
Kami berehat dan juga bersiap-siap mandi dalam tempoh 3 jam yang diberikan itu, letih beb duduk dalam train 6 jam... Hampir tertido gak la kami tapi kalau dilayankan sangat mata memanglah kami akan hanyut terus sampai ke malam... huhuhu... Settle solat kami pun turun ke lobi untuk menunggu Sunli...
Rupa-rupanya Sunli dah tercongok menunggu kami di bawah... Tanpa membuang masa, dia pun membawa kami ke restoran halal di sebuah perkampungan Muslim di Siem Reap. Kami melalui kawasan perkampungan Muslim tersebut dan menyaksikan sendiri komuniti Islam yang hidup di dalam negara yang berpegang teguh pada ajaran Buddha ni... Kami sempat melalui 1 tapak sukan yang kelihatan seperti indoor futsal dan para remaja sedang bersukan bermain bola dengan gembiranya... Perjalanan dari hostel kami ke restoran tersebut adalah dalam lebih kurang 20 minit dan terdapat beberapa restoran Muslim di kawasan itu, namun kami tetap mencari restoran yang bernama Muslim Family Kitchen kerana restoran itu mendapat review yang baik dalam blog, google search etc2...
Sesampainya kami di restoran, wow kami kagum sangat kerana restorannya cantik, teratur dan sangat bersih... Bonus yang ada lagi ialah pekerjanya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan menunya juga dalam Bahasa Melayu... Rasanya mereka ni adalah orang Melayu Champa kot... Dewi mengorder nasi goreng daging dan aku teringin nak makan nasi putih... So aku order nasi putih dan daging masak pedas... kami juga mengorder prawn spring roll yang sedap tapi disebabkan portion makanannya besar, makanya kami tak abih spring roll kami... Lalu kami bungkus dan bagi kepada Sunli yang menunggu kami di luar restoran. Kami mempelawa dia untuk makan bersama kami, tapi dia taknak. Kami desak dia untuk order apa-apa kalau dia nak makan tapi takmoh. Mungkin sebab dia taknak kecikkan hati kami akhirnya dia order setin Coke... Selepas makan kami pun balik ke hostel untuk berehat. Asalnya plan kami nak berjalan malam tu, tapi bila mengenangkan Sunli bakal mengambil kami pada jam 0400am untuk mengejar sunrise di Angkor Wat makanya kami mengambil keputusan untuk berehat sahaja di hostel... Tido dulu untuk caj tenaga keesokan harinya...
*Kos akan aku sertakan semasa penghujung trip

Ready for choo choo train!!!
Sesi mengecop tempat duduk
Dewi sengih sebelum pingsannn
Beginikah siksanyaaa.... hidup dalam Penantiaaaannnn...
Gerai cap orang kampung
Our train mate
Suda pingsaaannnn
Laluan...
Kita nak pi Bandong ye Bang????
Bila Dewi pingsan... Aku tak tau nak buat apa...
Sampai suda Aranyaprathet!!!!
Driver tuktuk semi Long Khong... Tangkal dia, mak aihhh kalah SA Bakar!!!
Perlombaan tuktuk sedang berlaku...
Nay nay nay... tak tido sini...
Berdebar...
Sesi mencari kaunter Imigresen
Untuk foreign passport, kaunter tempat ber aircond ya...
Sempat lagiiii
Err... Ini je pagar sempadan korang????
Dewi yang gigih menuju puncak... Eh menuju ke Poipet
Sikit saja lagiiii
Welcome to Cambodia!!!
Mencari transport dari Poipet ke Siem Reap...
Already @ Siem Reap... Hai Sunli!!!!
Dan lagi...
Inilah ropa bilik kami yang dari luar seperti Hotel Ah Hong...
Minah ni sedang mengambil order dalam Bahasa Melayu...
Mai tengok menu dia... Jangan risau semua halal & in USD... hehehehe
Ambiance
Ambiance
Kalau tak sempat solat, jangan risauuuu... restoran ni ada surau
Ffffoodddhhhh!!!!!!
Daging masak pedas yang mabelessss
Seriously sedap giler spring roll nih!!! Nora bagi 5*****