Tuesday, 13 October 2015

Santorini Biru Putih: Kami Datang, Terjah & Redah!!! - Fira oh Perissa...





13 Oct 2015 - Fira & Perissa
Hostel: Fira Backpackers Place

   
  Penerbangan kami dari Istanbul ke Athens hanya mengambil masa kira2 1 jam 20 minit sahaja. Bertolak pada jam 2100, kami touched down di Athens Airport lebih kurang jam 2220. Oh ya, lupa nak diinformkan, walaupun Aegean Air ni bertaraf low cost flight macam Air Asia, tapi mereka memberi kita makanan serius: maksud aku bukanlah snacks mcm muffin ke kacang ke, tapi dinner set (sbb kami flight malam). Kebetulan pasta yg dihidangkan adalah vegetarian pasta with cheese, di samping lengkap dengan air & dessertnya. Namun air tu cumalah mineral water, xdelah kopi bagai... Juga aku ingin memberitahu, disebabkan flight ini memang menyediakan makanan makanya ketika proses booking tiket, kita perlu memilih jenis meal yg. kita prefer, namun memang tidak ada Halal Meal dlm senarai makanan pesawat yg. ber IC kan Greece ni. Vegetarian mmg ada, namun keputusan aku memilh Kosher meal kerana aku rasa muak la kot asyik2 nak makan sayur jeeee... Lagipun kita dibenarkan utk makan hasil sembelihan ahli kitab: dan Kosher adalah makanan yg. disediakan oleh kaum Yahudi Ortodoks yang berpegang kuat kepada ajaran Nabi Musa A.S dan kitab Taurat. Makanya sembelihan yg. dilakukan juga mengikut 'syarak' yg. terkandung dlm Kitab Taurat. Wallahualam...

     Flight dia lebih kurang macam Airasia tapi lebih selesa tempat duduknya. Mereka juga ada menyediakan Business Class tapi bagi aku agak kelakar, kerana kami memilih tempat duduk di belakang Business Class dan pengasingan kami hanyalah langsir. Bayangkan seat biasa macam Airasia, 3 baris di depan adalah utk. Business Class, kemudian baris ke-4 adalah economy class dan penghalangnya langsir yg. tergantung dari atas hingga ke paras headrest (err boleh ke aku guna headrest tu?). Tapi mungkin makanan mereka lebih special, xtau la kan... Pastu kitorg gigih nak cari perbezaan harga antara eco & Business Class yg pakai langsir sekerat tu, n kami agak surprise jugak sebab beza harga adalah dlm nak dekat RM100 jugaklah... heeee setakat terpisah dgn langsir je kan...

     Kami tiba di Athens Airport lebih kurang jam 2230, dan kami perlu menunggu flight kami ke Santorini yg. dijadualkan berlepas pada jam 0515. Makanya kami cuma dapat berbaring di kerusi panjang depan kaunter kerana kami perlu check in bag kami sekali lagi kerana pertukaran flight. Mmg pelik, selalunya kalau transit bag mereka akan uruskan bila bertukar flight tapi yg. kali ini tidak. So kami cubalah utk menidurkan diri di kerusi panjang walaupun keadaannya tidaklah seselesa mana...

      Aku tidur2 ayam je sebab nak memastikan kaunter check in bag dah bukak ke belum, sebab nak pi toilet pun takut hilang kan... dan akhirnya selepas pejam celik berjuta kali jam 0300 barulah bukak kaunter beg tersebut...

     Akhirnya jam 0435 kami dipanggil utk. menaiki flight kami ke Santorini. Di sini kami di scan sekali lagi oleh Kastam Athens dan bila hand carry bag aku di scan, dia suruh aku bukak beg keluarkan benda tajam katanya... pelik jugak sbb aku x bawak pun pisau ke gunting ke, sekali dia buat gaya tgh asah kuku... Cisss pengasah kuku aku rupanyaaaa!!! Mmg aku letak dlm hand carry bag aje, dari KL ke Dubai, Dubai ke Ist & Ist ke Athens lepas je xde masalah, sekali Athens ke Santorini pulak sangkut.... Dah le pengasah kuku favourite aku pulak... Kerna terpaksa, aku keluarkan jugak dari beg dan aku cuma boleh melihat dgn hati nan sayu pegawai kastam membuang pengasah kuku tersebut ke dalam tong sampah... huhuhu... semoga kau damai di sana wahai pengasah kuku best...

     Perjalanan dari Athens ke Santorini cuma mengambil masa x sampai 45min, tapi kami tetap diberi makan, iaitu roti croissant coklat... Kami touched down di Santorini Airport lebih kurang dlm pukul 0600. Selepas mengambil beg, kami bercadang nak lepak dulu la kat lobi airport sementara nak menunggu bas utk pergi ke pekan Thira @ Fira. Sekali keluar je dari tempat arrival terus ada kat luar airport... makaihhh mmg kocik beno airport ni.... Kami dah hilang arah dah nak duduk kat mana, dahle mengantuk tahap dewa ni. Pasrah, kami keluar je tunggu kat luar airport. Sekali kami tgk ada sebuah bas awam dah tercongok di luar. Kami tanya dgn. konduktor samada bas ini menuju ke Fira & YESSS!!! Mmg ke Fira!!! Rupanya operation hrs mereka mmg bermula seawal jam 0600. Kami menunggu lebih kurang 20min utk dia memenuhkan bas (hakikatnya x le penuh sgt bas tu) dan kami bergerak menuju ke perhentian bas Fira, iaitu kira-kira 20min dari airport. Harga tiket bas sangat murah: iaitu Euro 2.20 sehala.

     Kami tiba di perhentian bas utama di tengah2 pekan Fira. Dari situ, jarak di antara bus stand dan hostel kami sememangnya tak jauh, kira2 dlm 10 min berjalan aje. Namun di pagi yg. gelap itu kami x jumpa cari hostel kami, dan kami pun singgah la kat sebuah kedai runcit yg. dah bukak pagi2 buta tu (opposite dia adalah sebuah coffee shop yg. jugak dah bukak). X perasan pulak kalau ada signage 24hrs kat situ.... Sambil membeli belah mineral water & juice, kami bertanyakan arah nak pegi ke hostel kami. Fobia beb... sbb sblm ni kan kami dah kena time kat Istanbul... Alhamdulillah hostel kami betul2 masuk lorong bersebelahan dgn coffee shop tersebut, cuma dlm lebih kurang 20 mtr dari main road. Nama hostel kami adalah Fira Backpackers Place Santorini. Bangunannya berwarna putih dan nampak simple namun bersih. Kami tiba di reception counter dan terus check in. Namun disebabkan time tu baru nak masuk pukul 7am, makanya kami tidak dibenarkan utk check in lagi, tapi kami terus selesaikan pembayaran kami di situ sbb kami cuma membayar 12% ketika kami buat online booking dulu.

     Hostel ini menyediakan dorm (with shared bathroom) dan harganya mmg murah! Namun kami mengambil twin sharing room with attached bathroom kerana nak menyenangkan kami bersolat. Harga biliknya agak reasonable, iaitu Euro 76 utk 2 malam (Euro 38/nite). Memandangkan kami awal sangat, kami dibenarkan berehat di lobi hostel yg. sememangnya menyediakan sofa yg. selesa utk pembaringan kami. Dia bagi je kami tido situ sementara menunggu check in time pada jam 12pm. Dgn keletihan, kami terlelap jugaklah kat sofa empuk tu. Tapi aku terjaga bila ada mamat mat salleh ni dtg join kat sofa, sbb kat lobi tu, situlah check in counter, situlah cyber cafe & situlah pantry... hahaha sudah mula sesak makanya aku pun bangun n duduk jelah. Pastu Dewi bangun. Bosan, kitorg decide nak berjalan2 dulu sementara menunggu waktu check in kami. Kami pegi mencari benda2 yg. kami boleh makan sambil panjat bukit nak tgk Fira dari tebing. Subhanallah!!! View yg. amat cantik walaupun kami (sbnrnya aku la) agak mengah menaiki bukit dgn tangga yg. banyak itu... Pemandangan yg. kami jangkakan seperti di postcard, internet etc2... lautan biru dan bangunan biru putih menjamu pandangan mata kami. Dgn x mandinya, kami berselfie kat tebing. Aku sangat berasa bersyukur dpt menjejakkan kaki di tempat menjadi impian ramai org nak pegi utk honeymoon... Masa ni mmg aku ingat incik suami la... Kami juga sempat masuk ke sebuah gereja lama di depan terrace tersebut. Pelik semua mat salleh bila tgk 2 org pompuan berhijab masuk ke dalam gereja. Namun sekejap je kami masuk sbb bau colok dia agak lain macam. Namun aku sempat mengambil beberapa gambar utk dijadikan kenangan walaupun ini bukan 1st time aku menjejakkan kaki masuk gereja. Kami pulang ke hostel pada jam hampir 11am. Kami diberitahu kami boleh masuk ke bilik kami, namun  time check out nnt kami kena keluar awal. So kitorg agreed sbb org da makin ramai tu kat lobby. Lagipun check out time tu cuma diawalkan 1 jam, so kami ok ajelah...

     Masuk je bilik, kami lihat ada 2 double decker katil. Cuak, si Dewi ni pun tanya dgn mamat hostel tu kitorg xkan ada roomate lain lagi kan? Mamat tu pun jwb jgn risau sbb mmg dia dah charge bilik tu utk twin sharing. Kami membersihkan diri selepas seharian x mandi (hehehe) dan selepas tu kami keluar semula utk mencari makanan dan juga berjalan setelah misi kami gagal utk mencari makanan pada pagi tersebut. Oh ya, bilik kami mempunyai private balcony ala2 movie Zorro dan bertentangan dgn sekolah menengah. So setiap kali time habis class ke time rehat ke, kami akan mendengar loceng sekolah... mengimbau kenangan zaman sekolah sungguh kitorg duduk kat sini!

     Plan kami pada hari ini ialah utk pergi ke Perissa Beach, dan mengikut kata encik Google pantai ini unik kerana berpasir hitam. Kami pun mula berjalan kaki ke bus stand utk mengambil bas ke Parissa yg. dijadualkan berlepas pada pukul 1pm. Lupa nak bagitau, sistem pengangkutan di sini adalah sangat mudah dan straight to the point: xde pening2... just identify ke mana kita nak pegi, jln kaki ke Fira Bus Stand, tgk jadual perjalanan di tembok dan pilih bas anda. Boleh dikatakan mereka agak punctual la mengikut jadual perjalanan.

     Kami mengambil bas ke Perissa dgn tambang yg. cuma berharga Euro 1.60 sahaja. Perjalanan mengambil masa kira2 20 minit, disebabkan bentuk mukabumi di Santorini ini adalah berbukit bukau, makanya byklah bukit yg. kami daki bersama2 bas ini.

      Kami sampai di Perissa dan nampak pantainya terdapat sebuah bukit berbatu yg tinggi dan besar, dan rupanya sama mcm bukit dlm filem The Wicker Man lakonan Nicholas Cage.... heeee tetiba rasa gerun la pulak... Kami berjalan di tepian pantai berpasir hitam sambil melihat mat2 & minah2 salleh ber swimming trunk & berbikini berenang2... aku pulak mengambil semangat berselfie gambar wajib: iaitu gambar kaki di pasir hitam tu... ada byk kedai sepanjang pantai, namun  yg. menarik perhatian kami adalah deretan seafood restaurant yg cantik & menyelerakan. Kami kelaparan, namun kami mengambil keputusan utk meronda2 dulu... makanya kami berjalan dulu ke depan... byk. souvenir shop di sini, namun harganya macam kami rasa boleh dpt kat tempat lain murah lagi kot... Kat sini jugak kami melihat terdapat scuba diving center... wooo boleh dive la kat sini!!!

     Agak jauh kami berjalan, kami terjumpa pulak stall jagung bakar yg. aku kira penjualnya adalah bangsa Arab ataupun Turki. Utk mengalas perut, kami pun beli jagung bakar yg dia boleh letak mcm2 perisa: ada butter cheese la, curry la, pepper la, cili la... & sgt surprise, dia tau pasal Malaysia & bolehlah bercakap sedikit bahasa Malaysia!!! Ramaila org Malaysia yg. pernah sampai kat sini kan?

     Kami makan jagung di kerusi malas yg. disediakan di sepanjang pantai. Selfie kaki lagi aku kat situ... Abis makan jagung, kami berjalan balik mencari kedai makan... Kami akhirnya tersangkut di sebuah restaurant yg. dipunyai oleh seorang wanita Lebanon. Dia convince kami makanan yg. disediakan adalah halal, so kami ok jelah makan kat situ. Kami ambil mix grill platter set dgn minuman & harganya adalah Euro 51 (termasuk tax). Mmg mahal, tapi sbb nak merasa kan... Namun yg. menarik perhatian kami dlm menu tu terdapat pork kebab... haaa sudahhhh... tapi slps kami amati, pork kebab tu dijual di kedai sebelah namun mereka berkongsi menu book utk pengunjung kedua2 restoran tersebut. Makanannya? So-so ajelah... sbb ada sejenis ikan ni rasanya agak gassy sket... xtau apa nama ikan tu. Kitorg suspect ikan buntal je... Selepas makan, kami pun menunggu bas untuk pulang ke Fira seperti time yg. kami lihat dalam jadual tertampal kat tembok tu...

     Kami pulang & disajikan dgn pemandangan bukit bukau dan juga rumah ala2 Spain yg. unik. Kebanyakan rumah di sini berbumbung rata, mcm bumbung flat la lebih kurang tapi amat jarang nak tgk kaler selain dari biru & putih.

     Kami sampai di Fira dah masuk waktu petang, dan kami berjalan mencari Carrefour (Dewi ternampak masa kami otw ke Perissa) utk mencari stok breakfast & jugak juice. Dlm 15 min berjalan kaki, akhirnya kami berjumpa dgn Carrefour. Kami beli sebotol mineral water, 2 kotak juice, biskut Oreo, roti, 2 bungkus chips dan sabun basuh baju (utk laundry yg tertunggak dari Turki-tapi sbb kami xtau apa yg tertulis kat botol sabun tu, ditambah pulak staff dia fail English, yg. dia ckp wash cloth je, kami tawakal je amik. Sekali benda tu softener huhuhu) dan total utk semua barangan tersebut x sampai Euro 10 pun! 

     Kami pulang ke hostel dlm kepenatan, & kami terus solat jamak Asar & Zohor. Sementara menunggu waktu Maghrib, aku fefeeling nak tgk sunset dudukla kat balcony, sekali sunset kat bahagian kanan balcony & tertutup dgn pokok.... Cisss!!! Melepas sunset pertama aku di Santorini, tapi xpe esok mmg plan kami nak mengejar sunset di pantai Oia... Selepas solat jamak Maghrib & Isya' kami melepak bersidai di balcony sambil menikmati hasil tangkapan kami di Carrefour tadi tanpa sempat tunggu breakfast... Udara yg. nyaman membuatkan kami rasa mengantuk cepat, tambahan lagi kami mmg x cukup tido so kami pun terpengsan awal... Enjoy gambar2 kami di bawah ini sementara menunggu gambar sunset keesokan harinya... :)



Flight Ticket Ist-Athens-Santorini (via Airtickets24.com) - Euro 176.60 (utk 2 pax)
Fira Backpackers Place/ 2 mlm: Euro 76
Seafood Platter set for 2: Euro 50
Bus from Airport-Fira: Euro 2.20
Bus from Fira-Perissa (one way): Euro 1.60



Terbang lagi....



Airport yg. hening



Menghilangkan boring nak tunggu flight




Makanan kami!!!



Isi dalam kotak 



Athens... tidolah kami di sini



Menunggu take off



Athens dari udara



Inilah breakfast kami!!!



Dewi yg. kepenatan. Hantam sajalah tido kat lobi hostel



Mencargaskan diri dgn berjalan... Sementara menunggu check in



Nice view di terrace-Fira



Kami sampai di atas bukit bersama2 bergerombolan rombongan pakcik makcik



Artistik la kununnya...



Muka letih + x mandi lagi



Bangunan putih atas bukit



Tangga batu yg. tinggi... pancit aku mendaki



Selfie lagi



Walaupun x mandi lg tapi still maintain jelita... hahahaha



Santorini signature



Sepanjang perjalanan menaiki bukit ni ada byk branded boutique/outlet



Gereja yg. aku maksudkan



Isi dalam gereja



Kubah gereja



Cable car dari puncak bukit Fira ke persisiran pantai kat bawah. Must try!!!



Kepulauan Greece... tp aku xtau nama apa hehehe



Bukan bangunan je... dgn baju2 pun kaler putih



Aku ingat ada kat Malaysia je kuih bom ni...



Kami hampir nak menyinggah ke kedai kebab ini, tetapi...



Coffe shop yg. kami singgah lepas xjumpa restoran yg. sesuai...



Dewi, aku nak kopi 1!!! Style Starbucks, tapi harganya murah


Kopi o ais di waktu pagi... Harganya Euro 2



Inilah hostel kami!!! Yg. kat tengah2 tu balkoni bilik kami!!!



Perissa Beach berlatar belakangkan bukit The Wicker Man



Lebih jelita selepas mandi... huhuhu



Pantai Pasir Hitam... adik beradik dgn Langkawi la ni







Diving center



Gambar signature aku



Bermalasan di tepian pantai sambil makan jagung...



It's not about aku suka benda2 ni... tp membuktikan apakah priority kehidupan masyarakat Greek nih... x bersesuaian ok dgn agama kita...



Ada restoran India kat sini



End up kami makan di kedai perempuan Lebanon... Seafood platter kami...



Aku budget sunset kat sini...



Sekali kat area sini...



Balcony comel kami...















Monday, 12 October 2015

Recce Project Kami: Istanbul, Kami Datang Lagi!-Part 2




11 - 12 Oct 2015


     Hujan membasahi bumi Istanbul sejak malamnya menyebabkan aku & Dewi mula mengalami simptom demam & selsema. Yelah meredah hujan renyai utk 2 malam disamping perjalanan menggunakan kaki secara maksimum menyebabkan kami keletihan & kelesuan menambahkan lagi perasaan x sedap badan kami. Mujurlah ada Pamoga... eh!!! Mujurlah ada stok ubat-ubatan yg. sememangnya menjadi perkara wajib yg. aku bawak setiap kali pergi travel: waima kat dalam Malaysia sekalipun. Alang2 dah sebut pasal ubat, nah kat bawah ni aku list kan senarai ubat wajib bawak yg. aku dah siap2kan dalam compartment ubat (aku simpan yg. loose, x bawak by strip, & aku siap labelkan nama ubat & expiry date utk setiap compartment ubat tersebut):

1. Paracetamol a.k.a Panadol
2. Clarityne a.k.a ubat selsema (non drowsy)
3. Buscopan a.k.a ubat angin (just in case perut berangin sbb makan macam2 sangat kan)
4. Immodium a.k.a ubat cirit birit (ini sangat penting woo)
5. Voltaren @ Voren a.k.a pain killer (yg. ni paling jarang guna tapi just spare in case sengal sendi      melampau ke, sakit gigi ke etc2)

     Ok, kembali ke laptop! Cuaca di Istanbul pun mmg boleh tahan jugaklah darjah kesejukannya expecially time malam... aku tido dah le tepi tingkap, pakai selimut stokin sweater bagai tapi impact dia samaaaa gak: aku tido mengerekot sambil menahan kesejukan. Rupa2nya si budak Shirah ni dah bukak itu tingkaplah... siap sendal dgn besi mana ntah dia dapat dahle berat tingkap tu.... gagah sungguh budak kecik nih!!!

     Oh ya, lupa nak bagitau, akhirnya kami dihubungi oleh pihak Expedia, wakil kepada Airasiago menawarkan kami hotel ganti kepada hostel yg. dah bertukar menjadi hostel lelaki utk 15 Oct nanti.Kami meminta hotel yg. berdekatan dgn airport, dan mereka menawarkan 2 pilihan hotel kepada kami. Bukan calang2 hotel, kedua2nya 4 stars & 5 stars. Setelah mengambilkira jarak antara public transport dengan hotel dan juga jarak hotel dgn airport, makanya kami memilih hotel 5 stars iaitu The Green Park Hotel Merter, kira2 10km dari Atartuk Airport dan cuma 100mtr dari Mehmet Aqif tram station yg. cuma perlu melalui 1 stesen transit ke Zeytinburnu, untuk menaiki Metro Line 1 utk ke airport. Namun hotel 5 stars ini pun mempunyai kisah tragis jugak yg. aku ceritakan di hujung kembara kami nanti... hehehe

Seperti biasa, alarm clock aku akan mengejutkan aku jam 5am, tapi golek2 dulu baru pegi mandi... Kami mandi okehhh walaupun demam selsema!!! Pagi dalam pukul 8am, kami ber-8 bergerak menaiki trem dari Haseki pergi ke Uskudar: pelabuhan, di mana kami akan menaiki feri utk menuju ke Istanbul Asia. Plan asalnya adalah utk breakfast di Europe & lunch di Asia, tapi memandangkan hari ini adalah hari terakhir kami ber-8 (sob sob sedehhh) agak menjaga timing jugaklah sebab after Zohor diorg ber-6 dah kena berangkat ke airport utk pulang ke tanahair terchentaaa... Kami menggunakan pass utk menaiki feri: sama seperti trem harga utk 1 way adalah TL 2.15 per pax. Sejuk yg amat kami di atas feri tersebut kerana kami duduk di open air deck dahle redah hujan jugak pagi tu... Dari atas feri kami dapat melihat keindahan Blue Mosque dan juga Hagia Sophia secara penuh. Aku cuba mengambil gambar tapi agak jauh dan hasilnya tidaklah berapa memberangsangkan sebab menggunakan hand phone.

     Di seberang, kami berjalan2 di persisiran jeti sambil menikmati udara segar ketika hujan renyai sambil menyaksikan sekumpulan lelaki sibuk casting & memancing di tepi jeti. Wowww ikan2 mereka dapat agak besar saiz dia... Kami berjalan terus menuju ke cafe di tepian laut utk melepak. Cadangnya nak brunch tapi malangnya semua heavy food cuma akan bermula selepas jam 11.30am. Jam kami masa tu baru pukul 10 lebih, so kami order hot chocolate utk memanaskan badan kami yg. dah menggigil kesejukan kerana bermandi hujan.

     Che Din tidak join sesi ronda kami ke cafe ini sebab dia dah x larat nak berjalan jauh, so dia menunggu kami di kawasan jeti sahaja. Dalam jam hampir 11am, kami mula bergerak kembali mengambil feri utk pulang ke seberang kembali. Disebabkan kami sampai seberang dalam waktu lunch (feri xsampai 30minit pun perjalanan) kami berdiskusi dan bersetuju utk cuba makan tengahari di seafood restaurant di bawah jambatan. Harganya boleh tahan mahal, tapi disebabkan ini kali terakhir kami lunch bersama2 kami order je ikut sedap tekak kami... Iyolah org lain dah boleh abiskan duit TL diorg sebab nak balik, tapi aku ngan Dewi???

     Makanan dia not bad la boleh tahan, seperti biasa, nasi yg. di offer mmg seciput utk dikongsi beramai2, so kami mmg makan lauk la yg. banyak... Lupa berapa harga makanan tapi kami membaya dalam TL25 seorang la utk makanan tersebut. Tapi seriously tempatnya cantik & memang mcm fine dining restaurant walaupun kami minum mineral water sahaja... huhuhu...

     Selepas makan, AD & Che Din pulang ke apartment utk membuat final packing, tinggallah kami perempuan ber-6 berjalan kembali ke kedai Yeni utk menambah barang2 shopping utk orang2 yg. dah nak balik nih dan juga Shirah dah menjumpai 1 kedai yg. menjual Turkish Delight yg. di pek dalam kotak kecil yg. sesuai utk souvenir pada harga yg. murah... Aku pun terjebak samalah beli lagi Turkish Delight tersebut!

     Balik bilik, kami memberi peluang mereka2 yg. dah nak pulang ke Malaysia ni membersihkan diri dan pada jam 3pm, kami bersalam-salaman sambil bermaaf-maafan macam pagi raya... Adehhh, seriously perasaan aku masa tu mcm nak ikut je diorg balik Malaysia. Mereka pun pulang maka tinggallah kami berdua di apartment tersebut menghabiskan sisa sehari kami di situ dgn. mengemas beg dan bermalas-malasan. Sampaikan malam pun kami x keluar makan sbb sibuk menghabiskan tinggalan makanan diorg seperti meggi, nasi goreng, sambal hijau etc2. Kami memutuskan utk pergi ke Taksim sebelum kami berangkat ke airport.keesokan harinya.

     Pagi2 lagi kami keluar bersama2 dgn org2 yg. nak pi kerja naik trem utk ke Taksim Square. Kami turun di stesen paling hujung iaitu Kabatas utk menaiki 1 lagi tren iaitu Funicular Train (one way underground train-memang khas utk laluan Kabatas-Taksim sahaja). Perjalanan menaiki Funicular train ini hanya mengambil masa selama kira2 2.5min utk sampai ke Taksim dan harga tiketnya: masih sama: standard TL 2.15 one way/pax.

     Sesampainya di Taksim station, kami menapak menaiki tangga yg agak curam utk ke atas (sebab underground station kan) dan kami disajikan dgn. tugu peringatan di tengah2 roundabout Taksim Square ini. Kami berjalan kaki bersiar2 di kawasan bandar baru tersebut. Suasana kelihatan sama pada pandangan kami dengan area Sultanahmet, cuma kat sini ada shopping complex. N inilah shopping complex yg. pertama aku jumpa kat Turki ni... hehehe nampak kan aku mmg x cari langsung shopping complex kat sini...

     Sedang kami berjalan, kami melihat objek merah menuju ke arah jalan kami... Ohhh rupa2nya traditional tram yg. menjadi daya tarikan pengunjung Taksim. Kami pun ingin mencuba la naik tram ni, namun masalah kami adalah kami x tau mana station dia... Makanya kami terus berjalan mencari station yg. xde tanda itu. Akhirnya kami berhenti di tempat ramai org berkumpul: yg. kami assume sbg tram station. Tunggu punya tunggu punya tunggu, xsampai2 encik tram ini... lalu kami mengambil keputusan nak balik ke apartment kami kerana malamnya kami perlu fly ke destinasi seterusnya. Frust jugaklah kami sbb xdapat nak naik traditional tram ni. Namun dalam perjalanan ke funicular station tiba2 lalu tram merah ini & berhenti berhampiran dgn kami. Apalagi, kami pun melompat masuklah dlm tram tersebut. Juga boleh menggunakan pass, kita tap je kat mesin yg. disediakan, juga pada harga TL2.15/pax. Kami menikmati perjalanan kami walaupun terpaksa berdiri di dalam tram, dan ditempat pilot pulak tu sebab penuh. Alhamdulillah, merasa jugak kami nak menaiki traditional tram sebelum kami meninggalkan Turki.

     Station terakhir adalah di dataran Taksim, betul2 di funicular station dan berhadapan dgn tugu peringatan yg. kami nampak sebaik saja keluar terowong. Org ramai turun di situ, tapi kami mengambil kesempatan utk bergambar kenangan di tempat duduk sampailah kami ditegur oleh driver tram utk turun dari situ. Kami pulang semula ke apartment, membuat persiapan terakhir dan mengemas apa2 yg. patut sebelum kami check out pada pukul 3pm.

     Jam 3pm, Yeni & suaminya Abdullah datang utk mengambil kunci dan kami pun bertolak menaiki tram utk. ke airport. Namun sebelum itu kami sempat recce hotel yg. kami bakal duduki pada 15 Oktober nanti.

     Flight kami ke destinasi seterusnya dijadualkan pada jam 2100 namun perlu transit selama 6 jam di Athens memandangkan kami menempah tiket menggunakan syarikat penerbangan tambang rendah Greece, iaitu Aegean Air. Kami perlu melepak di Atartuk Airport lebih kurang 4 jam la jugak sebelum kami mengisi perut pesawat utk ke destinasi yg. seterusnya... makanya tiada lagi nama Recce Project Kami utk entri yg. seterusnya... kerana di sinilah bermulanya kisah terjah & redah kami di bumi dewa dewi.... Apa2pun enjoy gambar2 terakhir kami di kota Istanbul...


Antara selfie terakhir kami di atas feri menuju ke Asian Istanbul



Old City dari kejauhan






Menikmati pemandangan laut dalam hujan renyai



Blue Mosque & Hagia Sophia dari kejauhan


Budak nih nak manjeee sangat ngan aku kan... takut windu lah tuh!



Jambatan Pulau Pinang Istanbul



Owhhh jerawatttt



Lagi muka xbersalah dgn jerawattt



Hagia Sophia



Minum bersama before semua berpecah. Boleh tahan kan mamat waiter tu? ;p



AD malu sbb dia sorg je mamat kat sini



Cafe tepian jeti



Mata terbeliak sgt kan



Hot choc aku bagi meredakan kesejukan selepas meredah hujan renyai



Geng encik suami la ni kalau kitog migrate ke sini



Jalan tanpa tujuan, akhirnya bakal kembali ke pangkal jalan



Model sedang merenung masa depan...



Restoran bawah jambatan. Tempat kami bakal lunch



Zoom...



Model jelita sedang beraksi



Masjid tepi jeti



Fine dining sangat kan...



Tak tau la sambal apa ni...



Butter prawn...



Mix grilled... pelbagai jenis ikan



Lagi ikan... macam ikan celup tepung la rasa dia



Dessert kami, baklava... Manisnya tumbuk dinding



Keesokan harinya... kami ke Taksim sebelum check out



Funicular tram station ke Taksim



Tak ramai orang naik sebab hari keje...



Model dgn pose wajibnya...



Fefeeling mcm nak naik Putra LRT je suasana dia



Kami yg. bakal keluar dari terowong utk. melihat dunia luar



Sampai daaaa



Inilah tugu yg. aku perkatakan itu






Ada padang merpati jugak kat sini... xyah pi London



Kami terjumpa anjing  breed rare ni: Tibetan Mastiff. Jgn salah sangka, bukan pompuan belakang yg. punya ye, dia kebetulan lalu & cuba utk memberi laluan terhadap anjing ini



Model & Taksim Square



Walaupun kata Dewi ada byk shopping complex kat Istanbul ni, tapi ini yg 1st aku nampak depan mata n lalu di depannya



Trammmmm



Sebab penuh, kami cuma dapat tempat di sini aje... Alhamdulillah merasa jugak



Muka bangga dpt naik tram yg. digembar-gemburkan ini... 6 yg. lain x dapat rasa... huhihu



Pemandangan kluar dari dalam jeriji









Err... aku xtau apakah perkara ini



Polis pengiring tram kami... Ko mampu???



Sesak... mungkin bau 'baharat' banyak dlm nih...



Stereng agaknya...



Akhirnya di hentian terakhir & kami dapat peluang berselfie di tempat duduk, tapi cuma sempat 1 snap je pastu da kena halau turun... huhuhu







Xyah nak stim sgt mata tu Farrah...