7 May 2016-Saturday
Siem Reap
Seawal jam 0330am kami bangun, bermandi manda dan bersiap untuk Angkor Wat tour kami. Kami turun saja, kami lihat di reception counter sudah tersedia breakfast pack kami berdua disediakan oleh hostel untuk kami bawa ke Angkor Wat... Terharu rasa kami walaupun dalam bekal tu cuma roti dan pisang. Jam 0400am Sunli da terpacak di depan hostel untuk membawa kami ke Angkor Wat. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit. Nyaman dan sejuk suasana di subuh hari, aku menggigil jugaklah sebab kesejukan. Kami tiba di gate Angkor Wat pada jam lebih kurang 0430am. Sunli menurunkan kami di hadapan kaunter tiket untuk kami membeli tiket masuk Angkor Wat. Kelihatan sudah ramai yang sampai dan mula beratur. Kaunter tiket dibuka pada jam 0600am namun dah long queue. Kami pun terus beratur sama sebab orang yang sampai semakin ramai. Nasib baik kaunter tiket yang disediakan banyak makanya kepanjangan pemberaturan tu taklah kronik sangat untuk setiap kaunter. Tepat jam 0600am kaunter dibuka makanya proses membeli tiket pun bermula. Tapi ada sorang perempuan Jepun kalau tak silap, beratur di depan kami, sesampai je kat kaunter dia pitam. Nasib baiklah ramai yang membantu mengangkat perempuan tu ke kerusi berdekatan. Tak tau apa puncanya, mungkin letih tak biasa bangun pagi kot... huhuhu...
Setibanya di kaunter, kami perlu membayar USD20 untuk tiket masuk ke Angkor Wat. Tiket tu valid untuk tempoh sehari, dan kami diarahkan untuk ditangkap gambar untuk 'passport' masuk kami... Makanya dapatlah kami sehelai 'passport' sebagai lesen kami untuk berjalan di dalam Angkor Wat.
Selesai membuat 'passport', kami terus ke tuktuk kami, di mana Sunli sudah bersedia nak membawa kami mengejar sunrise kerana dalam beberapa minit saja lagi matahari akan mulai terbit. Sunli membawa kami ke tempat yang paling hampir untuk kami berkejar ke tasik Angkor Wat untuk sunrise. Sesampainya kami di tasik tersebut, orang dah mulai ramai dan memblock pemandangan Angkor Wat dan tasik. Tapi kami menggunakan kepakaran kami (pakarla kononnn) untuk mengambil gambar yang paling perfect di celah-celah keramaian tersebut maka terhasillah gambar di atas.... Terer kan ai??? Selesai sunrise, kami mula berjalan mendaki Angkor Wat... Aku memang amat mengagumi hasil tinggalan sejarah dan tak abis-abis mengambil gambar wat tersebut. Selepas satu, satu wat kami lawati sehingga aku lost count lah! Satu lagi wat yang aku kagum adalah Bayon Wat kalau tak silap aku, mempunyai banyak ukiran muka... Agak menyeramkan tapi bagi aku sangat cantik. Lagi yang aku ingat adalah wat Lara Croft, aku siap selfie dengan pokok seribu tahun tu la... Disebabkan cuaca panas, maka keletihan dan perpeluhan tu memang tersangat aktifla... Aku siap bli mineral water saiz besar tu ntah berapa kali sebab tekak kering... Namun pengalaman berjalan di tapak warisan UNESCO tu terasa amat berbaloi dengan USD20 yang aku bayar tu...
Kami meneruskan jelajah wat kami sampai aku terasa surrender dengan kepanasan yang dah melampau dan aku mula sunburn. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mencari tempat makan dan seterusnya pulang ke hostel.Kami merayau mencari kedai makan halal disekitar Angkor Wat namun keciwa... Adalah kot kedai India tapi kami cuba mencari yang lain. Akhirnya Sunli mencadangkan kitorang makan je kat kedai semalam, dan kami terus setuju. Makanya kami meneruskan perjalanan pergi ke kedai makan tersebut. Kali ini, kami mencuba menu 'Lembu Naik Bukit' dimakan bersama nasi putih. Kaedah masakannya adalah di dalam sebuah loyang yang diletakkan di atas portable gas stove, di mana daging lembu dimasak bersama sayur-sayuran dan sedikit berkuah... Lebih kurang macam style steamboat sikit tapi bukan. Seterusnya pulang ke hostel untuk mandi dan bersolat sebelum Sunli mengambil kami kembali untuk melihat sunset di salah satu wat yang aku tak ingat namanya (terlalu banyak wat kot!)
Jam 1700pm, Sunli dah berada di bawah dan terus membawa kami ke Sunset Wat jelah aku panggil. Terlalu ramai orang yang beratur untuk menaiki wat sedangkan wat tersebut hanya mampu menampung kira-kira 2 ribu orang dalam satu masa... Lalu kami mengambil keputusan untuk menunggu sunset di sebuah bangsal di lereng bukit. Tapi kat situ pun dah ramai orang cop tempat dan terdapat sekumpulan pelancong Taiwan dah mendominasi tempat tersebut. Tapi kami selit je... Dan kami duduk bersama-sama sekumpulan pemuda pemudi Mat Salleh yang sedang minum-minum beer sambil menunggu sunset. Namun matahari tak berapa nak cantik time ni, tapi bolehlaaa... Selesai sunset, kami meminta Sunli menurunkan kami di Night Market sahaja dan di situlah kami berpisah dengan Sunli... sob sob sedih... Tapi kami sempat berwefie bersama-sama... So sesiapa yang berminat untuk mengambil Sunli menjadi supir bolehlah visit FB dan IG dia: Moerun Sunli.
Kami berjalan-jalan di Night Market sambil menikmati malam terakhir kami di Siem Reap. Ikhlas hati aku, Siem Reap merupakan antara tempat yang aku pernah pergi yang aku ingin pergi lagi... Mungkin disebabkan aku amat meminati sejarah, disamping Siem Reap ni pada pandangan aku adalah tempat pelancongan yang selamat. Kami sempat membeli beg dan beberapa souvenir seperti fridge magnet di sini. Kami pulang ke hostel dengan berjalan kaki dan mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari Night Market ke hostel.
Sesampai di hostel, kami mandi lagi, solat dan mula packing. Aku tak tau kenapa malam ni aku rasa tak sedap hati, namun aku nyahkan rasa tersebut kerana esoknya kami akan melalui perjalanan jauh, iaitu kira-kira 6 jam perjalanan menaiki bas untuk ke Phnom Penh.
8 May 2016-Sunday
Siem Reap-Phom Penh-Kuala Lumpur
Bas kami ke Phnom Penh adalah pada jam 0830am, dan kami memilih
Giant Ibis Express Bus kerana review mengenai bas dan juga companynya sangat positif berbanding dengan Cat Mekong Express namun terdapat sedikit perbezaan harga di mana Giant Ibis lebih mahal harga tiketnya berbanding dengan Mekong. Tiket sehala dari Siem Reap ke Phnom Penh berharga USD15. Lagi kelebihan mengenai syarikat bas ini adalah mereka menyediakan free pick up dari depan hotel ke stesen bas, makanya kami tak perlu bersusah payah mencari tuktuk untuk ke stesen bas Giant Ibis.
Tepat jam 0800am, van Giant Ibis sampai mengambil kami untuk ke stesen bas. Mereka juga berhenti di beberapa buah hotel lagi untuk mengambil customer lain. Kami tiba di stesen bas 15 minit kemudian dan terus menaiki bas yang akan membawa kami ke Phnom Penh. Bas kami dijangka bertolak pada jam 0830am. Keadaan basnya? MashaAllah sangat cantik, bersih dan selesa... Ruangan tempat duduknya bagi aku adalah luas. Kebetulan bas kami tidak penuh, maka kami boleh mengambil mana-mana tempat duduk dan boleh duduk sorang diri je. Bukan itu saja perkhidmatan ekstra bas ini, mereka juga menyediakan tuala panas untuk kami menyegarkan diri: macam kita naik flight la... dan juga disediakan untuk kami sebotol mineral water dan juga pastry untuk kami breakfast yang didatangkan khas dari kedai roti terkenal di Cambodia iaitu Blue Pumpkin. Aku start berangan alangkah eloknya kalau transportation company di negara kita boleh buat service dan layanan 5 bntang sebegini walaupun untuk bas express je, mesti ramai pelancong yang akan datang ke Malaysia...
Bas mula bertolak pada jam 0830am, aku melayan perasaan seorang diri dalam bas, sehinggalah aku menerima whatsapp dari adik aku kira-kira jam 1030am yang menyebabkan aku bergegas mencari tiket pulang ke Malaysia pada hari itu jugak. Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan untuk aku pulang ke Malaysia dan memang ada last 2 tiket yang tinggal dari MAS. Sesampainya di Phnom Penh, kami terus mengambil tuktuk untuk ke airport, maka perjalanan kami yang sepatutnya diteruskan untuk masuk ke Vietnam keesokan harinya telah ditangguh. Kembara ini akan disambung InshaAllah pada tahun 2017, bermula dari Ho Chi Minh sehinggalah ke... Tunggu ya!!!! Aku tutupkan entri terakhir kembara IndoChina 2016 aku ni dengan Al Fatihah untuk Allahyarhamah emak...
Sunli membawa kami ke Angkor pada jam 0400am
Dah start beratur
Selfie dulu...
Tadaaa... Passport aku...
Melalui tasik
Cargas! Cargasss!!!
Sunrise dan beribu-ribu orang dah tercongok depan tasik
Angkor pelbagai warna
Kawasan sekitar
Selfie lagi...
Model permanent
Cantik
Yang ni pun cantik gak... EH!!!!
Gila kot tangga dia... Kocik-kocik...
Menuju puncak
Time travel je boleh tengok 'kecantikan asli' aku yang berpeluh berlemuih & xde mekap... Hahaha selera dok???
Lagi model permanent
Selfie lagi...
Lagi view...
Bayon Wat
Bekpes dulu... bekalan kasih dari hostel kami...
Diorang suruh kira berapa banyak muka kat wat nih, tapi xde masa ehhh
Bukti aku memanjat tangga yang curam...
Dah rupa apa dah aku nih...
Merenung la sangat...
Tangga lagiiiii
Sayuuuppp
Bukti aku da panjat ke atas...
Selfie ajeeee....
Penat dan kami coffee break dulu... Cambodian iced coffee yang lazat
Membanting tulang mencari rezeki...
Lara Croft Wat... apa ntah nama dia, lupa...
Dah banyak yang runtuh...
Dewi memang suka tangkap gambo sambil tido...
Kumpulan Rimba Bara tinggal 2 orang jer...
Jadi model lagi
Aku dan pokok Lara Croft... beratur panjang nak bergambo ngan pokok nih...
Bluwekkk
Tak percaya beratur panjang???
Tengah tunggu Dewi beli nenas yang sedap dan manisss
Shoppinghhh... tapi aku tak... hahaha magic kan?
Wat teratai tak salah... Tapi bunga teratai takdak sebab kolam kering...
Peninggalan sejarah
Wefieeee
Sedih tasik mengering...
Di dalam pintu ada pintu...
Lembu Naik Bukit nama diberi... Sedapppp
Sunset
Sunset phase 2
Hampirrr
Kami dan muda mudi Mat Salleh yang sedang sibuk minum beer
Oklah daripada xde matahari...
Kami dan Sunli, supir tuktuk kami selama 2 hari...
Night market...
Ya, kami sedang menunggu smoothies kami dengan sobar...
Selfie sambil menunggu smoothies
Dalam bas Giant Ibis. Selesa dan sangat bersih. Layanan tip top
Phnom Penh sekali lalu
Ke airport
Bye Phnom Penh... See you when I see you...