Assalamualaikum WBT,
Sekian lama aku menyepikan diri mencari kekuatan untuk memulakan entri yang lama terperap untuk ditulis semenjak pulang ke tanahair pada Mei lepas (dalam 3 bulan jugaklah simpan stories), kini aku bersedia untuk menghapdet kembara terkini kami mengukur jalan di Indochina yang dalam plan asalnya berjumlah 18 hari....
Seperti biasa, aku merancang kembara aku bersama regular travel buddy: iaitu Puan Dewi disebabkan keserasian kami (serasi kerrr???) yg. boleh consider untuk menerjah dan membuat plan bersama-sama di samping tempat interest yg. lebih kurang sama: kecuali aku suka beli souvenir dan Dewi ni kureng la sikit... Tapi dia layan je aku ni... Plan asal kami adalah ingin menerjah seluruh Indochina dengan menggunakan jalan keretapi dan negara2 yg. kami plan pada asalnya adalah dari KL-Thai-Myanmar-Laos-Cambodia-Vietnam dengan menggunakan jalan darat (keretapi, bas, sampan, bot etc2) namun setelah membuat penyelidikan yg. amat mendalam iaitu jangka masa kembara, kekangan budget dan di samping kos visa untuk memasuki Myanmar yg. kami kira agak tidak masuk akal (kerana untuk memasuki Myanmar hanya dibenarkan melalui jalan udara, so no keretapi sebab diorg dah hentikan perkhidmatan keretapi di sempadan). Makanya kami slash Myanmar dari list kami...
Budget maksimum yang kami peruntukkan untuk kembara kali ini (Thailand, Laos, Cambodia & Vietnam) adalah sebanyak RM3K seorang: ini adalah termasuk transportation, accommodation, makan/minum/entry fees ke tempat2 yg. sepatutnya dan juga duit poket kami untuk membeli souvenir sepanjang 18 hari kembara kami... Memandangkan aku mempunyai credit card, makanya urusan booking adalah atas aku manakala urusan itinerary adalah di atas Dewi... Kami merancang perjalanan kami dgn. membuat skeleton dulu tempat2 yg. kami ingin lawati... Kami banyak refer pada blog2 orang lain dan juga website The Man in Seat Sixty-One untuk route keretapi kami... Trust me, website ini sangat2lah membantu. Manakala untuk urusan tiket keretapi utama yg. melibatkan perjalanan malam: di mana kami prefer untuk mengambil sleeping couch (Padang Besar - Nakhon Pathom/ Bangkok - Nong Khai/ Nong Khai - Bangkok/ Ho Chi Minh - Da Nang/ Da Nang - Hanoi), kami menggunakan khidmat agen yg. sah secara online dan aku akan tag kan di dalam entri kisah perjalanan kami nanti. Namun di atas sebab2 yg. tak dapat dielakkan, pengembaraan kami hanya terhenti di Phnom Penh, Cambodia dan kami plan untuk menyambung projek mengukur jalan kami ke Vietnam dan... jeng jeng jeng tungguuuu pada tahun hadapan ye... Di akhir entri ini aku akan lampirkan itinerary kami beserta kos2 yg. terlibat sepanjang perjalanan kami untuk dijadikan reference kepada sesiapa yg. berminat untuk mengembara mengukur jalan seperti kami...
Aku stop di sini muqaddimah sebelum aku meneruskan ke entri seterusnya, InshaAllah...